0

Be My Soulmate? – Love 3

“Mak kau biar betul, Zat. Hujung tahun ni? Tu dalam empat bulan je kot. Gila hapa?” Hazwan menyuarakan rasa terkejutnya. Amirul pula tersedak selepas Aizat membuat kenyataan hot semacam itu. Hazwan pantas menepuk belakang Amirul.

“Kau rasa benda tu surreal? Aku ni macam dah tak jejak bumi lepas mak aku bagitau. Bukan setakat tak jejak bumi, aku rasa aku ni dah ada kat galaksi lain. Bukan milky way dah.” Aizat mengubah posisi duduknya agar lebih selesa.

“Aku ingat mak kau saja-saja aje nak ugut kau dulu. Tu dia nak introduce budak tu kat kau tapi kalau dah macam ni..” Amirul mengeluh perlahan. Sedih kerana bakal kehilangan housematenya.

“Come on lah. Korang betul-betul ingat aku nak sacrifice aku punya freedom for a girl i barely know? Never! Lagipun aku dah ada pilihan aku sendiri.” ujar Aizat angkuh.

“Dah tu camne ngan budak tu? Kau nak tinggalkan dia camtu je? Kau pun satu lah, napa kau tak canang kat mak kau pasal buah hati pengarang jantung kau tu?” marah Amirul.

“Aku bukan setakat canang, siap bawak dia jumpa mak aku lagi tapi mak aku tak berkenan. Nak tau kenapa? Sebabnya Rania tak pandai masak. Fail logik lah.” suara Aizat mula meninggi, geram dengan kenyataan ibunya.

“What? Sebab tu je?”

“Aku boleh je terima alasan mak kau tu, Zat. Ye lah, kalau tak pandai masak alamatnya makan kat luar lah kau hari-hari. Sanggup ke kau? Bukan murah asyik makan kat luar je.” sampuk Hazwan perlahan.

“Wan, tak pandai masak tak bermakna tak boleh belajar. Kelas masakan berlambak lah kat luar sana. Aku boleh suruh dia pergi belajar. Lagipun aku tak kisah sangat kalau kena makan kat luar pun. Bukan tak biasa.” ujar Aizat mempertahankan buah hatinya.

“Kau tak kahwin lagi memang lah boleh kau kata camtu. Kau ingat kahwin ni mudah? Kau kena ada bajet, bro. Nanti kalau kau dah bagi muka sangat makan kat luar, aku gerenti awek kau tu naik lemak lah. For sure dia tak nak masuk dapur. Tambah-tambah awek cam Rania tu. Kau kena fikir, nanti nak ada anak-anak lagi. Belanja besar tau semua tu.” panjang lebar syarahan Hazwan.

Aizat terdiam. Kelu lidahnya untuk berbicara. Tahu ada kebenarannya dalam syarahan Hazwan tapi akalnya sedaya upaya menolak kebenaran itu. Rania, kekasihnya itu bukan wanita yang akan masuk ke dapur dan memasak. Melayan anak jauh sekali. Dia dapat melihat Rania tidak senang melayan kerenah Nana, adik bongsunya yang berusia 19 tahun.

“Ke si Rania tu still tak nak anak? Rugi lah camtu, bro.” soal Amirul separuh berbisik. Bimbang ‘penasihat rumah tangga’ yang berada berdekatan mendengar soalannya.

Usaha Amirul ternyata gagal kerana Hazwan sudah tersentak mendengar soalan yang diutarakan oleh Amirul. Namun dia malas untuk komen. Biar lah. Aizat sudah dewasa. Dia sebagai kawan hanya mampu menasihati dan bukan niatnya untuk memaksa.

Melihat Aizat yang terdiam, Hazwan mengambil keputusan untuk membiarkan lelaki itu bersendirian. Berfikir baik dan buruknya keputusan ibunya. Hazwan bangun lalu mencuit bahu Amirul, memberi isyarat agar membiarkan Aizat bersendirian.

Fikiran Aizat merewang jauh mengenangkan Rania. Wanita yang dikenalinya sewaktu masih menuntut di universiti. Mereka berkenalan sewaktu dia terlibat dengan program anjuran KLMU. Rania adalah pelajar broadcasting & film di sana. Dia terpikat dengan Rania atas keyakinannya berhadapan dengan kamera. Atas usahanya, dia berjaya mendapatkan nombor telefon model sambilan itu dan hasilnya mereka sudah bersama hampir dua tahun.

Sekarang dengan kerjaya Rania sebagai model dan pelakon yang semakin meningkat naik sudah pasti perkahwinan adalah agenda yang tiada di dalam diarinya. Apatah lagi dengan sikap acuh tak acuh yang ditunjukkan oleh wanita itu apabila soal perkahwinan diajukan. Aizat melepaskan keluhan perlahan.

Dia penat dengan semua ini. Dia hairan mengapa ibunya beria-ria ingin dia berkahwin dengan Syauqina. Entah apa istimewanya dengan budak kampung itu, dia sendiri tidak pasti. Sekali lagi dia mengeluh. Tekadnya bulat. Telefon bimbit yang berada di atas meja dicapai. Nombor pemanggil pantas didail. Beberapa saat kemudian panggilannya disambut.

Selepas berbual seketika, Aizat memutuskan talian. Janji sudah ditetapkan. Jam di decoder astro dijeling sekilas. Pukul 4:45. Dia masih mempunyai masa untuk bersiap sebelum keluar makan malam bersama orang yang di hubunginya tadi. Dia melangkah ke luar rumah dengan tujuan mencari Amirul dan Hazwan bagi membatalkan janji mereka bertiga untuk bermain ps malam ini. Misinya perlu diutamakan.

Sebaik sahaja kakinya melangkah keluar dari pintu utama, satu hentakan kuat mengenai dadanya. Aizat mengaduh perlahan. Dia melihat sebiji bola tergolek di hadapannya. ‘Tak guna punya kawan. Main bola tak ajak aku.’ Bola itu kemudiannya ditendang tepat menuju ke sasaran. Dada Hazwan. Sengih tak berdosa yang terukir di bibir Hazwan lenyap setelah Aizat membalas serangannya dengan pantas.

Serangan demi serangan dilontarkan oleh tiga sahabat itu. Hampir setengah jam kemudian mereka terduduk keletihan. Amirul mendesah kasar. Staminanya semakin lemah sejak mula bekerja. Masakan tidak, dia sudah jarang bersenam lantaran tuntutan tugas yang memerlukan pengorbanan masa yang bukan sedikit.

“Weh, aku tak jadi join korang main lah malam ni. Aku ada hal sikit.”

“Hal apa? Nak jumpa Syauqina pasal majlis korang?” gurau Hazwan disambut tawa Amirul.

“Buang masa aku je jumpa budak tu. Rania dah balik. Aku nak dinner ngan dia malam ni. Dah berzaman aku tak jumpa dia.” senyuman di bibir Aizat melebar apabila dia menuturkan nama kekasihnya itu.

“Uish, dah lewat ni. Aku nak siap-siap dulu. Baju pun tak cari lagi ni. Chow.” Aizat segera bangkit menuju ke dalam rumah.

Hazwan hanya menggeleng melihat gelagat Aizat. Dia bimbang temannya itu akan tersilap membuat percaturan. Dia kenal wanita seperti Rania. Wanita sebegitu tidak akan setia dengan hanya seorang lelaki. Aizat pula seolah-olah buta, tidak dapat melihat perkara itu.

Amirul pula malas mengambil pusing berkenaan hal itu. Dia masih ingat pergaduhan besar yang berlaku antara dia dan Aizat sewaktu Aizat masih baru mengenali Rania. Aizat menuduhnya memburuk-burukkan Rania kerana Rania memilih Aizat dan bukannya Amirul.

Tepat pukul 7.30 malam, Aizat mencapai kunci kereta yang tersangkut di dinding. Dia perlu mengambil Rania di rumah sewa wanita itu terlebih dahulu. Kereta dikeluarkan dari porch lalu memecut ke jalan raya.

0

Be My Soulmate? – Love 2

“Bro, amacam tadi? Cun tak budak tu?” sapaan Amirul mengejutkan Aizat yang sedang mengelamun. Pantas majalah CLEO dicampak ke atas meja. Aizat memandang Amirul terpinga-pinga.

“Pardon? Apa kau tanya tadi? Aku tak dengar lah.”

“What’s this? CLEO? Kau ni biar betul. Macam kakak aku je baca mag ni..” belum sempat Amirul menghabiskan kata, dia dilontar dengan majalah yang tadinya berada di atas meja.

Aizat mendengus kasar. Kaki pantas dihalakan ke arah dapur sambil tangannya menekup telinga. Malas ingin mendengar ejekan kawan baiknya. Tawa Amirul memenuhi ruang tamu rumah sewa mereka. Bunyi azan berjaya menghapuskan kegembiraan Amirul.

Dia berlalu ke biliknya untuk menunaikan tanggungjawabnya kepada yang maha esa. Malam nanti mereka akan berkumpul di tempat biasa untuk berjamming.

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Muhaimin menjerit sekuat-kuat hatinya di tepi pantai. Kemarahan yang memuncak di dalam hatinya beransur hilang. Botol air mineral di tangan dicampakkan ke dalam laut. Dengan kasar, tubuhnya dilabuhkan ke atas pasir. Fikirannya melayang jauh mengenangkan peristiwa yang berlaku beberapa hari lalu.

Keasyikan Muhaimin melayan perasaan membuatkannya tidak menyedari terik matahari yang memancar menyelubungi dirinya.

“Kau tengok apa tu, Rin? Dari tadi kau tak lepas pandang pun.” soal Syauqina. Pelik dengan sikap Arina yang mendiamkan diri sedari tadi. Syaira pula hanya menjeling mereka sekilas.

Malas ambil pusing akan Syauqina dan Arina. Jarinya pula tidak henti-henti menaip mesej. Ingin memberi laporan terkini kepada tunangnya yang tercinta, Asyraf. Mereka telah bertunang sebaik sahaja menamatkan pelajaran. Syaira memiliki diploma dalam perakaunan manakala Asyraf memiliki ijazah dalam senibina.

Gelak tawa Syauqina memecahkan sepi yang menyelinap antara mereka. Kening Syaira terangkat sebelah melihat gelagat temannya.

“Apa yang lawak sangat ni? Tak mau share ngan aku ke?” ujar Syaira.

“Cuba kau tengok mamat tu. Cam weird gila kot. Kau rasa-rasa dia betul ke tak?” tanya Syauqina perlahan seolah bimbang didengari oleh lelaki yang berada kira-kira 200 meter dari tempat mereka bersantai.

“Em..pada firasat aku yang bijaksana ni, aku rasa mamat tu yang tercabut wayar sikit kot.” ujar Syaira berlagak pandai. Tawa Arina meletus lagi. Lucu mendengar kata-kata Syaira dan juga aksi temannya itu yang seolah-olah mengurut janggut yang langsung tidak dimiliki olehnya.

“Tak kisah lah. Tapi kan, mamat tu memang takde kesedaran sivik lah. Korang pun nampak kan, dia selamba je campak botol tu kat dalam laut. Ingat ada bibik ke nak kutip sampah tu bagai?” Syauqina bersuara geram. Dia seorang yang mencintai alam semulajadi terutamanya laut. Lagipun, bukankah melihat laut itu salah satu dari lima perkara yang mampu memberikan pahala apabila kita melihatnya?

“Chill lah, Syuq. Kita datang sini nak rest, tenangkan fikiran. Buat apa kita nak sesakkan otak fikir pasal mamat kurang wayar tu. Jom lah kita tenang-tenang sambil cari idea.” Arina cuba menenangkan perasaan Syauqina.

Persahabatan mereka yang terjalin sejak sekian lama membuatkan dia faham perangai Syauqina. Dia masih ingat dahulu ketika mereka masih di bangku sekolah, dia secara tidak sengaja menjatuhkan plastik bungkusan roti ketika mereka berjalan menuju ke kelas. Syauqina sanggup berpatah balik untuk mengutip sampah itu.

Arina pula terpaksa menadah telinga mendengar bebelan percuma Syauqina mengenai pentingnya menjaga kebersihan alam sekitar. Arina tersenyum sendiri mengenangkan peristiwa lalu. Lamunan Arina terhenti apabila mendengar nada dering mesej dari telefon Syauqina.

“Oh no! Guys, ibu aku suruh aku balik rumah lah hari ni.” Syauqina bersuara cemas setelah membaca mesej yang diterimanya beberapa saat lalu.

“Kenapa? Ada urgent matter ke?” tanya Syaira. Syauqina hanya membalas pertanyaan itu dengan anggukan.

“Okey, girls. Kita start packing lah. Nanti lewat pula kau nak balik rumah. Mengamuk ibu kau nanti.” Syaira mula mengutip cawan dan pinggan yang mereka gunakan.

Arina pula mengutip plastik makanan ringan yang telah habis dimakan mereka. Tiba-tiba angin bertiup menerbangkan salah satu plastik bungkusan makanan ringan ‘Mister Potato’ ke arah kanan mereka. Arina pantas menyarungkan sandal lalu mengejar plastik tersebut.

‘Got it!’ Saat tangan Arina mencapai plastik itu, dirinya terlanggar seseorang lalu jatuh di atas pasir. Kedengaran orang yang dilanggarnya mengaduh kesakitan.

“Sorry, sorry. Saya tak sengaja terlanggar awak. I’m trully sorry.” mendengar ucapan maaf itu, Muhaimin mengangkat wajahnya.

‘Alamak, sekali aku terlanggar mamat kurang wayar ni pula.’ desis Arina perlahan. Dia yakin itu lah ‘mamat kurang wayar’ yang dilihatnya sebentar tadi.

Muhaimin memandang gadis yang melanggarnya. ‘Cantik.’ desis hatinya perlahan. Lantas Muhaimin menghulurkan tangan untuk bersalam. Arina melihat huluran tangan itu dengan penuh debaran.

Bimbang dirinya akan diapa-apakan oleh lelaki itu. Apatah lagi setelah melihat kelakuan pelik lelaki di hadapannya ini. Arina menggeleng-gelengkan kepalanya tanda menolak huluran tangan Muhaimin.

“Em..sorry again. Awak tak cedera kan? Saya minta diri dulu. Bye.” Arina segera melarikan diri dari situ. Muhaimin hanya mampu melihat kelibat Arina menghilang di sebalik deretan pokok yang ditanam disepanjang pantai.

Arina tiba di tempat mereka berpicnic beberapa minit selepas itu dengan tangannya ditekap ke dada. Masih menahan debaran akibat pertembungan tadi. Dia nekad tidak mahu menceritakan kejadian itu kepada teman-temannya yang sedia menunggu.

“Oi, Rin! Kau ni kenapa? Muda-muda lagi dah lemah jantung ke?” gurau Syaira apabila Arina masih mengurut dadanya. Wajah pucat Arina diperhati dengan teliti oleh Syauqina.

“Takde pape lah. Just penat buat marathon tadi. Maklum lah, dah lama tak bersenam.” ujar Arina separuh berjenaka. Mujur lah kedua-dua temannya itu menerima alasannya tanpa ragu-ragu.

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Syauqina menghentikan kereta di hadapan rumah. Enjin kemudiannya dimatikan. Saat kakinya melangkah keluar, dia melihat kereta Hyundai Tucson diparkir elok di kawasan rumahnya. Seingatnya ayahnya tidak membeli mahupun menukar kereta keluarga mereka.

‘Mungkin ada tetamu.’ Syauqina memberitahu dirinya sendiri. Salam diberi di depan pintu rumah. Deretan kasut yang ada di situ cukup untuk membuktikan mereka ada tetamu pada hari itu. Salamnya dijawab lalu dengan bacaan bismillah Syauqina melangkah masuk.

0

Be My Soulmate? – Love 1

Syauqina merenung jam di tangan kanan. Sudah hampir setengah jam dia duduk di      situ. Menunggu kedatangan seseorang yang ingin dikenalkan kepadanya. Syauqina melepaskan keluhan. Tidak mengerti akan sebab mengapa dia perlu melalui perkara yang memalukan ini.

‘Memalukan? Ya. Bagiku tindakan ibu sudah keterlaluan. Tak kan aku perlu jadi galang ganti hanya untuk mengeratkan persahabatan?’

“Nur Syauqina Ahmad Rahimi?” pertanyaan itu mematikan pembacaan Syauqina. Majalah CLEO diletakkan kemas ke atas meja. Sememangnya itu peribadinya. Bahan bacaannya sentiasa disusun rapi. Wajahnya diangkat untuk melihat gerangan yang menyapa.

“Ya, saya Syauqina. Awak ni Aizat?” kepastian dipinta daripada lelaki yang berdiri di hadapannya. Mata Syauqina sempat menganalisa lelaki itu. Berambut pendek dan berpakaian kemas.

“Ya. Saya Aizat. Mak saya minta saya jumpa awak hari ni. Maaf buat awak tunggu lama. Saya ada hal sikit kat office tadi.” terang Aizat. Dia ingin Syauqina mengerti akan kerjanya. Syauqina mengangguk perlahan tanda faham lalu memberikan isyarat agar Aizat duduk.

Aizat patuh. ‘Apa gaya nak interview orang je minah ni? Main arah-arah aku duduk pula. Tapi ni dikira interview jugaklah kan?’ Hati Aizat berbisik nakal.

“Saya pasti Cik Syauqina tahu apa tujuan kita jumpa hari ni kan?”

“Syuq. Panggil saya Shuq. Tak perlu formal sangat. Memang saya tahu tapi terus terang saya katakan, saya kurang setuju dengan plan ni.” ujar Syauqina sambil mengacau teh merahnya di dalam cawan. Mata Aizat memerhati gerak Syauqina tanpa menyedari tindakannya mengundang resah gadis itu.

“Saya pun. Saya cuma datang untuk kenal, mungkin kita boleh jadi kawan. Maaf, tapi boleh saya tahu whether Shuq dah ada boyfriend?” selamba Aizat bertanya. Ingin melihat reaksi Syauqina. Syauqina tersenyum sinis. Dapat dirasakan soalan itu ditujukan khas untuk menguji.

“Boyfriend? Saya ada ramai boyfriend tapi kalau awak tanyakan tentang special boyfriend, saya tak ada. I used to have but we’re over. How ’bout you?” nada suara Syauqina jelas berubah kepada sindiran.

“Saya ada Nana. Saya tak perlukan yang lain.”

“Nana? Your little sister?” berkerut dahi Syauqina mendengarkan nama itu.

“Kenapa Syauqina? Takut saya dah ada girlfriend? Teringin sangat ke nak kahwin dengan saya?” tawa Aizat meletus. Wajah Syauqina dilihatnya berubah. Pipinya kelihatan sedikit merah. ‘Marah ke geram tu? Cute jugak budak ni.’ Aizat berbisik sendiri.

Syauqina pantas berdiri. Panas hatinya apabila berdepan dengan Aizat. Dia ingin segera beredar sebelum tahap kemarahannya mencapai tahap maksimum. Handbag dicapai lalu Syauqina segera berlalu dari situ. Sempat dia menghadiahkan Aizat jelingan tajam. Tawa Aizat jelas kedengaran di telinga Syauqina walaupun dia telah sampai di hadapan pintu cafe.

“Amazing. Dia yang pertama yang sanggup tinggalkan aku sorang-sorang kat sini.” ujar Aizat kagum. Tangannya mencapai cawan Syauqina di sebelah sana meja. Airnya diteguk perlahan namun tersembur keluar sebaik sahaja air itu mencapai deria rasanya.

“Yuck. What kind of tea is this? Ada jugak orang minum teh yang rasa camni? Oh, dia baca mags. CLEO? So girly.” Dia membelek-belek majalah yang ditinggalkan oleh Syauqina. Beberapa minit kemudian majalah itu diletakkan kembali. Bosan dengan bahan bacaan wanita itu.

Aizat menjeling jam di pergelangan tangannya. Sudah menjangkau pukul 6 petang. Dia perlu segera kembali ke rumah dan bersiap untuk bertemu dengan kawan-kawannya dan melakukan aktiviti malam bersama-sama. Majalah CLEO dicapai sebelum dia melangkah pergi.

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

“So, how was it? Aizat tu hensem tak?”

“Eh, kalau Aizat tu hensem, kau pass dia kat aku pun okey.”

Syauqina membalas pertanyaan Arina dan Syaira dengan jelingan. Serentak dengan itu mereka berdua terdiam. Faham bahawa angin monsun timur laut sedang melanda di dalam diri sang teman. Syauqina pantas menghilangkan diri ke dalam biliknya.

“Rin, kau rasa kenapa Syuq angin semacam je ey? Aizat tak datang jumpa dia ke?” Syaira membuat aksi ala-ala gossip girl.

“Ntah lah. Baik kita tunggu je Syuq cerita. Bila dia dah sejuk nanti, mesti dia bukak hikayat punya.” ujar Arina penuh yakin. Syaira mengangguk lalu pandangannya kembali dihala ke skrin tv.

Konsentrasi mereka berdua terganggu apabila terdengar bunyi jeritan dari bilik Syauqina. Pantas kaki mereka dihala ke arah bunyi tersebut.

“Syuq! Syuq! Buka pintu ni! Kau okey ke?” Arina mulai cemas apabila tiada reaksi dari Syauqina walaupun pintu diketuk bertalu-talu. Syaira turut sama memanggil Syauqina.

“Apa kes korang bising-bising kat depan pintu bilik aku ni? Halang laluan betul.” Syauqina hairan melihat teman serumahnya itu berdiri di hadapan biliknya. Arina dan Syaira berpaling ke arah belakang.

“Kau ada kat sini? Dah tu siapa yang terjerit kat dalam bilik kau tu? Alamak, seramnya!” Syaira bersuara terketar-ketar. Lengan Arina dipeluk erat.

“Jerit? Oh, aku pasang movie kat dalam. Lupa nak pause tadi. Haha..penakut betul kawan-kawan aku ni. Korang nak join aku? Layan movie hantu.” Syauqina sengaja mengajak mereka berdua sedangkan dia tahu Arina dan Syaira memang ‘alah’ dengan cerita seram. Kalau mereka ingin menonton cerita seram, pasti mereka mengheret Syauqina untuk menemani.

“Ceh, tak guna punya kawan! Dah tahu hantu tu badfriend aku lagi mau tanya.” Syaira memasamkan wajah.

“Kau okey ke tak ni Syuq? Si Aizat tu tak buat pape kat kau kan? Ish, bimbang betul aku.”

“Chill lah, Rin. Aku baru je nak release stress lepas jumpa mamat bangang tu. Lepas dinner nanti aku share pasal ‘date’ aku dengan korang ey.”

Syauqina melepaskan tawa setelah Arina dan Syaira meninggalkannya dengan wajah kelat. Apabila tiba di rumah tadi, memang hatinya panas. Terbakar. Sebab itu dia memasang movie dengan full volume. Tak sangka tindakannya itu mengundang cemas. Bibirnya kembali mengukir senyuman.

‘Tak guna kau marah-marah pasal mamat tu, Syuq. Nanti tak pasal-pasal habis kedut muka kau.’ Syauqina mengumam di dalam hati.

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

“Biar betul kau Syuq. Kau tinggalkan dia kat situ sorang-sorang? Ruginya.”

“Betul tu Rin. Kalau aku tahu jadi camni, mesti aku dah temankan kau Syuq. Teringin betul aku nak jumpa dengan guy yang boleh buat kau angin semacam.” Syaira ketawa melihat muka Syauqina berkerut marah.

“Ceh, mamat tu kerek semacam. Dia ingin aku desparate sangat nak kahwin ngan dia? Aku ni muda belia lagi tau. Nak enjoy puas-puas dulu.” Syauqina mencebik.

“Apa kau kata? Kau tak desperate? Habis tu yang ibu kau suruh kau kahwin sebelum hujung tahun ni tu apa? Ke kau dah ada calon lain? Kau tu mana muda belia lagi. Kau dah layak jadi mak budak tau.” Syaira meninggikan suaranya pada Syauqina yang berlagak selamba.

“Excuse me, Miss Syaira. Yang nak kahwin tu aku, bukan ibu. Kalau kahwin ngan orang yang kita tak suka tak boleh gak. Nanti tak aman rumah tangga. Lagipun jodoh tu kan bukan kita yang tentukan tapi ALLAH.”

“Tau pun kau jodoh tu ALLAH yang tentukan. Yang kau benci sangat kat Aizat tu apa kes? Benci-benci nanti jadi cinta tau. Kalau jodoh kau ngan Aizat tu tahu lah kau langit tu tinggi ke rendah.” marah Syaira lagi.

“Gaduh lah korang. Aku still tak faham kenapa kau tak nak try kenal dulu dengan Aizat tu. Yelah, even kau kata dia kerek pun, dia still calon husband kau kan? Nothing can change that.”

“Betul tapi hati aku ni tak mau terima sesiapa pun. Nanti-nanti lah aku kenal dia. Banyak masa lagi kan?” ujar Syauqina lemah.

“Em, dah lah. Lewat dah ni. Jom tidur. Esok nak bangun awal.”

“Bangun awal? Kita nak gi mana Rin?”

“Apa kau slow sangat ni, Ira? Kan esok kita nak gi picnic.” kepala Syaira disekeh perlahan. Syauqina hanya ketawa apabila Syaira terpinga-pinga. Setelah mengucapkan selamat malam, mereka beredar ke bilik masing-masing.