0

Be My Soulmate? – Love 8

“Asy, it’s weird kan? Zaman sekarang pun ada lagi orang yang kena kahwin paksa. Ingat kan zaman dulu-dulu aje.” Syaira menyuapkan sepotong buah ke mulutnya. Asyraf memandang tunangnya sedikit pelik.

“Babe, where’s the fire?”

“Huh?”

“Awak lah. Tiba-tiba aje cakap pasal benda ni. Awak kena kahwin paksa ke?” Asyraf pura-pura terkejut.

“Mengarut lah awak ni. Kan kita dah tunang ngan awak. Mana boleh kahwin ngan orang lain.” Syaira mencebik. Mulutnya mula membentuk muncung, pura-pura merajuk. Asyraf tersenyum melihat aksi spontan Syaira.

“Ala, cayang bucuk saya ni merajuk ye? Nak saya pujuk kan?” Syaira tidak dapat menahan ketawa apabila melihat tunangnya itu membuat gaya memujuk anak kecil.

“Seriously lah, Ira. Kenapa tiba-tiba awak tanya saya pasal hal ni? Atau ni just a random question?” nada suara Asyraf kembali serius. Dia benar-benar hairan dengan soalan yang diutarakan oleh Syaira sebentar tadi.

“Random. Entah lah. Awak tahu, saya terkejut betul bila housemate saya kena kahwin paksa. Lagi terkejut bila saya tahu yang sebenarnya dia ada boyfriend tapi dia tak pernah bagitau saya.” keluh Syaira.

“Sayang, it’s normal lah kalau housemate awak tu ada boyfriend. Yang jadi abnormalnya kalau dia ada girlfriend. About kahwin paksa tu, atas reason apa dia terjerat?”

“Asy! Saya dengan Syuq dah kawan since high school lagi tau tak? Kami dah janji kalau ada boyfriend, we’ll tell each other. Ni dia senyap-senyap ada boy tak bagitau. Yang buat saya panas hati, dia bagitau Rin pasal that boy. Mana adil!” bentak Syaira marah.

“Mungkin dia ada alasan dia sendiri kenapa dia nak keep it as a secret. Awak tak kan tahu kalau awak tak tanya. Hah, awak tak bagitau lagi pasal kenapa dia kena kahwin paksa. Sebab wasiat ke? Macam yang dalam drama tv tu?”

“Tak lah. Kawan mak dia, nak anak dia kahwin dengan salah sorang adik beradik Syuq tu. Syuq tu pulak ada dua beradik aje. Kakak dia dah kahwin so calonnya tinggal Syuq sorang lah. Macam nak erat kan persahabatan lah kot. Kesian Syuq tu. Dia selalu aje jadi mangsa.” Asyraf hanya mendengar celoteh Syaira. Sekurang-kurangnya gadis itu sudah kurang rasa marah dan tidak puas hatinya.

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Jam di dinding sudah menunjukkan pukul 9.30 malam ketika Syauqina dan Arina memasuki rumah. Mereka pantas menyimpan barang-barang masakan di dapur. Beberapa minit kemudian Arina menyelongkar kabinet mencari jag untuk diisikan air. Dia tangkas menyediakan air. Sunquick menjadi pilihan Arina di kala dirinya kehausan. Penat berjalan-jalan dengan Syauqina.

Syauqina sedang tenang bersantai di ruang tamu taktala Arina tiba dengan sejag Sunquick dan dua gelas. Syauqina membuka bungkusan Spring Potato yang mereka beli tadi. Remote tv dicapai dan saluran MTV yang sedang menayangkan MTVHitz menjadi pilihan.

“Rin, kau takde boy ke?” Arina tersedak mendengarkan soalan spontan Syauqina. Syauqina hanya tersenyum jahat melihat reaksi Arina.

“Syuq! Kau ni sengaja kan? Tak boleh tengok aku senang?” suara Arina mula berubah nada. Tinggi.

“Naa..saja aje. Kau ni kan dah lama single mingle. Takde yang berkenan di hati lagi ke?” sekeping lagi spring potato masuk ke mulut Syauqina. ‘Ahh..nikmatnya.’

Arina hanya diam. Secara tiba-tiba terlakar satu wajah pada fikiran Arina. Mamat kurang wayar. ‘Kalau perhati betul-betul, boleh tahan jugak muka mamat tu.’ Spontan terukir sebuah senyuman di bibir Arina. Syauqina memandang Arina curiga. Baru sahaja dia ingin membuka mulut untuk bertanya kepada Arina, tetapi dikejutkan dengan bunyi pintu ditutup. Tersembul wajah penat Syaira.

“Oh..dah lewat lah. Aku nak tidur dulu. Penat.” sepantas kilat Arina bersuara apabila melihat Syaira. Tujuan utamanya ialah untuk mengelak ‘serangan’ Syaira. Dia tidak mahu mengkhianati perjanjiannya dengan Syauqina. Oleh itu lebih baik dia  lari dari ‘medan perang’. Biar lah dia di cop sebagai pengecut asal kan bukan pengkhianat.

Arina gagal meneruskan pelariannya sebaik sahaja kakinya memulakan langkah ke tiga. Tangannya ditarik oleh Syauqina, erat. Bagai tidak mahu melepaskan. Arina menarik muka. Tangan Arina ditarik kuat membuatkan gadis itu terjatuh kembali ke sofa. Syauqina tersenyum. Peluang dah terbuka. Syauqina memboloskan diri dari ruang tamu dengan larian pecut 100 meter. Sebaik sahaja pintu biliknya terbuka, Syauqina menghadiahkan satu ‘flying kiss’ kepada Syaira dan Arina yang tergamam di ruang tamu.

Sebaik sahaja pintu bilik Syauqina tertutup, Arina sedar dirinya kini berada di posisi bahaya. Pantas Arina menarik langkah seribu menuju ke biliknya. Syaira menggeleng melihat perangai kanak-kanak ribena mereka berdua.

‘Takpe. Hari ni korang boleh lari tapi sampai bila?’ Syaira memandang gelas Syauqina yang masih berisi air di atas meja. ‘Rezeki jangan di tolak.’ Dengan sekali teguk, Syaira menghabiskan baki air tersebut.

Deringan telefon yang berada di atas meja mematikan gerakan Syaira. ‘Eh, ni Syuq punya. Baik aku angkat, mana lah tau kot-kot urgent.’ Sebaik sahaja dia menjawab panggilan tersebut, suara esakan seorang gadis menyapa telinganya.

“Syuq! Abang! Please!”

“Err..hello? Ni bukan Syuq. Saya kawan dia. Kejap saya panggil dia eh.” pantas Syaira berlari ke arah bilik Syauqina lalu mengetuk pintu bilik.

“Syuq! Buka pintu ni. Ada call untuk kau. Urgent!” beberapa saat kemudian, pintu bilik Syauqina terkuak perlahan. Telefon bertukar tangan. Demi mendengarkan suara itu, wajah Syauqina berubah warna. Suram. Setitis air mata menitik menuruni pipinya perlahan.

Syaira kaget melihat situasi itu. Jarang sekali Syauqina menangis. Pasti sesuatu yang tidak baik menimpa kenalannya kerana yang terpampar di skrin telefon sebentar tadi ialah ‘unknown number’. Syaira ingin melangkah pergi apabila secara tiba-tiba Syauqina mencengkam erat lengannya.

Esakan Syauqina mula kedengaran. Perlahan dan penuh sayu. Telefon bimbitnya terjatuh di sisi namun tidak dihiraukan. Syaira mendepakan tangannya. Menghantar isyarat bahawa Syauqina boleh memeluknya sekiranya gadis itu mahu. Tanpa berfikir panjang, Syauqina mendakap Syaira erat. Berita yang diterimanya sebentar tadi benar-benar menghapuskan kekuatannya.

“Syuq, please listen. I know you tak nak ada kaitan dengan kami lagi tapi abang accident. Kena langgar dengan kereta. Dia still ada kat ER but i thought that you have the right to know. Any progress and i’ll inform you right away.” masih tergiang-ngiang di dalam kepalanya akan suara Sienna.

Advertisements
0

Be My Soulmate? – Love 7

Tidak sampai setengah jam, Arina dan Syauqina tiba di Giant. Arina bergegas menuju ke tempat troli. Syauqina menggelengkan kepala. ‘Macam lah ada orang nak berebut troli tu dengan dia’.

“Dey, aci. Troli kat Giant ni banyak lagi lah. Yang kau buat macam troli tu tinggal satu apa kes?”

“Eh, kau tak ingat ke Syuq? Dulu kan pernah takde troli. Kau jugak yang rungut berat bawak bakul.” perli Arina selamba. Kejadian ‘kehabisan’ troli di Giant yang menimpa mereka berdua tahun lepas masih diingati. Mereka terpaksa membawa dua bakul dek kerana barang yang dibeli terlalu banyak dan berat.

“Apa-apa je lah kau ni. Hah, kau nak beli apa ni? Cepat jalan. Aku nak beli barang sulit ni.” Arina pantas berlalu dengan troli meninggalkan Syauqina yang inginkan privasi ketika membeli barang ‘sulit’nya. Syauqina melangkah ke arah rak barang yang ingin dicari.

Tumpuan Syauqina terganggu apabila terdengar bunyi mesej dari telefonnya. Pantas telefon di dalam beg dicapai dan mesej dibuka.

+weh, aku ad date ngn Asyraf nih. kau tggu aku blk. ad hal nak discuss.

Syauqina tersenyum. ‘Habis lah aku. Minah ni dah masuk mode detektif.’ Setelah dia membalas mesej Syaira, telefon kembali dimasukkan ke dalam beg. Tangannya mencapai sebungkus tuala wanita jenama Kotex lalu dia menuju ke arah deretan syampu pula.

Arina menolak troli dengan riang. Tiba di bahagian-bahagian tertentu dia akan berhenti dan tangannya lincah mencapai barang di atas rak. Beberapa bar coklat dicapai lalu dimasukkan ke dalam troli. Dia kemudiannya kembali menolak troli.

“Eh, lupa! Camne aku boleh tak ingat choc si Syuq ni? Mati lah. Baik aku ambil cepat sebelum minah tu sampai.” dengan pantas Arina memusingkan troli tanpa melihat kiri kanan.

“Ouch!” jeritan seorang lelaki mengejutkan Arina. Bakul yang dipegang lelaki itu terlepas dari pegangan menyebabkan barangan di dalam bakul jatuh berterabur. Tanpa sedar troli Arina telah melanggar seorang lelaki yang berjalan di belakangnya.

“Ops, sorry, sorry. Saya tak sengaja terlanggar awak. I’m truly sorry.” ujar Arina kesal sambil tunduk untuk turut sama mengutip barangan lelaki itu. Muhaiman terpempan seketika. Ayat itu, suara itu seperti pernah didengari. Dia mengangkat kepala untuk melihat gerangan yang melanggarnya.

“Eh, Miss Potato. Awak lagi?”

Arina pelik mendengar pertanyaan lelaki itu. ‘Miss Potato?’ Wajahnya diangkat perlahan-lahan. Bimbang dia tersilap dengar.

“Beg your pardon?”

“Awak ni Miss Potato kan? Yang langgar saya kat pantai semalam?” terang Muhaimin cuba untuk mengembalikan ingatan gadis tersebut.

“Oh no. Mamat kurang wayar! Eh, em..sorry again. Awak tak cedera kan? Saya minta diri dulu. Bye.” menyedari dia tersilap kata, pantas Arina melarikan diri. Muhaimin mengeluh. ‘Aku yang sikit punya hensem ni dia panggil mamat kurang wayar? Apa lah budak ni. Wait. Bukan ayat tu sama cam ayat kelmarin ke? Dah takde ayat lain ke girl ni? Mujur lah lawa, kalau tak..’

Arina menolak troli sepantas yang boleh. Dia kemudiannya berhenti di barisan yang meletakkan pakaian bayi. Dia berusaha untuk bertenang. Nafas ditarik dan dilepas berulang kali.

“Hoi!” tepukan dibahu Arina membuatkan gadis itu melatah. Syauqina ketawa melihat temannya melatah. Sebaik sahaja tersedar dari latahnya, Arina menjeling marah ke arah Syauqina.

“Kau ni apa kes lepak kat baju baby ni? Ke kau nak beli buat spare kat kindergarden ke?” Syauqina terbayangkan taska tempat Arina bekerja.

“Hah? Oh..ya. Eh, tak lah. Aku saje-saje je nak tengok. Comel je baju ni kot.” tergagap-gagap Arina bersuara.

“Hey, girl. Apa kena ngan kau ni sebenarnya? Kena sampuk hantu laut? Dari kelmarin aku tengok kau kalut camni.” ujar Syauqina prihatin. Bukan prihatin sangat sebenarnya tapi dia takut juga kalau-kalau Arina disampuk makhluk halus. Ye lah, camne kalau tiba-tiba dia buat hal masa kat rumah nanti?

“Ee..kau ni, cabul betul mulut kau tu kan? Lancang betul, mulut takde insurans. Kau tau kan aku ni ‘terlebih’ berani?” tangan Arina menepuk-nepuk bahu Syauqina, geram.

“Dah tu kau try lah story kat aku apa dah jadi? Ke kau jumpa ex kau ngan awek lain?” Syauqina jadi curiga. Budak ni pernah jadi cuak camni sebelum ni. Time tu terserempak dengan ex dia jalan ngan perempuan lain. Apa lagi, gelabah monyet lah budak kalut-tak-pernah-cool ni.

“Tak lah. Aku jumpa orang sewel je tadi. Dah-dah, malas dah aku nak ingat. Jom lah kita cari barang cepat.” cepat-cepat Arina menukar topik.

“Weh, choc aku mana?” tanya Syauqina apabila dia membelek barang-barang di dalam troli. Vochelle black choc kegemarannya tiada di situ.

“Eh, aku lupa. Kau pergi lah ambil. Aku tunggu kat barang basah tu. Cepat tau.” Arina serik untuk pergi ke tempat ‘kejadian’ semula. Takut bertembung dengan lelaki yang dilanggarnya sekali lagi. Syauqina hanya mencebik.

Mereka berdua melangkah ke arah kaunter bayaran setelah siap memilih barang. Syauqina sedang mengeluarkan purse untuk membayar ketika  Arina mengeluarkan idea bernas.

“Syuq, kita melantak KFC yuk? Aku dah kebulur ni.” Arina buat muka comel-gaya-anak-kucing. Pasti Syauqina tertipu dengan muka comel dia. Pasti!

“Kau ni macam-macam. Tadi kata nak masak, ni nak melantak..” Syauqina berhenti membebel secara tiba-tiba. Bukan kerana muka comel-gaya-anak-kucing Arina tetapi matanya menangkap wajah seseorang. Wajahnya mirip dengan salah seorang seniornya semasa dia di pra- universiti dahulu. ‘Ah, tak kan lah dia. Imposibble.’ Cepat-cepat dia mengalihkan kembali pandangannya kepada Arina.

“Em..ye lah. Kau ni dari dulu asyik KFC je kan?” balas Syauqina perlahan kepada Arina yang masih menantikan jawapan. Arina tersenyum lebar rancangannya dipersetujui Syauqina. Dia kemudiannya berjalan mendahului Syauqina menuju ke KFC.

“Rin! Aku baru ingat, Ira kata dia nak discuss something ngan aku bila dia balik date nanti. Mesti dia nak tahu pasal so called lover of my life tu. Camne ni? Ada idea?”

“Hoho..ada. Kau pura-pura tidur bila dia balik rumah. Amacam?” Syauqina mencebik. ‘Idea tak best camtu pun nak bagi aku?’

0

Be My Soulmate? – Love 6

“Ibu, Syuq nak balik hari ni. Dah janji dengan Arina nak temankan dia pergi beli barang.” tutur Syauqina ketika mereka sekeluarga menikmati makan tengah hari. Intan hanya mengangguk tanda membenarkan. Usai makan, Syauqina segera kembali ke biliknya dan mula mengemas begnya. Bunyi ketukan di pintu bilik menghentikan pergerakkannya.

“Masuk lah. Pintu tak kunci.” pintu bilik dikuak dan wajah Intan muncul, tersenyum ke arah anak gadisnya.

“Syuq, bagitau ibu betul-betul. Syuq dah ada pilihan hati ke? Kalau ya, ibu akan call Aunty Hajar and cancel everything. What say you, princess?” Intan duduk di birai katil, memerhatikan Syauqina yang asyik menyusun alat soleknya di dalam beg kecil.

“Betul ibu nak tahu?” akhirnya tumpuan Syauqina beralih kepada ibunya.

“Sure.”

“Yes. Syuq ada pilihan Syuq sendiri tapi Syuq tahu, ibu tak kan sukakan dia.”

“Apa yang buat Syuq yakin sangat ibu tak kan sukakan dia?”

“Haha. ‘Coz i know you. You never like whatever hell i’m doing. Even barang yang Syuq pilih pun ibu tak suka, ini kan pula lelaki.” sinis Syauqina bersuara. Intan terkedu saat telinganya menangkap bait ayat yang meniti di bibir Syauqina.

Intan kemudiannya berlalu keluar. Dia cuba bertenang. Telefon bimbit di atas meja dicapai. Nombor Syaira didail. Syaira adalah teman baik Syauqina sejak zaman sekolah menengah. Mereka berkongsi rahsia jadi tentu lah Syaira mengenali pilihan hati Syauqina.

Syauqina mengintai aksi ibunya. Dia menjadi curiga apabila ibunya menyebut nama Syaira. Pasti Intan mahu menyiasat tentang ‘pilihan hatinya’. ‘Ish, tak boleh jadi ni. Nanti kalau ibu tahu teruk aku.’ Telefon bimbitnya dicapai lalu dia mendail nombor Arina. Setelah tiga deringan, taliannya disambut oleh Arina.

“Yo, Rin. Aku nak tanya ni. Kau ada bagitau tak kat Ira pasal ‘dia’?” tanpa berlengah Syauqina terus bertanya.

“Huh? ‘Dia’? Mamat yang dulu tu? Tak. Kan aku dah janji nak senyap pasal hal tu. Why?”

“Naa. Aku rasa ibu tanya Ira pasal hal tu. Kalau ibu aku call kau, kau kelentong lah ey? Please?” nada suaranya dimanjakan. Arina hanya ketawa.

“Weh, don’t worry lah. Pandai makan pandai lah aku simpan. Lagipun benda tu jadi dah lama dulu. By the way, bila kau nak pick up aku ni? Aku dah nak siap ni.” ujar Arina ceria sambil tangannya mencapai blouse berwarna peach dari dalam almari lalu disarung ke tubuhnya.

“Jap lah. Aku baru siap pack barang ni.”

“Eleh, setakat balik rumah semalaman pun packing barang bagai. Kau ingat ni zaman kau duduk hostel ke?” tawa Arina meletus. Masih dia ingat betapa liciknya Syauqina ketika dia tinggal di asrama sekolah. Setiap minggu pasti gadis itu pulang ke rumah walaupun terpaksa memanjat pagar untuk melarikan diri apabila tiba minggu para penghuni asrama tidak dibenarkan pulang berhujung minggu. Syauqina turut ketawa apabila mengimbas kembali peristiwa lalu.

“Hei, suka suki je kutuk aku kan? Sekurang-kurangnya aku pernah stay kat hostel. Kau pernah?” ejek Syauqina.

“Dah-dah. Baik kau pick up aku cepat. Nanti lewat aku nak shopping.” talian dimatikan apabila mereka saling bertukar salam. Syaquina pantas mengangkat ‘overnight bag’ untuk dibawa keluar. Kunci kereta dicapai dan langkahnya laju menuju ke luar.

“Syuq, dah nak balik?” pertanyaan Rahimi mengejutkan Syauqina.

“Yeah. Dah lambat ni. Balik dulu ye, ayah.” tangan Rahimi dicapai lalu diciumnya penuh kasih. Dia meletakkan begnya di atas lantai sebaik sahaja melihat Intan berjalan ke arahnya dan Rahimi.

Tangan Intan turut dicapai dan diciumnya. Intan memeluk Syauqina erat. Mata Intan berkaca. Syauqina membisikkan ucapan maaf. Dia mengangguk perlahan.

“Hati-hati drive tu Syuq. Jangan ingat nak cepat je.” pesanan dititipkan buat anak gadisnya. Dia masih melambai ke arah Syauqina walaupun kereta gadis itu sudah menghilang di sebalik selekoh. Rahimi menangkap tangan isterinya sekaligus menghalang Intan melambai.

“Awak call Ira tadi kenapa? Nak buat spot check pasal Syuq? Dah lah tu, Intan. Syuq akan lebih marah kalau dia tahu awak buat camtu.” nasihat Rahimi lembut. Bukan dia tidak mendengar isterinya bercakap dengan Syaira di telefon sebentar tadi.

“Saya cuma nak tanya pasal orang yang Syuq kata pilihan hati dia tu. Nak juga saya tahu, budak tu macam mana.”

“Dah tu? Dapat ke info yang awak nak tu?” ujar Rahimi sinis. Kurang senang dengan perbuatan Intan.

“Tak. Ira cuma kata yang Syuq pernah kenal sorang lelaki tapi Ira tak pernah tengok atau tahu nama dia. Ira kata cuma Rin pernah jumpa lelaki tu tapi mustahil lah Rin nak bocorkan rahsia. Dia kan setia dengan Syuq tu.” wajah Intan nampak muram.

“Ira tu pun setia dengan Syuq tapi dia tu dah rapat sangat dengan awak. Tu yang dia boleh bocorkan rahsia. Bijak juga Syuq ni. Tak beritahu Ira pasal lelaki tu kalau tak mesti awak dah korek semuanya kan?” sindir Rahimi lagi. Intan hanya menjeling suaminya tajam.

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Syauqina menghentikan keretanya di hadapan rumah sewa mereka bertiga. Hon ditekan bagi memanggil Arina. Arina tergesa-gesa menyarung kasut dan berlari ke arah kereta.

“Syuq, jom blah cepat. Ira nak korek rahsia tu.” ujar Arina tercungap-cungap setelah pintu kereta ditutup. Syauqina terus memecut keretanya pergi meninggalkan rumah. Dia menjeling ke arah cermin sisi. Kelihatan Syaira berlari anak keluar dari kawasan rumah. Barangkali ingin mengejar mereka. Serentak itu Syauqina dan Arina ketawa. Lucu melihat wajah Syaira yang merah padam.

“So, apa dah jadi ni?” tanya Syauqina apabila tawa mereka reda.

“Ibu kau lah. Kau tahu, dia call Ira tadi. Apa lagi minah kepoh tu, lepas aje cakap ngan ibu kau, terus dia serang aku. Tanya pasal ‘mamat’ tu. Dia attack aku sampai speechless aku dibuatnya. Mujur kau cepat sampai, kalau tak aku tak jamin rahsia kau selamat.” dalam satu nafas Arina menuturkan.

“Fuhh..nyaris giler tu. Thanks gang. Kau lah penyelamat aku. Aku tak tahu apa nak buat kalau kau takde.” senyuman terukir di bibir. Ikhlas.

“Hey, what are friends for?” Arina tersengih. Dia berpegang pada janji yang dibuat pada Syauqina bertahun dulu. Seperti mana Syauqina menepati janjinya.

“Ey, Syuq. Tucson siapa kat rumah kau tu?” tanya Arina apabila dia teringat sesuatu.

“Hah? Tucson apa?” Syauqina keliru dengan soalan mengejut temannya itu.

“Ala..Tucson yang park kat rumah kau semalam. Aku ada lalu kat rumah kau masa balik rumah Ira petang semalam.”

“Oh..em. Family Aizat. Datang merisik.” jawab Syauqina acuh tak acuh. Arina hanya diam. Beg tangan dibuka lalu kertas tertulis senarai barang yang ingin dibeli dicapai.

“Syuq, kita pergi Giant, ey? Aku nak beli barang nak masak.”

“What? Kau masak? Biar betul ni?” Syauqina memandang Arina tidak percaya. Arina hanya mengenyitkan mata. Suasana ceria kembali menyelubungi mereka.

0

Be My Soulmate? – Love 5

“Ibu, please. Syuq tak nak kahwin lagi. Syuq nak enjoy dulu puas-puas and lepas tu Syuq akan kahwin jugak tapi dengan pilihan hati Syuq. I wanna marry a guy that i love, ibu.” Syauqina masih merayu ibunya, Intan.

“Apa kurangnya Aizat? Dia baik dan dia dah kerja. Kewangan dia dah stabil, Syuq. Nak tunggu apa lagi?” Intan cuba berlembut. Tidak ada gunanya sekiranya dia tetap berkeras dengan anaknya.

“Syuq dah ada pilihan sendiri ke? Dah janji dengan orang lain?” lembut Rahimi bertanya. Hati Syauqina tersentuh mendengar pertanyaan ayahnya. Mutiara jernih yang sedari tadi bertakung mula menitik ke pipi.

Tanpa kata Syauqina meninggalkan ruang tamu tempat mereka berbicara dan menuju ke bilik tidurnya. Dia berdiri di hadapan cermin, lama. Air mata yang mengalir segera di lap dengan tisu. Pintu bilik air segera dibuka. Mukanya dicuci bersih, menghilangkan kesan air mata. Setelah yakin dengan penampilannya, barulah Syauqina melangkah keluar.

Langkahnya diatur kemas ke katil. Laptop dicapai lalu butang on ditekan. Dia perlukan seseorang untuk berkongsi rasa. Seseorang yang telah lama menghilang dari hidupnya.

“Awak rasa Syuq dah ada pilihan ke? Sebab tu dia tolak Aizat?”

“Ya. Kan saya dah bagitau, hal penting macam ni biar lah anak-anak yang tentukan sendiri. Syuq tu bukan budak-budak lagi. Kesian lah dia.” Rahimi bersuara tegas.

“Habis tu awak nak Syuq tu buat perkara sama macam Anis? Kahwin dengan..” Intan tidak sempat menghabiskan kata-katanya apabila Rahimi mencelah kasar.

“Jangan sebut nama jantan tu kat sini. Saya tak suka. Awak jangan nak bandingkan Anis dengan Syuq. Selama ni, pernah ke Syuq tu keluar dengan jantan bukan-bukan macam Anis buat? Takde kan? Saya tahu, Syuq takkan kecewakan saya lepas apa yang Anis dah lakukan.” suara Rahimi yang tadinya bergema di segenap ruang itu bertukar perlahan.

Rahimi cuba untuk menahan rasa kecewa yang terbuku di hatinya. Anak bongsunya itu tidak patut dihukum atas kesilapan kakaknya. Dia sedar, sejak kecil bahu Syauqina sudah tergalas beban yang besar. Rahimi mahukan anak-anaknya berjaya dalam pelajaran namun apabila Anis gagal mendapat keputusan yang cemerlang dalam setiap peperiksaan besar, Syauqina dipaksa untuk mengambil alih tugas itu.

Sejak kecil dia dan isterinya mengatur jalan hidup Syauqina. Mereka memaksa Syauqina untuk menjadi seorang guru, menidakkan cita-cita Syauqina untuk menjadi seorang interior designer. Anis pula dia inginkan untuk mewarisi perniagaannya. Namun siapa dia untuk menolak takdir ALLAH, anak kesayangannya, Anis telah menconteng arang ke mukanya. Sejak itu dia perlahan-lahan melepaskan Syauqina agar gadis itu tidak terlalu terikat dengan permintaannya.

Ternyata percaturannya silap. Akibat tekanan yang diberikan sejak kecil, Syauqina mula berubah. Layanan gadis itu terhadap ibubapanya mula bertukar dingin. Gadis itu mula memberontak dalam diam dan sekarang isterinya menambahkan rasa terbeban kepada Syauqina dengan perkahwinan yang tidak pernah diinginkan anaknya.

Hati kecilnya yakin bahawa Syauqina telah mempunyai seseorang dalam hidupnya tetapi takut untuk menyatakannya kerana kongkongan yang diterima sejak dahulu. Isterinya juga sedar akan perubahan Syauqina. Sering menyendiri apabila pulang ke rumah mereka sedangkan selama ini, suara ceria gadis itu selalu memeriahkan suasana. Esakan perlahan dari sebelahnya menyedarkan Rahimi dari lamunan yang panjang. Bahu Intan yang sedang menangis diusap perlahan. Untuk kesekian kalinya dia mengeluh.

Sementara itu Syauqina yang baru sahaja membuka laptopnya terkejut mendengar suara Rahimi yang bergema. Dia dapat mendengar dengan jelas butir bicara ibu bapanya. Hasratnya untuk melayari internet terbantut. Dia kemudiannya mencapai novel yang tersusun kemas di atas rak lalu dibaca. Ini salah satu cara dia menghilangkan stress.

Deringan lagu ‘Safe and sound’ nyayian Taylor  Swift dari telefon bimbit Syauqina mematikan pembacaannya. Dia tersenyum sendiri. Tanpa melihat nama pemanggil pun dia tahu siapa yang menelefonnya. Nada dering itu diset khas untuk seseorang. ‘My safe haven’.

“Syuq speaking. Hi there.”

“Sugar. It’s been awhile.” mendengar suara itu, Syauqina terus tenggelam dalam rindu yang tidak bertepi namun cepat-cepat dia mengusir perasaan itu.

“You nak apa?” ujar Syauqina dengan nada tegas.

“I nak you. Somehow, i can sense that you need me now.”

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Ketukan di pintu bilik mengejutkan Syauqina dari lena. Dia dengan pantas bangun dan membuka pintu. Kelibat Intan di hadapan biliknya dilihat sepintas lalu. Dia kembali menggosokkan mata sambil menguap kecil. Kaki kembali dihala ke katil. Intan menggelengkan kepalanya perlahan.

“Bangun lah, Syuq. Temankan ibu pergi pasar.” Intan mengekori langkah anaknya ke katil. Rambut Syauqina yang kembali berbaring diusap perlahan. Syauqina menolak lembut tangan Intan.

“I’m not a kid anymore. Stop treating me like one.” tanpa nada dia bersuara. Dia mahu ibunya sedar bahawa dia bukan lagi Syauqina yang berusia 10 tahun yang inginkan dirinya dimanjakan.

“Apa salahnya. Kan Syuq suka kalau ibu buat camni.” tangan Intan kembali mengelus perlahan ubun Syauqina.

“Memang salah pun. Kalau ibu treat Syuq camni 10 tahun lepas, i would be happy. But now, it’s way to late for you to treat me like i’m your beloved daughter. Pergi lah usap kepala Anis tu.” Syauqina menahan sebak.

Benar, dia selalu inginkan Intan untuk melayan dan memanjakannya seperti itu. Dia sering kali cemburu melihat layanan Intan dan Rahimi kepada Anis. Tapi sekarang dia sudah malas untuk mengambil tahu. Biar lah, biar lah dia tidak dimanjakan jika itu mampu membuatkannya bersemangat untuk berjaya dan pergi jauh dari keluarganya sendiri. Lagipun apa yang mampu Anis lakukan sekarang? I’m better than her now..in everyway.

Intan menghentikan perbuatannya. “Pergi lah mandi. Nanti kita pergi pasar. Syuq decide lah nak makan apa hari ni.” Intan segera keluar sebaik sahaja menuturkan kata-kata itu. Dia menyeka air mata yang sudah bertakung. Dia sedar dia tidak berhak untuk berkecil hati kerana Syauqina hanya menyatakan rasa hatinya yang telah lama dipendam.

Syauqina masih berbaring di atas katil. Dia sangat sayangkan ibunya tetapi dia juga manusia yang punya perasaan. Dia mahu ibunya sedar yang dia kekurangan kasih sayang dan perhatian dari kedua orang tuanya. Selepas melamun beberapa minit, Syauqina bangun dan menuju ke bilik air. Dia ingin membersihkan diri dan menemani ibunya.

0

Be My Soulmate? – Love 4

Tepat jam 8 malam, sebuah kereta berhenti di hadapan rumah. Rania segera menyelak langsir dan bibirnya mengukir senyuman. ‘Tepat pada masanya.’ Dia lantas bergerak ke arah pintu. Almari kasut dibuka dan wedges setinggi seinci dicapai. Apabila bersama Aizat, dia mesti bersederhana kerana lelaki itu kurang gemar apabila dia menyarung kasut yang lebih dari tiga inci. Sambil menyarungkan kasut, dia memikirkan perkara yang mereka akan lakukan malam ini.

Aizat menunggu dengan penuh rasa sabar. Dia tahu Rania sedang memilih kasut kerana dia melihat bayang wanita itu mengintainya tadi. Dia melihat jam di tangan dengan sekilas pandang. Dia perlu cepat sekiranya ingin tiba tepat pada waktu. Dia bercadang untuk membawa Rania berjumpa dengan keluarganya. Semoga kehadiran Rania akan membuka jalan untuknya membatalkan perkahwinan yang telah ditetapkan. Susuk tubuh Rania yang kelihatan menuju ke pagar rumah menghentikan segala perangkaannya. Pantas dia keluar untuk membukakan pintu buat Rania.

Pandangan yang disajikan sebaik sahaja dia keluar cukup untuk membuat Aizat tergamam seketika. Rania yang memakai gaun malam berwarna biru paras paha membuatkan jantung Aizat berdegup kencang apatah lagi melihatkan senyuman manja yang terukir di bibir wanita itu. Bauan Gucci jelas mencuri keheningan malam. Aizat cukup suka dengan bauan Gucci yang seringkali menggoda nalurinya. Rania yang tahu dengan kelemahan lelaki itu sengaja cuba menggodanya dengan bau itu. Ini bukan pertama kali dan dia mahu lelaki ini terjerat sekaligus menjadi miliknya.

“Em, you look gorgeous tonight. Blue suits you well.” Aizat menghulurkan tangannya bagi memimpin Rania ke kereta. Rania tersenyum bangga.

“Thanks, darling. I really miss you. Dah lama betul kita tak jumpa kan?” bisik Rania lalu dia menarik leher Aizat perlahan lantas mencium pipi lelaki itu manja. Aizat pula hanya membiarkannya. Selamba dengan reaksi spontan kekasih hatinya.

“Nia, malam ni kita dinner dengan parents i, okey?” tanya Aizat lembut.

“What? Darl, i rindu you tau. Kita dah lama tak hang out sama-sama and now you nak kita dinner dengan parents you? I tak nak!” bentak Rania marah. Dia enggan bertemu dengan ibubapa Aizat yang jelas menunjukkan reaksi kurang senang apabila mereka berjumpa.

“Baby, please.”

“Nope! I tak nak!”

“Okey, i promise kita pergi makan je. Lepas tu kita pergi club or mana-mana you nak pergi.” Aizat mencuba nasib. Rania mendiamkan diri buat seketika dan akhirnya dia mengalah. Aizat tersenyum lebar lalu keretanya dipandu laju ke restoran yang dijanjikan.

Shukri dan Hajar mengeluh perlahan. Pandangan mereka terarah kepada pasangan dua sejoli yang baru sahaja melangkah masuk ke dalam restoran. Nadhirah turut memandang ke arah sama dengan rasa kurang senang.

“Dia ingat dia nak pergi mana pakai baju tak cukup kain camtu? Nana yang muda belia ni pun tau nak pakai baju cukup kain. Takde duit sangat ke?” Nadhirah mencebik. Menyampah dengan perangai gedik Rania yang tanpa segan memeluk lengan abangnya. Shukri ingin ketawa mendengar omelan anak bongsunya tetapi cepat ditutup dengan berpura-pura batuk.

Aizat menarik kerusi di sebelah Nadhirah untuk Rania setelah mereka tiba di meja yang menempatkan keluarga Aizat. Rania mendekatkan kerusinya dengan kerusi Aizat. Dia memberi isyarat kepada Aizat bahawa dia tidak menyukai susunan itu. Dia rimas dengan budak-budak dan walaupun Nadhirah sudah remaja, Rania tidak sukakan Nadhirah lantaran sikap Nadhirah yang agak manja dan keanak-anakan. Aizat hanya memandang Rania sekilas, berpura-pura tidak mengerti riak wajah Rania.

“Sara mana mak? Dia tak join kita ke?” Aizat melilau sekeliling mencari adiknya, Maisara.

“Sara ada dinner kat kolej malam ni. Dia kirim salam je kat along.” lembut Hajar bersuara. Aizat menjawab salam di dalam hati.

“Ayah dah order makanan tadi.” ujar Nadhirah apabila dia melihat Aizat tercari-cari menu di atas meja. Serentak itu dua orang pelayan tiba di meja mereka dan meletakkan hidangan. Lima pinggan nasi goreng kerabu dengan tomyam campur dan ikan bakar memenuhi ruang meja. Turut dihidang masakan udang dan sotong. Rania menarik lengan baju Aizat setelah melihat makanan tersebut.

“Darl, kenapa nasi tu ada lima? Siapa lagi yang nak makan?” bisik Rania ke telinga Aizat. Nadhirah hanya menjeling melihat aksi Rania. ‘Padan muka kau. Berlagak betul. Tu mesti tak nak makan nasi malam-malam.’ desis Nadhirah di dalam hati. Ternyata jangkaan Nadhirah tepat apabila Aizat mula bersuara.

“Ayah, kenapa nasi ada lima?”

“Eh, salah ke? Kita kan ada lima orang. Tak kan nak order empat je kot.” ujar Shukri kehairanan.

“Tapi uncle, i tak makan nasi malam-malam. In fact, i jarang makan nasi.” Rania menolak jauh pinggan nasinya. Hajar kurang senang dengan tingkah Rania. Sekurang-kurangnya makan lah sikit. Ini terang-terang dia menolak, memperlihatkan kurangnya adat sopan gadis itu.

“Tak pe lah. Letak aje nasi tu kat tepi. Biasanya Nia makan apa malam-malam camni?” Shukri cuba bertolak ansur.

“Nia biasanya makan salad atau makanan yang ringan je time-time camni, ayah. It’s okey, you boleh makan tomyam ni kan, baby?” Aizat mencelah. Rania hanya mengangguk.

Seketika kemudian mereka mula menikmati hidangan. Renungan tajam Hajar menyebabkan Rania berasa kurang selesa untuk berlama-lama di situ. Aizat menyedari suasana ‘hangat’ itu pantas meminta diri selang beberapa minit selepas mereka makan. Itupun setelah beberapa kali kakinya ditendang Rania dari bawah meja.

“Next time i tak nak dinner dengan family you. You nampak tak camne mak u tengok i tadi? Macam tengok banduan.” Rania terus ‘menyembur’ Aizat sebaik sahaja mereka menaiki kereta.

“Baby, i’m sorry okey? Tapi i ada hal penting nak bagitau. It concern us. Our relationship.” ujar Aizat selepas lama berdiam diri.

“Okey, shoot.”

“Let’s get out, em? Lebih selesa kat luar.” kereta dihentikan di taman berdekatan. Aizat dan Rania berjalan berpimpin tangan menuju ke arah bangku kosong di hadapan playground.

“Rania, i tau masih awal untuk i katakan ni. Especially you dah pernah tolak i dulu, but, Rania Adnan, would you be my wife?” Aizat mengeluarkan cincin dari poket jeansnya lalu melutut di hadapan wanita kesayangannya itu. Rania terkedu. Tidak langsung menjangkakan perkara itu.

“What? Darl, are you sure?” Rania merasakan suaranya bergetar saat menuturkan kata-kata.

“Yes, baby. I nak you jadi wife i. ASAP, if it’s fine for you.” Aizat mengengam erat jari jemari Rania. Pantas Rania menarik kembali tangannya. Dia bingkas berdiri.

“Send me home, now! I nak balik.”

“But why? you tak nak kahwin dengan i ke?”

“Sure i want but not now. We still young.”

“It’s now or never Rania. Mak i akan hantar rombongan meminang ke rumah kawan dia next weekend. Kalau you tolak i sekarang, i terpaksa kahwin dengan anak kawan dia in four months time.” tegas suara Aizat menyentakkan Rania. Wajah serius Aizat jelas menggambarkan bahawa dia tidak bergurau. Rania mengerlipkan matanya, tidak percaya.

‘It’s now or never, Rania. Kalau kau lepaskan dia sekarang kau tak kan dapat dia lagi. Kau bukan perampas suami orang! Tapi kalau kau terima, macam mana dengan karier kau?’ hati Rania berbisik perlahan. Dia sekarang berada di persimpangan. Sukar untuknya menentukan jawapan.

“I need time to think. Semua ni tiba-tiba, darl. Please, send me home. I want some time and space before i can answer you.” ucap Rania lemah. Aizat hanya mengangguk. Dia bersedia untuk memberikan Rania masa walaupun masa itu sudah terlalu suntuk.