0

Be My Soulmate? – Love 13

Muhaimin tersenyum sendiri. Teringat dia akan peristiwa yang berlaku lebih dua bulan lepas. Perlanggaran kecil di hadapan lif membawa kepada pertemuannya dengan seorang junior sewaktu sekolah menengah. Sudah hampir tujuh tahun dia terputus hubungan dengan gadis itu namun takdir tuhan siapa yang tahu.

Dia yang ketika itu membawa ibu saudaranya ke hospital untuk pemeriksaan kesihatan telah bertembung dengan gadis yang kelam kabut masuk ke dalam lif. Hampir sahaja gadis itu terjatuh dek kerana baju yang dipakainya tersangkut di pintu lif. Dia yang sedang berusaha menahan ketawa membantu dengan menekan kembali butang lif agar terbuka.

Sebaik sahaja gadis di hadapannya mengangkat kepala untuk mengucapkan terima kasih, dia tersentak kerana wajah gadis itu mirip sekali dengan juniornya yang sering kali dibuli olehnya.

“Hoi, makruh senyum sorang-sorang tau tak!” Akiff menegur Muhaimin kuat. Tersentak Muhaimin dibuatnya. Akiff hanya ketawa melihat reaksi Muhaimin lalu dia pergi dari situ. Tangannya melambai-lambai ke arah lelaki yang sudah merah padam mukanya menahan geram.

Farah menahan senyum melihat keletah mereka. Dia sudah lali dengan Muhaimin yang sering berubah ‘angin’ itu. Dulu dia garang macam singa tapi sekarang asyik senyum aje. Macam dah angau. Siapa lah wanita bertuah yang mampu menakluki hati Muhaimin itu, teringin juga dia tahu. Selama lima tahun mengenali Muhaimin, tidak pernah lelaki itu mengenalkan girlfriendnya kepada kawan-kawan.

“Hah, Farah. Mana pulak laki kau nak pergi tu?” soal Muhaimin kepada Farah yang asyik merenungnya.

“Dia nak pergi toilet lah tu. Dari tadi dia merungut perut dia sakit. Dah lah tu, nak salahkan aku pulak.” bebel Farah perlahan.

“Salahkan kau? Aikk, kenapa?”

“Tadi masa lunch aku masakkan masak lemak cili api. Kau tahu aje lah si Akiff tu mana tahan pedas tapi nak cover macho depan mak mertua punya pasal, dia balun jugak. Tu lah akibatnya.” terang Farah. Muhaimin mengangguk.

Memang Akiff tak tahan pedas tapi tak kan lah sanggup menyeksa diri sampai macam tu sekali. Ish, kalau aku tak sanggup. Biarlah tak macho depan mertua dari terseksa badan. Akiff kembali ke kerusinya beberapa minit kemudian. Melihatkan muka Akiff merah menahan sakit, Muhaimin menghamburkan tawa.

Farah turut sama ketawa tapi tawanya terhenti apabila melihat muka cemberut milik suaminya itu. Air teh panas dihulurkan. Akiff meniup perlahan air teh di hadapannya. Tumpuan Akiff terganggu apabila matanya menangkap kelibat seorang gadis berdiri di belakang Muhaimin yang duduk bertentangan dengannya.

Muhaimin yang perasan akan perubahan Akiff pantas berpaling. Dia tersenyum lebar melihat gerangan orang itu. Orang yang ditunggu-tunggu sedari tadi. Dahi Farah berkerut-kerut. ‘Siapa ni? Girlfriend Amin ke?’

“Awak lambat.”

“Sorry. Jammed tadi. Ada accident.” perlahan gadis itu bersuara. Peluh yang keluar di kesat dengan tisu di tangan. Muhaimin tersenyum lalu menarik kerusi buat si gadis.

“Guys, kenalkan. Ni junior aku dulu, Syauqina. Syuq, ni Akiff and his wife, Farah. Mereka ni kawan abang masa kat uni dulu.” Syauqina mengukir senyuman. Tangan dihulur kepada Farah untuk bersalam.

Sikap Farah yang mudah mesra memudahkan Syauqina untuk turut sama menyertai perbualan mereka. Akiff sesekali akan mencuri pandang ke arah Muhaimin yang dilihatnya sangat ceria di sisi gadis itu. Hatinya tertanya-tanya apakah hubungan mereka berdua sebenarnya. Setahunya Muhaimin sudah mempunyai teman wanita namun Muhaimin merahsiakan identiti temannya itu. Akiff pasti bahawa Syauqina bukannya teman misteri Muhaimin kerana dia pernah melihat Muhaimin bersama dengan seorang wanita yang tidak bertudung dan agak seksi. Malangnya dia tidak dapat melihat wajah wanita itu dengan jelas dek kerana jarak yang agak jauh.

Farah menjeling suaminya, hairan. Dia perasan sejak dari tadi Akiff tidak mengikuti perbualan mereka bertiga. Suaminya itu seperti berkhayal sahaja. Farah baru sahaja ingin mencuit lengan Akiff apabila dia terpandang jam yang berada elok di pergelangan tangannya. Pukul 5.45! Mereka sudah lewat!

Pantas Farah menepuk bahu Akiff. “Bang, kita dah lambat ni. Nanti lewat pulak sampai kat kampung.” Akiff turut sama memandang ke arah jam tangannya.

“Ya Allah. Betul lah. Sembang punya pasal sampai lupa waktu. Amin, maaf banyak-banyak. Aku ngan Farah kena chow dulu. Nak hantar mak mertua balik kampung.” ujar Akiff sedikit cemas. Mak mertuanya ingin segera pulang kerana lusa merupakan hari nikah sepupu Farah. Sudah pasti dia ingin membantu sedikit sebanyak.

Muhaimin mengangguk faham. “It’s okey. Nanti-nanti kita boleh jumpa lagi. Drive carefully, bro. Bye.” Farah dan Akiff bergegas pergi selepas mengucapkan selamat tinggal.

“Diorang nampak serasi, kan? Sweet aje.” tutur Syauqina sebaik sahaja pasangan itu hilang dari pandangan mereka. Muhaimin berpaling memandang Syauqina.

“Diorang aje? Kita tak sweet ke?” soal Muhaimin. Dia mengenyitkan mata kepada Syauqina. Gadis itu hanya ketawa.

“Syuq, awak dari mana tadi? Abang ada bau macam coklat aje.” sejak ketibaan Syauqina lagi Muhaimin terbau coklat dari gadis itu tetapi dia menahan diri dari bertanya.

“Oh, saya lepak kat Cafe Ami tadi. Tengok diorang buat coklat. Saya kan ‘tester’ tak bertauliah kat situ.” Syauqina menghidu lengan bajunya. ‘Ye lah. Ada bau coklat.’

“Tengok ke kacau? Syuq tu bukannya boleh tengok orang lain tekun buat kerja. Tau nak kacau orang aje kerjanya. Betul tak?”

“Mana ada. Abang ni asyik berprasangka buruk aje kat Syuq, kan? Dari dulu lagi.” Syauqina mula menarik muka. Merajuk. Muhaimin hanya ketawa. Syauqina masih tidak berubah. Manja seperti dulu.

“Jom! Abang rasa nak makan aiskrim lah.” Muhaimin bangun lalu menarik lembut lengan Syauqina. Gadis itu bingkas bangun dan mengikut langkah Muhaimin.

Sejak mula mereka berkenalan, Muhaimin akan memujuk Syauqina dengan aiskrim. Katanya aiskrim akan sejukkan hati dan tenangkan fikiran. Entah betul atau tak, Syauqina pun tak tahu. Tanpa kedua mereka sedar, ada sepasang mata yang asyik memerhatikan mereka.

Gelagat mesra Muhaimin dan Syauqina meresahkan hatinya. Apakah hubungan mereka berdua sebenarnya? Syauqina jarang sekali keluar berdua dengan lelaki jadi sudah tentu mereka berdua  mempunyai hubungan yang istimewa.

Advertisements
0

Be My Soulmate? – Love 12

Amirul bersiul perlahan apabila melihat Aizat sedang berbaring di atas sofa dengan tangannya diletak di atas kepala. Seperti sedang menanggung masalah yang besar. Jarang sekali dia melihat Aizat dalam keadaan begitu. Plastik berisi makanan dibawa ke dapur. Hazwan yang sedang menghirup air dari mug dipandang.

“Bro, apa kena ngan Aizat tu? Nampak macam ada problem je.” Amirul mencapai pinggan. Mi goreng mamak dari dalam bekas polisterin terjun ke dalam pinggannya. Dia menolak satu lagi bekas polisterin ke arah Hazwan. Pantas Hazwan mengambil polisterin itu sebelum ia meluncur jatuh dari meja.

“Ntah. Masa aku sampai tadi dia dah ayan camtu.” bisik Hazwan perlahan. Amirul mengangkat kening. Aizat melangkah lemah menuju ke dapur. Kerusi ditarik perlahan. Dia mencapai mug di hadapan Hazwan lalu dihirup.

“Hoi, kau ni kenapa? Putus cinta?” sergahan Hazwan menyebabkan Aizat tersedak. Cepat-cepat Amirul menghulurkan tisu. Aizat mengelap mulutnya dengan tisu itu.

“Mulut kau ni cabul betul lah, Wan. Takde insurans ey?” Amirul buat muka. Baru sahaja Hazwan ingin membuka mulut untuk membidas kata-kata Amirul, Aizat terlebih dahulu memotong.

“Entah lah. Aku kena gantung tak bertali ni.” Aizat merenung ke luar tingkap. Rintik-rintik hujan mula menuruni awan, membasahi bumi.

“Hah?” Amirul dan Hazwan berpandangan.

“Wait, wait. Aku rasa aku silap dengar tadi. Kau ada kata kau kena gantung tak bertali ke?” Amirul buat aksi mengorek telinga. Rasanya baru dua hari lepas aku ‘bersihkan’ lohong ni. Tak kan dah tersumbat kot.

“Ye lah. Kau tak salah dengar pun. Rania, dia kata dia memang nak kahwin dengan aku tapi sekarang bukan masa yang sesuai. Dia nak kejar glamour dulu.” balas Aizat. Mindanya terbayang akan isi kandungan surat yang ada dalam paper bag itu. Diserta kan bersama cincin yang dia hadiah kan kepada Rania lima bulan lepas.

Getaran telefon bimbit dalam poket seluar Aizat mengejutkannya. ‘Syed Hamzah?’

“Helo.” Aizat keluar dari dapur menuju ke ruang tamu untuk sedikit privasi. Beberapa minit di talian menimbulkan pelbagai reaksi di wajah Aizat.

“Kau sure ke ni? Okey. Esok aku check balik.” sebaik sahaja perbualan tamat, Aizat kembali ke dapur. Dia perlu teman untuk meluahkan perasaannya yang sedang kusut.

__________________________________________________________________________________________________

Aizat menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Sudah lah dia sekarang ada krisis cinta, kini dia dikhabarkan dengan masalah di pejabat pula. Semalam ketika dia mengadu nasib kepada Amirul dan Hazwan, temannya berdua itu hanya buat tak tahu. Paling teruk dia di perli oleh keduanya.

‘Yang di kejar tak dapat, yang dikendong berciciran.’ itu kesimpulan akhir mereka berdua. Yang di kejar sudah tentu Rania dan yang di kendong pula ialah Syauqina. Apabila di tanya mengapa Syauqina menjadi yang di kendong, balas Hazwan, ‘Ye lah, dah memang 100% comfirm dia bakal jadi wife kau. Tapi tu sebelum kau reject lah kan.’ sinis kata-kata Hazwan tapi terpaksa ditelan juga.

‘Apalah nasib aku ni. Tak kan aku nak tarik balik keputusan aku? Nampak macam aku ni desperate nak berbini pulak nanti.’

“Hey, termenung!” sergah Syed Hamzah. Aizat mengerling lelaki itu. Tangan kanan membimbit briefcase.

“Eh? Dah time balik ke?” Aizat baru perasan. Jam sudah menunjukkan pukul 5.05 petang.

“Kau ni tidur ke? Biasanya awal-awal lagi kau dah tunggu nak balik. Aish..tak faham aku budak ni. Angau semacam aje.” Syed Hamzah sempat menepuk bahu Aizat perlahan sebelum meninggalkan ruang pejabat. Aizat pantas mencapai briefcasenya.

Dia ingin kembali ke rumah tetapi mengingatkan Amirul akan pulang lewat kerana ingin membeli barang hantaran perkahwinannya tak lama lagi, Aizat memutuskan untuk melepak di mana-mana dahulu. Dia enggan berseorangan di rumah. Hazwan pasti menemani Amirul kerana Amirul adalah sepupu Hazwan yang paling rapat.

Aizat berkira-kira di dalam hati ke mana destinasi yang sesuai. Bayangan satu tempat singgah di mindanya. Cafe Ami. Tempat pertemuannya dan Syauqina. ‘Argh..kenapa terlintas nama budak tu pulak ni?’

Lima belas minit kemudian dia tiba di Cafe Ami. Seorang lelaki comel mengiringi Aizat ke meja yang agak terlindung seperti di minta. Lelaki itu menghulurkan menu dan terus berlalu. Memandangkan cafe ini berkonsepkan ‘sweet as friend’ maka terpaksa lah Aizat memesan dessert. Cafe ini hanya menawarkan hidangan ‘ringan’ seperti roti, kek dan pelbagai dessert lain.

Aizat melambai ke arah lelaki yang mengiringinya tadi. Lelaki itu hanya mengangguk dan tersenyum. Seorang gadis memakai pakaian ‘maid’ datang ke arahnya. Gadis itu kelihatan seksi walaupun memakai skirt labuh.

“Encik dah sedia nak order?” soal gadis itu. Aizat tercengang.

“Erm..ini uniform ke?” mata Aizat liar memerhatikan gadis itu dari atas ke bawah.

“Yes. Encik ada masalah ke? Dengan uniform saya ni?” Aizat ‘menangkap’ klip nama yang tersemat di dada gadis itu. ‘Suzy.’

“Suzy, kenapa ni?’ lembut suara seorang wanita menyapa. Aizat dan maid bernama Suzy itu lantas berpaling. Riak kurang senang yang terpapar pada wajah Suzy segera di baca.

“You may go. I handle kat sini.” segera Suzy berlalu. Sempat juga dia menunduk hormat sebelum pergi.

“Aizat. Tak sangka betul awak suka datang tempat macam ni.” ujar Syauqina lembut.

“Tak sangka jugak awak ada kat sini. By the way, itu memang uniform kat sini ke?”

“Yeah. Ni ‘maid cafe.’ All waitress have to follow the rules of being a maid and dress as one. Tapi maid-maid ni hanya akan datang apabila di panggil. Sebab tu awak tak nampak mereka masa awak masuk tadi.” Syauqina mengukir senyuman. Cuba menahan tawa melihat wajah Aizat sebentar tadi.

“So semua pekerja dia perempuan?” Aizat tertarik dengan pendekatan cafe ini. Seperti apa yang di lihatnya dalam anime jepun. Syauqina ketawa kecil tetapi di sembunyikan dengan berpura-pura batuk.

“Tak. Ada aje lelaki. Contohnya butler yang iring awak tadi. Dan ada lagi yang bekerja di belakang, maksud saya di dapur.” Syauqina menunjukkan arah dapur dengan jarinya. Aizat menjadi hairan.

“Banyak jugak yang awak tahu ye?’

“Sure..sebab saya ni..”

“Pekerja kat sini? Awak tak boleh cari kerja yang elok sikit ke?” sampuk Aizat sebelum sempat Syauqina menghabiskan ayatnya.

“Syuq, mereka perlukan you di dapur.” ‘Butler’ yang sedari tadi berada di kaunter depan kini berada di hadapan mereka. ‘Butler’ itu menjeling Syauqina tajam. Terus sahaja Syauqina meninggalkan mereka berdua.

“Maaf, encik belum order apa-apa kan?”

0

Be My Soulmate? – Love 11

“Sien, are you nuts? You called Syuq?” Adrien memarahi Sienna. Tindakan Sienna memberitahu Syauqina mengenai kemalangan yang menimpanya kurang disenangi Adrien.

Dia memang ingin bertemu kembali dengan Syauqina tetapi bukan begini caranya. Meskipun Syauqina melayannya dengan baik, dia tidak mahu Syauqina berbaik dengannya kerana simpati. Dia kenal Syauqina. Meskipun gadis itu berjiwa lembut, hatinya sangat keras.

‘Why not? All of us knew that you still love her. Even after all this years. Correct me if i’m wrong but i think that not gonna happen.” senyuman sinis terukir di bibir Adaliz. Adrien mengetap bibirnya kuat. Geram dengan perlakuan adik-adiknya yang masih menyalahkannya atas apa yang berlaku antara dia dan Syauqina.

“Lizzie, enough. Kan Rien sakit tu. Boleh tak kalau kamu semua berhenti gaduh? Sakit mata mama tengok.” Linda yang sedang mengupas epal menyampuk. Kalau dibiarkan, perang mulut mereka pasti berlarutan. Armand mencubit pipi Adaliz yang menjelirkan lidahnya ke arah Adrien. Gadis itu mengaduh sakit.

“Rien, please. You ingat i tak tau ke?”

“Tau apa ni, Sien?” lemah suara Adrien bertanya.

“Tentang you kidnap phone i hari tu? You curi-curi ambil phone number Syuq dari phone i. You still contact her, isn’t it?” Sienna memandang tepat ke arah abangnya. Dia inginkan kebenaran. Adrien merasakan tiada gunanya untuk dia terus bersandiwara. Lebih baik dia berterus terang sahaja.

“Yeah. I admit it. Tapi dia bukan Syuq yang dulu. Dia lebih cold sekarang. Dah tak layan i sangat.” ujar Adrien. Dia mencapai sepotong epal yang berada di dalam mangkuk. Kepingan epal itu kemudiannya di gigit penuh nikmat. Sienna bertindak merampas epal yang dipegang Adrien.

“You still ada selera nak makan? Okey then. Let me tell you something. Rin told me that Syuq’s mom wants her to settle down. Dengan pilihan ibu dia! You nak ke camtu? Lepaskan Syuq pada lelaki lain?” pertanyaan Sienna mengejutkan Adrien. Dia tidak pernah mengetahui kebenaran yang satu itu.

Kahwin? Syuq dengan pilihan ibunya? Itu mustahil kerana Syuq tak akan kahwin dengan seseorang yang tidak dia cintai. Dia sangat pasti tentang itu. Hati gadis itu yang terluka dek kerana kekurangan perhatian dan kasih sayang menyebabkan Syauqina sangat tabah dan teguh pada pendirian. Mustahil Syauqina akan mengikut telunjuk ibunya begitu sahaja.

Linda dan Armand berpandangan. Riak muka Linda berubah keruh. Syauqina. Linda kenal akan gadis itu. Gadis idaman Adrien. Gadis yang mampu membuatkan Adrien angau jika sehari tidak berhubung. Namun kesilapan Adrien yang sering bertukar teman wanita membuatkan Syauqina terkilan dan pergi meninggalkan anaknya.

“Good! Bila Syuq nak kahwin?” tanya Armand memecahkan kesunyian yang mula bertandang. Linda dan Adaliz memandang Armand, lama. Sienna hanya memandang ayahnya sekilas.

“Khabarnya hujung tahun ni. Good for her kan, Pa?” Sienna bersuara ceria. Matanya bersinar-sinar.

“Good for her?” Linda hairan.

“Yeah. Finally lepas bertahun, she can love again. It’s great. I’m happy for her.” Sienna menghadiahkan senyuman sinis kepada abangnya. Adaliz ketawa.

“Sien, rasa-rasa kan, kak Syuq invite tak Lizzie pergi wedding dia? Lizz teringin nak tengok wedding dress dia.” Adaliz turut sama menyertai keterujaan Armand dan Sienna.

Linda mula menaruh curiga. Dia pasti mereka bertiga hanya mengumpan Adrien. Barangkali untuk melihat reaksi anak muda itu. Keterujaan Adaliz mengundang gelisah di hati Adrien namun cuba disembunyikan. Adrien menelan air liur perlahan untuk menghilangkan debaran.

“Wedding? Syuq tak bagitau Rien pape pun tadi. Dia tak kahwin lah tu.” Sienna memandang abangnya. Nada suara Adrien menunjukkan yang dia kecewa mendengarkan berita itu.

“Buat apa dia nak bagitau you? Buang air liur je. You tu siapa dalam hidup dia? Ooh..yeah. You the one who broke her heart isn’t it?” ujar Sienna sinis. Riak wajah Adrien berubah. Keruh.

“Enough, Sienna! You ni kenapa?” bentak Adrien garang.

“Kenapa? Hey, you ni kan, memang lah. You tak pernah nak bersyukur kan? I nampak tadi. You treated her like nothing ever happened between you guys! You tak fikir ke betapa kecewanya Syuq bila you khianati dia? Oh..tak payah jawab. ‘Coz i know the answer. Never!”Sienna mula hilang sabar. Adrien perlu diajar agar menghargai budi dan kebaikan orang lain.

“Hey, sejak bila you pandai curi dengar ni? It’s rude you know, intruding someone’s privacy.”

“Heh, rude? Cermin diri you sendiri, Rien.” sebaik sahaja menghabiskan kata-katanya, Sienna terus sahaja berlalu. Enggan meneruskan pertengkaran mereka.

Adrien memandang Adaliz. Kelihatan gadis itu ingin mengatakan sesuatu tetapi dihalang oleh Armand. Armand menarik tangan anak bongsunya lalu dibawa keluar dari wad. Di situ bukan tempat yang sesuai untuk mereka bertikam lidah. Sebaik sahaja pintu wad ditutup, Linda menyentuh kepala Adrien perlahan. Tanpa dapat ditahan-tahan, air mata menuruni pipi lelaki itu.

__________________________________________________________________________________________________

“It is true? Syuq nak kahwin?” suara Armand mengejutkan Sienna. Pantas air matanya dikesat menggunakan hujung lengan bajunya.

“Guess so. Sien tau pun dari Arina, bestfriend Syuq tu. Dengan siapa dia nak kahwin, Sien tak tau.” ujar Sienna tersekat-sekat. Sendunya masih ada akibat menangis sebentar tadi.

“Sien, pa tahu Sien cuma nak sedarkan Rien tapi jangan sampai kamu berdua bergaduh. Pa tak nak anak-anak pa bertengkar.” lembut Armand memujuk. Kepala Sienna diusap perlahan.

“Pa, Rien abang Sien. I just want him to be happy. Look at him, pa. Did you see his eyes whenever we talked ’bout Syuq? Sien dah lama tak tengok Rien happy camtu. Kalau Syuq boleh buat Rien bahagia, i nak mereka bersama, pa.” sayu suara Sienna.

Adaliz memeluk kakaknya erat. Dia mengiakan kata-kata Sienna. Sudah hampir lima tahun Syauqina meninggalkan Adrien. Selama itu juga, Adrien kehilangan tawa cerianya. Adaliz sedar, Adrien menyesali perbuatannya mengkhianati cinta Syauqina tetapi lelaki itu tidak pernah cuba untuk meminta kemaafan dari Syauqina.

“Sien, sebenarnya kan, abang buat apa sampai kak Syuq marah sangat?” soal Adaliz perlahan.

“You kan tau pasal ni. Rien curang. Dia ada affair dengan cousin Syuq. Syuq dah anggap perempuan tu kakak dia sendiri, tu sebab dia kecewa sangat. Syuq tak sedar bila mereka start ada affair tapi Syuq cakap, kalau Rien terus terang ngan dia, dia sanggup lepaskan Rien.”

“Habis tu kenapa Syuq marah sangat kalau dia sanggup lepaskan Rien?” Adaliz memandang Sienna pelik.

“Liz, perasaan ni complicated okey? Syuq benci penipu. Dia tau Rien tak kan kekal dengan dia sorang tapi Rien pilih orang yang paling dekat dengan Syuq. Mesti lah dia frust. Sebelum ni, beria perempuan tu cakap dia tak suka kan Rien. Last-last dia jugak yang sambar. Sekali dikhianati sampai bila-bila pun Syuq akan ingat. Dia jenis macam tu, Liz.” Sienna melemparkan senyuman buat adiknya. Adaliz mungkin sudah lupa akan peristiwa perang mulut antara Adrien dan Syauqina dulu. Apatah lagi usia Adaliz ketika itu hanya lah 13 tahun.

0

Be My Soulmate? – Love 10

“Rin, aku skip petang ni ey? Ada hal sikit.” ujar Syauqina sambil mengemas barang miliknya. Arina hanya memerhati. Ye lah, Syauqina pemilik kepada taska dan salun ini. Dia tiada hak untuk menghalang Syauqina. Taska dan salun yang terletak bersebelahan memudahkan Syauqina memantau kerja-kerja yang dijalankan.

Sebaik sahaja Arina memperoleh Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Syauqina menawarkan temannya itu untuk bekerja bersamanya.Syauqina sendiri memiliki ijazah dalam bidang yang sama. Bezanya Syauqina memiliki sijil kemahiran Jurukecantikan yang membolehkannya membuka sebuah salun kecantikan. Kadang-kala Arina mencemburui Syauqina. Mereka belajar bersama-sama tetapi Syauqina mendapat sesuatu yang lebih baik.

Syauqina berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah sebaik sahaja tamat STPM tetapi Arina yang gagal mendapat tempat di IPTA mengambil keputusan untuk mengharungi segalanya sekali lagi. Semuanya gara-gara keputusan peperiksaannya tidak memenuhi standard. Dia kemudiannya mendaftar di salah sebuah IPTS dan mengambil course yang diminatinya. Arina mengakui, sikap Syauqina yang sering mencabar diri sendiri sedikit sebanyak membantu gadis itu berjaya.

Dahulu, sewaktu mereka bercuti panjang sebaik tamat STPM, Arina menolak ajakan Syauqina untuk mengambil sijil kemahiran bersamanya. Alasannya ketika itu, malas. Dia ingin berehat di rumah sahaja. Kini, dia hanya mampu melihat kecekapan Syauqina mencantikkan pelanggan.

“Hoi! Kau menung apa ni? Ingat kan boyfriend ke?” sergahan Syauqina di tepi telinga Arina menyebabkan gadis itu tersentak. Tindakan spontan Arina ialah menepuk-nepuk bahu temannya kuat. Syauqina hanya ketawa selamba. Habit Arina yang satu ini sudah dihafalnya sejak lama dulu.

“Kau nak gi mana ni, Syuq? Siap tukar tudung bagai ni. Ada date ke?” Arina hairan. Jarang sekali Syauqina sanggup menukar pakaian atau tudung yang dipakainya semata-mata untuk keluar.

“Aku nak gi hospital. Jenguk kawan aku yang sakit. Aku maybe balik lewat sikit hari ni. Nak pergi beli barang.” acuh tak acuh Syauqina membalas.

“Syuq, kalau aku bagitau something, kau jangan melenting tau.” ujar Arina takut-takut. Syauqina memang seorang kawan yang baik dan tenang tapi kalau ada yang dia tak berkenan, memang akan datang lah angin taufan dari dalam badan gadis itu. Syauqina mengalihkan tumpuannya dari kasut yang ingin disarung ke arah wajah Arina. Wajah itu kelihatan bersalah.

“Don’t say it. Don’t tell me kau dah bagitau Ira pasal mamat tu!” mata Syauqina terbeliak.

“Tak lah. Bukan tu. By the way, jangan lah bulat kan mata kau camtu. Tak kan nampak besar jugak. Still sepet.” dalam takut-takut sempat lagi Arina memperli Syauqina. Syauqina hanya membalas perlian itu dengan jelingan tajam.

“Emm..baru-baru ni aku ada chatting dengan Sienna. And aku ter, terbagitau pasal plan ibu kau tu. Aku tak sengaja tapi ter..tau-tau aje lah. Sorry ey?” ujar Arina perlahan. Bimbang ‘disembur’ oleh Syauqina.

“Huh..Rin! Kenapa kau bagitau dia? Kau pun tau aku bukannya nak kahwin pun. Nanti banyak bunyi pula Sien tu. Mesti budak tu report kat mama dia.”

“Sorry.”

“Emm..benda dah jadi pun. Nak buat camne lagi. Okey lah. Aku chow dulu. Ada pape call aku. Bubui.” Syauqina mencapai beg silangnya lalu di sangkut ke bahu. Dia melambai-lambai ke arah Arina sebelum memandu keluar dari perkarangan taska.

________________________________________________________________________________________________

Bunyi pintu ditutup membuatkan Adrien mengangkat wajahnya dari asyik memandang laptop. Dia memandang sekeliling. Dia melepaskan satu keluhan lega. Teman wadnya telah dipindahkan ke wad lain. Hanya tiga katil di dalam wad ini. Ketika dia dimasukkan ke wad ini, hanya ada seorang penghuni dan kini lelaki itu sudah dipindahkan.

‘Bagus jugak. Kalau dia ada, bising aje.’ desis Adrien perlahan. Manakan tidak, hampir setiap masa lelaki itu mengeluh seolah-olah kesakitannya akan hilang apabila dia mengeluh. Adrien mencapai gelas berisi air suam di meja sisinya. Selepas meminum air, dia kembali menatap skrin laptop. Adik bongsunya, Adaliz datang membawa laptopnya pagi tadi. Dapat juga menghilang kan kebosanannya buat seketika.

Ketukan perlahan pada pintu wad membuatkan Adrien sekali lagi hilang fokus. Dia mengalihkan pandangan ke arah pintu. Pintu yang terkuak perlahan menyebabkan Adrien tergamam. Mulutnya yang sedikit terbuka membuktikan bahawa kedatangan pelawat itu sedikit pun tidak dijangka.

“Urgh..hi. Sorry to intterupt. Harap i tak ganggu you.Just datang nak melawat.” sedikit kalut Syauqina menuturkan kata. Adrien cepat-cepat menggeleng. Sesungguhnya kedatangan gadis amat dihargai.

Adrien segera menutup laptop lalu laptop diletakkan di atas meja. Kerusi di sisi meja ditarik perlahan sebagai isyarat meminta agar Syauqina duduk di situ. Walaupun keberatan, Syauqina tetap melangkah ke arah Adrien.

“Macam mana you tau i ada kat sini?” soal Adrien ingin tahu.

“Sienna. She called me on the day you accident. Sorry, i was busy past few days. Ni pun i skip kerja nak datang sini. Oh ya, ni ada anggur untuk you.” Syauqina menghulurkan plastik berisi anggur. Adrien tersenyum.

“Anggur. You ingat, kan? I pernah bagitau you, i nak you bawakan anggur untuk i kalau i sakit.” ujar Adrien. Adrien masih menatap wajah Syauqina yang sedikit merah. Mungkin kerana cuaca panas. Gadis itu tidak tahan panas.

“I bawak anggur tu sebab biasanya orang bawak buah bila visit a patient. I tak pernah ingat you ada cakap camtu pun.” nada suara Syauqina berubah.

Dia bencikan kenyataan di mana dia masih mengingati lelaki itu. Adrien. Lelaki pertama yang mencuri hatinya. Memiliki cinta pertamanya. Dan lelaki itu juga bertanggungjawab menhancurkan hatinya. Walaupun mereka berlainan kaum dan agama, Syauqina tetap mencintai Adrien. Segala impian yang dibina bersama Adrien hancur saat menjelangnya ulang tahun kelahirannya yang ke-19. Sehingga ke saat ini, dia masih tidak mampu melupakan Adrien atau pun untuk membenci lelaki itu  sepenuhnya.

“Sugar, you termenung. Kenapa?” Adrien bersuara prihatin. Benar, dia telah melukai hati Syauqina namun dia masih mencintai gadis manis itu.

“Naa..so, camne keadaan you? Sienna cakap kaki you seliuh ey?” pantas Syauqina menukar topik.

“Naa..kaki  i patah. Tangan i yang seliuh. Lucky tangan kiri yang kena, kalau tak susah lah i. Sekarang ni pun kena depend kat orang.” ujar Adrien. Nada suaranya disayu kan, cuba memancing simpati Syauqina.

Syauqina tersenyum pahit. Adrien mengadu kepadanya seolah-olah seorang kanak-kanak manja. Bagaikan penderitaan Syauqina selama bertahun-tahun tidak wujud. Seperti tidak pernah ada jurang antara mereka.

1

Be My Soulmate? – Love 9

Dua hari sudah berlalu sejak Aizat menghantar Riana pulang. Sepanjang waktu itu lah Riana gagal dihubungi. Mesej Aizat tidak dibalas dan panggilannya tidak dijawab. Aizat mula hilang sabar. Dia mengambil keputusan untuk singgah di rumah sewa Riana petang nanti.

Loceng ditekan berulang kali namun tiada siapa yang membukakan pagar seperti kunjungannya sebelum ini. Malahan tiada siapa yang menjenguk melihat siapa kah gerangan yang menekan loceng. Aizat mengeluarkan Blackberry miliknya untuk menghubungi Riana tetapi usahanya menemui kegagalan. Dia mula berputus asa. Aizat berpaling untuk pergi namun dikejutkan dengan kehadiran Karin, teman serumah Riana.

“Huh. Karin! Terkejut i. Kenapa you tercegat kat sini?”

“I baru aje balik dari kerja. Kawan i yang hantar i balik. You buat apa kat sini? Cari Riana ke?” Karin bersuara manja sambil memintal-mintal rambut perangnya.

“Yes. Tak kan lah i nak cari Pak Hamid tukang kebun pula kat sini kan?” Aizat menyindir selamba. Tidak senang dengan gaya manja menggoda Karin.

“Sorry, dear. Your lovely lady dah fly ke Singapore for a project. Dia tak bagitau you ke? Weird.” kata Karin separuh mengejek. Dia membukakan pintu pagar rumah.

“By the way, she left you something. Wait up, i pergi ambil.” Karin meninggalkan Aizat termanggu-manggu di depan pagar. Kurang tiga minit kemudian, Karin kembali dengan sebuah paper bag. Dia menghulurkan paper bag itu kepada Aizat. Sebaik sahaja beg bertukar tangan, Aizat segera kembali ke keretanya. Karin sempat melayangkan sebuah ‘flying kiss’ kepada Aizat.

Aizat membaling paper bag tersebut ke tempat duduk sebelah pemandu lalu menghidupkan enjin. Kereta itu kemudiannya meluncur laju di atas jalan. Aizat meraba-raba telefon bimbitnya apabila mendengar deringan. Telefon ditekapkan ke telinga. Inilah padahnya apabila terlupa membawa alat bluetooth. Suara Hajar menyapa gegendang telinganya.

“Ye, mak. Along on the way nak balik lah ni.”

“Boleh tak kalau Along balik rumah kejap? Mak ada benda nak cakap but not on the phone. Please? Sara pun ada kat rumah ni. Boleh kita dinner sama-sama.” pelawaan Hajar disambut baik oleh Aizat apatah lagi dia sekarang sedang resah. Aizat menukar haluan. Dia akan ke rumah keluarganya petang ini. Dia menaip mesej untuk memberitahu perkara tersebut kepada Amirul.

__________________________________________________________________________________

“Along, mak kata along tak nak kahwin ngan Syuq. Betul ke?” Maisara berbisik perlahan di telinga abangnya. Hanya mereka berdua berada di laman tika itu. Nadhirah berada di bilik kerana kurang sihat.

“News sure spread fast, ey? Bila mak bagitau Sara?” Aizat memandang adiknya sekilas. Maisara menarik muka masam.

“Bila tu tak penting. Yang penting kenapa along reject dia? She’s not that bad.” Maisara terbayang akan wajah Syauqina. Sudah beberapa kali dia bertemu gadis itu. Baginya Syauqina cukup sempurna untuk menjadi kakak iparnya. Apatah lagi mereka berdua sebaya.

“Along tak nak budak-budak camtu. Plus, along dah ada Rania. She’s everything for me. I love her so very much. Along tahu Sara tak suka dia tapi bukan ke along berhak untuk tentukan hidup along sendiri?” bentak Aizat. Dia geram kerana semua orang dalam keluarga ini lebih memihak kepada Syauqina berbanding Rania. Maisara ingin membalas kata-kata abangnya namun kehadiran Shukri membantutkan hasratnya.

“Apa yang bising-bising ni, hah?” tanya Hajar yang berjalan di belakang suaminya. Dia menatang dulang yang membawa empat cawan kopi panas. Maisara bangkit untuk mengambil dulang itu dari tangan ibunya.

“Tak ada pape. Saja aje berbual ngan Sara ni.” ujar Aizat selamba.

“Aizat, pagi tadi mak dah call Aunty Intan. Kami dah bincang and Aunty Intan pun setuju..”

‘Setuju apa? Nak cepatkan tarikh kahwin? Desparate sangat ke anak dia tu?” sampuk Aizat, marah.

“Hei, tunggu lah mak kamu tu habis cakap dulu. Tak boleh sabar ke?” jerkah Shukri. Aizat terdiam namun raut wajahnya masih menunjukkan dia tidak berpuas hati.

“Okey mak. Sambung lah.”

“Macam ni, kami dah setuju untuk cancel plan tu. Syuq kata dia tak nak sebab dia tak suka rosakkan hubungan orang lain.”

“Wait, wait. Camne budak tu tau along ada girlfriend?” Aizat hairan. Seingatnya dia tidak pernah memberitahu Syauqina tentang Rania.

“Along ingat Syuq tu bodoh ke? Awal-awal lagi dia dah tau tapi sebab hormatkan ibu dia, dia pergi jugak jumpa along.” jelas Maisara.

“What? Betul ke? Mana Sara tau?”

“Along. Along ni memang lembap ke apa? She’s a friend of mine lah. Dia tanya sebelum you guys jumpa hari tu. Ingatkan lepas along jumpa dia, ada peluang lah Sara nak jadi adik ipar dia tapi melepas. Penat aje Sara recomendkan Syuq pada mak.” tanpa disedari, Maisara terlepas kata.

“Oh, jadi ni kerja kau lah ye? Patut lah mak beria-ria nak along kahwin ngan Syuq, rupanya Sara yang punya angkara. Siap lah kau nanti, Sara.” Maisara tersengih takut. Perlahan-lahan dia bangun lalu melarikan diri. Aizat turut bangun dan mengejar adiknya.

Shukri menggeleng. Maisara kalau dah mula bercakap memang tipis lah harapan untuk simpan rahsia. Selalu sangat terbabas. Hajar hanya memandang. Dia agak terkilan kerana Aizat menolak Syauqina. Hajar mampu untuk memaksa anaknya tetapi dia bimbang Aizat akan lebih membenci Syauqina.

“Awak dah fikir masak-masak ke? Saya tak nak nanti awak complaint macam-macam pastu paksa si Aizat tu kahwin dengan Syuq tu balik.” ujar Shukri kepada isterinya.

“Kalau nak ikutkan hati saya ni, saya nak Aizat kahwin dengan Syuq. Budak tu kan baik , rajin pula tu. Rugi kalau lepaskan dia tapi dah Aizat nak juga budak Rania tu. Saya nak kata apa lagi.” keluh Hajar kesal.

Aizat berhenti mengejar Maisara apabila dia perasan mereka berdua bercakap-cakap dengan nada yang rendah. Maisara memberi isyarat kepada Aizat agar pergi ke arah ibu bapa mereka. Maisara kemudiannya melangkah masuk ke dalam rumah. Dia tidak mahu ikut campur urusan abangnya.

“Mak, ayah, sure ke ni? Betul ni mak ngan ayah tak kisah kalau Along tak jadi kahwin dengan Syuq?” soal Aizat rendah. Bimbang Hajar akan berkecil hati dengannya.

“Ya. Along memang tak nak kahwin dengan Shuq kan? So nak tanya apa lagi?” sindir Hajar. Shukri mencuit bahu isterinya, tidak setuju dengan kata-kata Hajar.

“Macam ni lah, along. Ayah izinkan kalau along nak kahwin dengan Rania tapi ada syaratnya. Ajar dia untuk beradab sikit bila jumpa dengan orang yang lebih tua. Jangan nak menyombong tak tentu pasal. Lagi satu, suruh dia ambil kursus masakan. Ayah dengan mak tak nak menantu yang langsung tak boleh masak. Lastly, kalau boleh suruh lah dia quit jadi model. Ayah malu kalau menantu ayah asyik tayang body kat semua orang. Kamu dengar tak ni, Aizat?”

Aizat mengangguk. Apabila ayahnya mula memanggilnya dengan nama itu bermakna ayahnya serius. Sangat-sangat serius. Aizat mula pening kepala. Macam mana dia nak suruh Rania lakukan semua itu? Mengamuk lah wanita kesayangannya nanti. Rania? Aizat menepuk dahi. Pantas dia bangun meninggalkan Hajar dan Shukri lalu masuk ke dalam rumah.

Kunci kereta dicapai. Dia ingin mencari paper bag yang diterima dari Karin petang tadi. Dia masih belum melihat isi kandungan Paper bag itu lagi. Saat dia mencapai beg itu, hatinya berdebar-debar.