0

Be My Soulmate? – Love 18

“Kahwin? Seriously? Dengan siapa?” penuh teruja Muhaimin bertanya. Lily hanya tersenyum lebar. Wajah terkejut Adrien dan Mika dipandang sekilas.

“Afham of course. Dia kan buah hati pengarang jantung i. Tak kan i nak kahwin dengan Rien pulak kan?” ujar Lily separuh bergurau. Lengan Adrien ditolak perlahan. Mika ternganga.

“Hey! Kot ye pun terkejut, tutup lah mulut you tu, Mika. Bukan you tak kenal Afham pun kan?” Mika berpandangan dengan Adrien.

“Bukan tak kenal tapi bukan ke Afham tu ada..” Adrien menutup mulut Mika dengan tangan kirinya. Cuba menghalang Mika dari memberitahu Lily apa yang mereka lihat tidak lama dulu.

“Afham ada apa?” soal Lily. Muhaimin memandang Mika dan Adrien silih berganti.

“Tak. Maksud Mika, Afham dah hantar rombongan ke?” Adrien bertanya bagi mengelak Lily daripada mencungkil apa sebenarnya ingin diberitahu Mika.

“Not yet. Weekend ni family dia datang. So i akan balik Kelantan. Seronoknya.” Muhaimin turut sama ketawa bersama Lily. Berita gembira seperti ini patut diraikan bersama, kan? Mika menarik tangan Adrien menuju ke pantri.

“Bro, apa ni? Kenapa kau tak bagi aku bagitau Lily tentang Afham dan Syuq? Kau nak Lily frust nanti?” bisik Mika marah. Bibirnya diketap geram. Adrien mengeluh.

“Mika, kita tak sure pun kan? Ke kau tahu something yang aku tak tahu?” tanya Adrien. Nada suaranya turut diperlahankan.

“Sure. Aku tahu yang Syuq tu ex-girlfriend kau. Am i right or am i right?” sinis Mika bersuara. Riak wajah Adrien berubah. Bibirnya diketap perlahan.

“Mana kau tahu?” balas Adrien perlahan.

“Kau rasa siapa bagitau aku?” belum sempat soalan Mika dijawab Adrien, Muhaimin masuk ke pantri. Melihatkan dua lelaki itu sedang berbisik, timbul rasa curiga di hati Muhaimin. Apatah lagi taktala itu mereka sedang berpegangan tangan.

“Hoi! Buat apa berdua-duan kat sini? Ada skandal ey?” tegur Muhaimin. Riak wajahnya bertukar nakal.

“Eh? Weh, aku normal lagi tau. Lain lah mamat ni.” ujar Adrien. Dia menunjal perlahan kepala Mika. Muhaimin ketawa. Memang semua di situ sedia maklum bahawa Mika tidak berminat dengan perempuan. Dalam erti kata lain, Mika adalah seorang G dalam LGBT.

Mika merenung Adrien tajam. Pantang betul dia kalau ada orang menunjal kepalanya itu. Adrien buat tak peduli. Dia berpaling ke belakang lalu sebiji mug dicapai. Dia ingin membancuh air milo. Muhaimin dan Mika mula berbual kosong. Sedang Adrien mengacau  mugnya yang penuh, Lily menyapa mereka.

“Hey, guys. Since Mika dah ada kat sini, jom lah kita pergi cafe tu lagi.” ujar Lily ceria.

“What cafe?” Mika bertanya malas. Dia mengeliat, mengurangkan ketegangan ototnya.

“Oh, great idea! Cafe tu best, Mika. Kau patut try kek kat sana.” Mata Mika membulat mendengarkan perkataan kek yang disebut Muhaimin. terbayang di fikirannya akan kek-kek yang lazat. ‘Oh, tak sabarnya nak makan!’

“Kek? Yummy! Aku nak! Bila nak pergi?” soal Mika teruja.

“Heh. Petang ni lepas balik kerja terus kita pergi. Okey?” Lily turut sama berkongsi keterujaan Mika. Adrien menjulingkan matanya ke atas. ‘Macam budak-budak.’

Tepat jam 5.30 keempat-empat mereka sudah tercongok di hadapan Cafe Ami. Sebuah Suzuki Swift berwarna merah mencuri tumpuan Adrien. Dia menelan liur. Pahit. Dalam hati dia berdoa agar tekaannya tepat namun apabila dia perasan yang Muhaimin turut melihat ke arah yang sama sambil tersenyum, Adrien berharap yang tekaannya salah.

Mika menepuk bahu Mihaimin perlahan. “Tunggu apa lagi, bro? Jom lah cepat. Aku dah mengidam nak makan kek ni.” Lily ketawa mendengarkan ucapan Mika.

“Mengidam? Gosh, sejak bila you jadi camni? Dah ada girl tak inform i ni?” Mika menjelirkan lidah kepada Lily. Dia malas untuk membalas usikan gadis itu.

Sebaik sahaja mereka melangkah masuk, Muhaimin dan Adrien mencuri pandang ke segenap ruang cafe itu namun tiada bayang orang yang mereka cari. Perlahan Adrien menarik nafas lega. Sekurang-kurangnya dia tak perlu menonton ‘drama swasta’ itu lagi. Muhaimin pula memberikan reaksi yang berbeza. Dia mengeluh kecewa.

Lily dan Mika menikmati kek yang terhidang. Mereka berbual kosong sambil sesekali memberikan komen mengenai kek yang mereka rasa. Keasyikkan mereka terganggu apabila terdengar jeritan nyaring dari bahagian belakang. Beberapa orang pelanggan lain turut sama berpaling ke arah belakang. Suzy yang terkejut segera berlari ke belakang tapi dihalang oleh seorang lelaki yang sedang mengambil pesanan di meja berhampiran.

“Ken! Let me go. I nak tengok apa yang jadi kat belakang.” cemas sahaja suara Suzy. Dia meronta-ronta minta dilepaskan.

“Suzy! Let them be. You tahu siapa yang menjerit tu kan? Kalau you pergi sekarang nanti tak pasal-pasal you kena marah macam dulu. Nak?” ujar Ken tegas. Suzy terdiam.

“Sorry semua. Teruskan, okey?” Ken terus berlalu ke belakang dengan selamba. Suzy mengekori lelaki itu sambil tangannya menarik-narik lengan baju Ken.

“Wow! Apa hal tu ey? Gila kuat suara menjerit tu.” Mika masih lagi memandang ke arah belakang. Tempat pekerja cafe itu menghilang. Bunyi derapan kaki yang berlari dari arah sama mencuri perhatian mereka. Garfu yang dipegang Adrien jatuh ke lantai apabila melihat gerangan yang berlari itu. Syauqina?

Air mata yang membasahi pipi gadis itu mencuri perhatiannya. Pantas dia berdiri lalu meluru kepada Syauqina. Muhaimin tergamam melihat kelakuan Adrien. Mika menelan liur. ‘Habislah.’ Adrien menahan Syauqina dari terus berlari. Spontan, dia memeluk Syauqina dengan tujuan untuk menenangkan gadis itu. ketika Adrien mengangkat wajahnya, dia melihat seorang lelaki keluar dari ruang pejabat yang terletak di belakang.

“Syuq! Wait!” Dia berhenti di hadapan Adrien. Badannya dibongkokkan sedikit membuatkan Adrien gagal melihat wajahnya. Sebaik sahaja nafasnya kembali normal, Afham mengangkat wajah. Demi melihat Afham, Lily menjerit. Afham memandang sekeliling, matanya menangkap wajah Lily yang jelas terkejut, namun dia perlu mengutamakan Syauqina terlebih dahulu. Syauqina cuba melepaskan diri dari pegangan Adrien

Belum sempat Syauqina melangkah, Afham menarik tangannya membuatkan gerakan Syauqina terhenti. Lily bangun dari kerusi. Dia inginkan penjelasan mengenai apa yang mereka saksikan.

“Afham! Apa semua ni? Kenapa you ada kat sini? Dengan Syuq pula tu.” Lily masih lagi memandang ke arah tangan Afham dan Syauqina yang bersatu. Adrien kaku. Mika gelisah. Apa yang mereka berdua lihat pada malam itu ternyata benar. Syauqina dan Afham mempunyai hubungan.

2

Be My Soulmate? – Love 19

“What’s all this, Afham?” Muhaimin memandang Afham tajam. Dia keliru. Sungguh Muhaimin keliru. Drama apa yang mereka berdua mainkan? Seingatnya Syauqina dan Afham berkenalan pada malam mereka meraikan Adrien tetapi kenapa sekarang mereka seperti amat rapat?

Afham serba salah. Syauqina memandang Afham. Pandangannya seolah-olah meminta Afham supaya berterus terang namun Afham menggeleng. Ini bukan masa yang sesuai. Syauqina mendengus geram. Sikap Afham yang berahsia bakal mengundang padah buat mereka semua. Syauqina menhentakkan kakinya dengan kuat sebelum dia berlalu pergi. Pintu cafe ditolak kasar.

“What a temper.” keluh Afham perlahan namun dapat didengari oleh Adrien dan Lily.

“Afham! You owe me an explaination.” Lily bersuara tegas. Serentak itu, empat pasang mata merenungnya tajam. Afham berfikir sejenak. Dia perlu menjernihkan suasana yang agak tegang itu. Dan dia juga perlu memberi amaran kepada Adrien.

“Sure. Come to my office.” ujar Afham lalu berjalan menuju ke arah belakang. Mereka berempat berpandangan. Kening Mika berkerut. Seingatnya dahulu Lily pernah menyatakan bahawa Afham memiliki taskanya sendiri. Bagaimana  mungkin lelaki itu mengatakan bahawa ‘pejabat’nya terletak di cafe ini? Walaupun dilanda kekeliruan, keempat-empat mereka tetap sahaja mengikut langkah Afham. Muhaimin mengawasi Afham dengan perasaan curiga.

Suzy mengintai situasi itu dari sebalik dapur. Lengan Ken dicengkam kuat. “Mereka gaduh betul-betul lah, Ken. Tengok! Ni semua salah you. Kalau i pergi tengok tadi, mesti keadaan tak jadi seteruk ni.” marah Suzy. Ken hanya diam. Pergaduhan antara Afham dan Syauqina sering terjadi tetapi belum pernah lagi Syauqina meninggalkan cafe dalam keadaan sebegitu.

Mika bersiul perlahan sebaik sahaja mereka masuk ke dalam bilik kecil yang dijadikan pejabat itu. Langkah mereka berempat terhenti tepat di hadapan pintu pejabat. Benda pertama yang mereka lihat ialah sekeping potret Afham dan Syauqina bersama yang dibingkai cantik dengan frame kayu berwarna emas. Potret terbabit dilukis dengan sempurna. Imej Afham dan Syauqina sedang ketawa yang dilekat pada dinding itu sering kali mencuri tumpuan sesiapa sahaja yang memasuki ruang pejabat Afham.

Afham memandang ke arah belakang apabila terdengar bisikan kagum. “Masuk lah. I’ll explain everything.” perlahan Afham bersuara. Adrien menutup pintu. Mereka berempat duduk di sofa yang di sediakan di situ. Afham merenung tetamunya sebelum dia memulakan bicara.

__________________________________________________________________________________________________

Bunyi pintu rumah dihempas kuat mengejutkan Arina yang asyik membaca novel di dalam bilik. Novel tebal itu dialihnya ke tepi sebelum dia keluar menuju ke ruang tamu. Mata Arina menangkap susuk tubuh Syauqina sedang mengesat matanya dengan tisu.

“Syuq, kenapa ni?” lembut Arina bertanya. Syauqina memandang Arina sekilas sebelum mengelengkan kepalanya. Tisu yang dibawa ke matanya sebentar tadi ditilik. Cuba mengelak dari memandang Arina. Kesan comot berwarna hitam menghiasi beberapa bahagian tisu itu.

“Kau ni kenapa? Nangis sampai habis comot. Hah, maskara tu pun dah habis kena sapu. Kenapa ni? Bagitau lah aku. Spill, Syuq.” Arina cuba memujuk.

“Afham tu lah..bo..bodoh sangat. Dia..dia nak bagitau ibu.” terang Syauqina tersekat-sekat. Nadanya dibatasi oleh sendunya.

“Afham? Dia nak report apa kat ibu kau? Teruk sangat ke?”

“Rien. Dia nak..nak bagitau i..ibu yang aku tolak si..si Aizat tu sebab Rien. Kau tahu lah kan ibu aku tu. Mesti di..dia marah aku nanti.” usai berkata-kata, air mata kembali membasahi pipi Syauqina. Arina serba salah. Akhirnya dia mengusap perlahan bahu Syauqina dengan harapan gadis itu akan tenang sedikit.

“Suyq, kenapa tiba-tiba timbul balik pasal Rien ni? Setahu aku Afham tak kenal Rien kan?” Arina menolak sedikit bahu Syauqina supaya dia dapat melihat wajah Syauqina dengan jelas. Sehelai tisu dihulur kepada Syauqina. Syauqina memandang ke luar tingkap.

“Dia dah kenal. Girlfriend dia officemate Rien ta..tapi yang aku tak tahu tu, macam mana dia tahu Rien tu Rien yang per..pernah aku kenal dulu. Dia marah betul. Dia syak aku still contact dengan Rien.”

“Betul ke? Kau still contact Rien?” soal Arina. Syauqina mendiamkan diri. Arina tahu itu isyarat untuknya agar tidak bertanya lagi. Bunyi deringan telefon bimbit membuatkan Syauqina bergerak sedikit. Pantas dia menyelongkar begnya untuk mencari telefon bimbit. Melihatkan nama pemanggil, Syauqina memutuskan talian lalu bangun dari sofa.

“Rin, I’m tired. Jangan ganggu aku, okey?” tanpa menunggu balasan dari Arina, Syauqina terus berlalu menuju ke biliknya. Arina hanya memandang sepi. Dia kembali ke biliknya untuk menyambung pembacaannya yang tergendala sebentar tadi.

“Rin! Rin!” panggil Syaira kuat. Dengan malas, Arina bangkit dari pembaringannya lalu menuju ke pintu. Tersembul wajah excited Syaira.

“Hoi, minah! Kau ni kenapa? Aku nak relax-relax baca novel pun tak senang.” marah Arina namun Syaira tak ambil pusing. Dia masih teruja dengan apa yang dilihatnya tadi.

“Weh, kau tau tak. Ada mamat cari Syuq tadi. Macho ya amat orangnya. Berdebar aku tengok.” ujar Syaira dengan raut wajah yang agak miang.

“Kau ni kan, agak-agaklah. Tunang kau tu nak campak kat mana? Kau kata ada mamat cari Syuq? Siapa?” tanya Arina ingin tahu. Terdetik juga dihatinya bahawa mungkin Adrien namun itu mustahil. Adrien tidak mengetahui tempat tinggal Syauqina.

“Mamat tu kata nama dia Muhaimin tapi aku rasa diorang gaduh kot. Syuq tak nak jumpa mamat tu pun. Plus, muka mamat tu cam kusut je bila aku bagitau Syuq tak nak jumpa dia.” Arina menjengkilkan matanya; tidak percaya.

“Walawei, kau bagitau Syuq tak nak jumpa dia? Straight macam tu je? Kenapa kau lurus sangat hari ni?” Arina mencubit lengan Syaira. Geram dengan tindakan Syaira yang kurang sensitif itu.

“Ey? Alamak, sorry lah. Aku terkedu sangat tengok mamat tu.” Syaira tersengih.

“Macho sangat ke sampai kau terkedu bagai ni?”

“Macho sangat tu taklah sangat tapi erm..camna nak describe eh? Hah! Manis-manis gitu. Even masa dia senyum tak cukup gula, manis dia tu masih terasa.”

“Tak cukup gula, manis terasa, kau jilat dia ke? Lagipun mana kau tahu dia tak cukup gula? Maybe dia pakai madu ke susu ke, kau mana tau.” Arina membidas Syaira dengan loyar buruknya. Syaira memuncungkan bibirnya tanda tak puas hati dikenakan oleh Arina. Arina hanya ketawa.

“By the way, siapa Muhaimin ni? That mysterious guy ke?” Arina menggeleng mendengarkan pertanyaan Syaira.

“Truth is, aku pun tak kenal siapa Muhaimin but trust me, he’s not the one.” ujar Arina. ‘He’s not the one that get away’ desis hatinya.

3

Be My Soulmate? – Love 17

“Jepun? Berapa lama?”

“Couple of months. Next week fly.” tanpa nada Aizat bersuara. Hajar kehairanan. Kenapa suara Aizat langsung tidak menggambarkan dia teruja untuk ke Jepun? Sedangkan selama ini Aizat sentiasa menantikan peluang untuk berkhidmat di negara asing.

“After tsunami reconstruction kan? Pergilah. Do your best to help others.” pendek nasihat Hajar. Aizat hanya mengangguk seolah-olah mereka sedang bercakap secara berhadapan sedangkan perbualan itu hanya berlangsung di dalam talian telefon. Panggilan ditamatkan selepas itu.

Aizat kembali menfokuskan dirinya kepada kertas kerja yang berlambak di atas mejanya. Dia cuba menengelamkan dirinya dalam kesibukan yang tidak bertepi dalam usahanya untuk melupakan Rania. ‘Sudahlah. Mungkin takde jodoh.’ itu yang diucapkan oleh ayahnya sewaktu mengetahui berita peninggalan Rania. Hajar hanya tersenyum sinis sewaktu diberitahu mengenainya. Itupun selepas Hajar mendesak untuk bertemu Rania dan berbincang.

Hampir tiga bulan sudah berlalu selepas Rania pergi. Selama itu juga dia ‘berkabung’. Sudah tiba masanya untuk dia bangkit meninggalkan segala kenangan lalu. Keputusan untuk ke Jepun diambil selepas dia berfikir panjang. Manalah tahu kot-kot lepas ni dapat dia mengayat gadis negara matahari terbit itu pula.’Heh,banyaklah kau punya angan-angan. Malaysian girl pun kau tak boleh nak jaga, ni nak cari awek  mata sepet pula.’

Syed Hamzah merenung Aizat, lama. Akhirnya dia ketawa. Aizat tersentak daripada lamunannya. Dia mengangkat wajahnya sedikit. Matanya bertemu dengan mata lelaki itu. Diangkat keningnya sedikit.

“Kau ni kenapa? Angau eh? Sekejap senyum. sekejap geleng, aish..bimbang aku dibuatnya.” Syed Hamzah membuat aksi geli-geliman. Aizat tersenyum geli hati.

“Takdelah. Aku cuma tak sabar nak pergi Jepun. Gila excited ni.” Aizat membuat riak tidak sabar.

“Kau jangan ingat nak have fun aje. Ingat, kau pergi ni nak tolong orang-orang Jepun tu. Tapi kan, kalau kau ada masa, tolong lah ayatkan minah-minah anime tu untuk aku eh?” ujar Syed Hamzah dengan nada bergurau. Mustahil dia akan mencurangi isterinya.

“Hah! Aku report kat wife kau baru kau tahu. Ada hati nak suruh aku ayatkan minah Jepun pulak.” belum sempat Syed Hamzah membidas kata-kata Aizat, ym mereka berbunyi. Pantas mereka membaca pesanan. Kedua-duanya berpandangan sebelum berkejar ke bilik mesyuarat di mana mesyuarat tergempar diadakan.

_________________________________________________________________________________________________

“Are you sure?”

“Yeah. Bet he gave up already. Kau memang tak nak balik sini dah ke?” soal Karin ingin tahu. Sudah hampir tiga bulan Rania menghilangkan diri.

“Aku rasa macam tu lah. Kalau aku balik sana pun, memang Aizat takkan terima aku balik, Kay. Aku kenal dia. Aku dah khianati dia. Tentu dia kecewa.” lemah suara Rania di hujung talian. Karin diam.

“Kay, i got to go. Aku nak pergi klinik ni. Thanks for everything okey? Esok-esok kalau kau nak datang sini, inform lah aku. Take care, ey?” Karin meletakkan telefon ke gagangnya beberapa saat kemudian.

‘Kenapa kau bodoh sangat, Nia? Ada banyak lagi jalan  penyelesaian. Bukan setakat lari dari negara ni.’ Karin membuang pandang ke sekeliling rumah. Sunyi sahaja rumah itu sejak Rania pergi.

“Babe, where are you?” teriakan seorang lelaki membawa Karin kembali ke alam nyata. Dia tersenyum. Laju sahaja dia berlari ke bilik. Persoalan mengenai Rania hilang terus dari fikirannya.

_________________________________________________________________________________________________

Muhaimin sesekali menjeling telefon bimbitnya di atas meja. Kemudian dia menekan-nekan keypad seolah-olah mencari sesuatu. Gelagat Muhaimin mencuri tumpuan Lily. Pen di atas meja dicapai lalu dilontar ke arah Muhaimin. Pen itu terkena tepat pada kepala Muhaimin.

“You ni kenapa? Tunggu call or mesej dari orang tersayang ke?” soal Lily apabila Muhaimin berpaling ke arahnya.

“Tak lah. Eh, mana Rien?”

“Dia pergi toilet. Amin, you tahu tak tempat best nak lepak-lepak sambil melantak kek?”Lily mendekati Muhaimin. Ligat Muhaimin berfikir. ‘Kek?’

“Tapi tak nak secret recipe tau.” sambung Lily lagi.

“Tak nak secret? Ahha! I tahu. You pergi tempat Syuq selalu pergi. Cafe Ami. Dekat je kot dari sini.” ujar Muhaimin riang.

“Syuq? Your girl tu ey? Boleh jugak. Jom lah pergi sama-sama. I tak tau kat mana cafe tu.” Lily tersenyum nakal. Dia teringat bagaimana Syauqina malu-malu sewaktu mereka bertemu.

“Hah! Nak pergi mana ni? Nak ikut!” Adrien berlari-lari anak ke arah mereka. Dia yang baru keluar dari tandas terdengar nama Syauqina disebut membuatkan rasa ingin tahunya membuak-buak.

“Nak pergi melantak kek. Kau sure nak ikut ni?” Muhaimin mengangkat sebelah kening. Kebiasaannya Adrien akan menolak apabila ditawarkan kek. Ini lain pula.

“Yeah. Aku teringin lah nak makan cheese cake. Yummy!” Lily dan Muhaimin ketawa melihat telatah Adrien yang kebudak-budakkan.

“Okey. Kita pergi balik nanti. Rugi betul Mika takde, kan?” Muhaimin kembali mencapai telefon lalu mula menaip mesej. Adrien kembali ke tempatnya sebelum menghantar pesanan ringkas kepada seseorang.

Tepat lima petang, Lily terus mencapai beg tangannya dan menunggu Muhaimin untuk bersiap. Adrien pula melihatkan Lily sudah bersedia, pantas sahaja dia berkemas. Mereka ke Cafe Ami dengan menaiki kereta Lily. ‘Excited betul Lily ni. Macam dah bertahun tak makan kek.’ desis Adrien.

Sebaik sahaja Muhaimin membuka pintu cafe, bau kek yang baru dibakar memenuhi segenap rongga pernafasan mereka bertiga. Lily menelan liur. Dia sudah tidak sabar untuk menikmati segala manisan yang tersusun di dalam bekas khas berhampiran kaunter.

Enak sahaja mereka berjamu selera di situ. Sesekali apabila loceng berbunyi menandakan pelanggan datang, Muhaimin akan memandang ke pintu dengan harapan Syauqina akan muncul di situ hari ini. Namun dia hampa. Bayang Syauqina pun tidak kelihatan sehingga mereka meninggalkan Cafe Ami.

1

Be My Soulmate? – Love 16

Muhaimin menghentikan kereta di luar pagar. Jam menunjukkan pukul 11 malam. Wajah Syauqina yang tegang dipandangnya lama.

“Syuq, kenapa ni? Syuq marah ke? Abang minta maaf, okey?” perlahan Muhaimin bersuara. Sejak tadi Syauqina diam dan wajahnya kelihatan tegang. Entah apa yang bermain di fikiran gadis itu.

“Takde pape lah. I’m just tired. Lagipun dah lewat ni. Esok Syuq kena tolong Rin kat taska.” ujar Syauqina lemah. Dia perlu berehat. Pertemuan yang tidak dijangka tadi benar-benar meragut ketenangannya. Hampir sahaja jantungnya luruh melihat Adrien, ditambah lagi dengan kehadiran Afham. Nyaris sahaja rahsianya terbongkar. Nasibnya baik kerana Afham berpura-pura tidak mengenalinya.

“Okey, then. Pergi lah masuk. Dah lewat ni.” Syauqina mengangguk lantas keluar dari kereta. Sempat juga dia mengucapkan terima kasih kepada Muhaimin. ‘Terima kasih kerana hampir buat aku terkena heart attack.’ ujarnya tetapi kata-kata itu hanya berlegar di dalam hatinya.

Hanya selepas Syauqina selamat  masuk ke dalam rumah barulah Muhaimin meninggalkan perkarangan rumah itu. Muhaimin menguap kecil. Dia perlu segera pulang untuk berehat.

Syauqina baru sahaja ingin memadam lampu apabila telefonnya berbunyi menandakan ada panggilan. Hairan. Dah lewat pun masih ada orang call? Tanpa melihat nama pemanggil, terus sahaja Syauqina menerima panggilan tersebut. Sebaik sahaja mendengar suara pemanggil, Syauqina mengeluh.

________________________________________________________________________________________________

Afham menolak pintu biliknya kasar. Pertemuan tidak dijangka dengan Syauqina sebentar tadi benar-benar mengejutkan. Sudah lama dia tidak melihat teknik solekan gadis itu, hampir sahaja dia tidak mengenali Syauqina.

Lily turut merasai perubahannya selepas itu. Kerap gadis itu memandangnya namun dia tetap berpura-pura seperti tiada apa berlaku. Syauqina. Benarkah Syauqina kini bersama Muhaimin? Jika benar, dia dan Syauqina perlu berbincang. Afham nekad. Telefon bimbit di atas katil dicapai lalu dengan pantas dia membuka contact list, mencari nama yang dikehendaki.

“Syuq, we need to talk.” pendek mukadimahnya. Telinga Afham menangkap keluhan Syauqina.

“Apa lagi? Syuq nak tidur lah. Dah lewat ni.” lemah sahaja balasan Syauqina. Afham melirik jam di tangan. Sudah lebih pukul 11. ‘Memang salah timing lah.’

“Okey, okey. Kalau camtu boleh tak kalau Syuq jumpa abang? Kat tempat biasa, esok?” soal Afham.

“Naa, tak boleh. Esok Syuq kena tolong Rin kat taska. Aida nak pergi check-up. Petang pulak Syuq ada appointment kat salun. Kalau weekend boleh lah.” ujar Syauqina sambil menyemak diarinya. Semua jadualnya berada di dalam diari itu.

“Weekend? Boleh lah. Jangan lewat sangat tau.” pesan Afham sebelum menamatkan perbualan. Syauqina hanya mengiyakan. Afham terus sahaja tidur tanpa menukar baju selepas berbual dengan Syauqina. Tak sabar dia mahu menunggu hujung minggu ini.

Afham bangun pada keesokan paginya dengan rasa gembira. Perasaan itu tidak dapat diterangkan. Seolah-olah satu perkara baik akan berlaku.

‘Erm..kenapa aku happy sangat ni eh? Pelik betul.’ Afham bersiul perlahan lalu tangannya mencapai tuala yang tersangkut di ampaian. Sewaktu melintas meja kecil di tepi katilnya, Afham terperasan akan bulatan warna merah yang diconteng pada kalendarnya. Saat itu dia teringat sesuatu. ‘Birthday Lily! Esok dah birthday dia. Apa aku nak bagi ni?’

Akalnya ligat berfikir sebelum imej cupcakes terlakar di fikirannya. Lily suka cupcakes so buatkan dia cupcakes je lah.

_________________________________________________________________________________________________

Afham tidak sabar-sabar untuk bertemu Syauqina pada hujung minggu itu. Tepat pukul 7.30 pagi Sabtu yang dijanjikan, segera Afham menelefon Syauqina. Mengamuk sakan gadis itu apabila tidurnya diganggu. Afham sengaja buat tak faham akan rutin Syauqina yang akan menyambung tidurnya sehingga pukul 8 setiap Sabtu.

Jam menunjukkan pukul 10 pagi apabila Syauqina muncul di Cafe Ami. Masuk sahaja ke dalam cafe itu, dia disambut oleh  seorang perempuan memakai seragam kebaya. Hairan dengan apa yang dilihatnya, Syauqina kembali melangkah ke luar Cafe untuk memastikan dia tidak tersalah tempat. Syauqina kembali melangkah ke dalam apabila dia pasti itu tempat yang betul.

“Welcome home Miss Syuq!! Ni memang Cafe Ami lah. Kami dah tukar uniform.” Suzy tersenyum girang melihat wajah Syauqina yang terpinga-pinga. Meletus ketawa pekerja cafe melihat wajah keliru Syauqina.

“Suzy! Nyaris i tak cam tadi. Kenapa tiba-tiba aje tukar uniform ni? Tak consult i pulak tu. Mana bos you yang pervert tu? Nak tanya jugak mimpi apa dia tukar uniform tiba-tiba.” Syauqina meliarkan pandangan ke segenap ruang namun orang yang dicari tidak kunjung tiba.

“Bos ada kat belakang. Dia happy betul kebelakangan ni. Entah kenapa, kami pun tak tahu. Asyik senyum aje. Dah angau kot.” lapor Suzy perlahan. Bimbang mereka yang lain terdengar ‘laporannya.’ Syauqina ketawa. ‘Angau?’

“Apa bising-bising ni? Sampai i kat belakang pun boleh dengar. Suzy! You takde kerja ke? Kalau takde pergi dapur cepat. Tolong apa yang patut.” suara kasar seorang lelaki mengejutkan Suzy yang asyik berbisik dengan Syauqina.

‘Angau? Macam ni punya garang kau kata bos kau ni angau, Suzy? Ish, ni aku tengok macam frust menonggeng aje.’

“You! Ke belakang sekarang!” garang lelaki itu mengarahkan Syauqina. Jari telunjuknya di arahkan ke belakang, di mana terletaknya pejabat lelaki itu. Sengaja Syauqina melangkah lambat-lambat. Lelaki itu hanya mendengus geram. Syauqina yang dapat melihat reaksi lelaki itu melalui cermin pejabat cuba menahan ketawa yang ingin meledak.

12

Be My Soulmate? – Love 15

Gelak ketawa yang pecah membuatkan meja mereka terasa bagaikan bergegar namun situasi itu menimbulkan rasa kekok buat Syauqina dan Adrien. kedua mereka lebih senang mendiamkan diri dan hanya akan bersuara apabila ditanya. Sesekali apabila pandangan mata mereka bertemu, Syauqina akan melarikan anak matanya ke arah lain. Muhaimin kerap menjeling ke arah kedua mereka setelah menyedari ‘aura tegang’ sebentar tadi.

“Kak Syuq!” Muhaimin terpinga-pinga seketika melihat gadis comel yang bersama Adrien berteriak memanggil Syauqina seolah mereka telah lama tidak berjumpa. Syauqina pula dilihatnya teragak-agak membalas pelukan gadis itu. Matanya pula asyik memandang Adrien yang kaget.

“Eh? Girlfriend kau kenal ke dengan girlfriend Amin ni, Rien?” tegur Lily spontan.

“Erm..actually ni adik aku, bukan girlfriend. And yeah, diorang memang kenal ‘coz…”

“Kami kenal sebab Lizzy ni adik pada roomate saya masa kat uni dulu.” sampuk Syauqina laju. Bimbang Adrien menceritakan hal sebenar. Syauqina mengukir senyuman, cuba menghilangkan rasa gugup.

“Really? Cool! Lagi syok macam ni. Kalau dah kenal takde lah kekok sangat kan? Jom lah. Kita makan. Aku dah lapar ni.” Afham cuba menukar topik. Dia dengan mudah dapat membaca situasi di hadapannya.

“Awak asyik lapar aje kan? Ish, apa lah.” Lily menepuk lengan Afham manja. Afham hanya tersengih. Mika menolak Adrien ke meja mereka. Sesi beramah mesra dimulakan untuk mula mengenali ‘ahli’ baru mereka. Syida dan Zaimir sesekali menyampuk perbualan itu.

Syauqina merasa kurang selesa. Apatah lagi dia dihimpit dua lelaki. Muhaimin dan Adrien. Adrien berkeras untuk duduk di sebelahnya membuatkan Adaliz beralih tempat duduk. Sesekali tangannya bersentuhan dengan tangan kiri Adrien yang sengaja diletak di atas meja sewaktu ingin menyuapkan makanan. Muhaimin terlalu leka berbual dengan rakan-rakannya untuk menyedari kegelisahan Syauqina.

Perbualan Muhaimin terganggu kerana lengan bajunya ditarik. Dia menoleh ke arah kanan. “Kenapa, Syuq?”

“Syuq nak pergi ladies jap.” Muhaimin sekadar mengangguk. Afham memandang Syauqina tajam. Melihat Syqauqina bangun dari kerusi, dia turut bangun. Adrien tidak menyedari ketiadaan Syauqina kerana melayan Adaliz. Lily mencapai tangan Afham kemas.

“Where are you going?”

“Gents.” ringkas jawapannya. Lily menghantar Afham pergi dengan pandangan. Apabila dia kembali memandang ke arah meja, dia perasan Mika sedang memerhatikannya. Senyuman tawar diukir buat lelaki itu.

Adrien membuang pandang ke kirinya setelah dia selesai membantu Adaliz mengopek kulit udang. ‘Eh, mana Syuq menghilang?’ Seolah mengetahui gelodak hatinya, Mika menghantar pesanan ringkas kepada Adrien.

+tat girl off 2 ‘kamar kecil’. 😉

Mesej berbaur jenaka dari Mika dibaca sepintas lalu. Adrien mengangkat wajah memandang Mika. Lelaki itu mengangguk tanda bercakap benar. Perlahan-lahan Adrien bangun dari kerusi. Niatnya ingin mengekori Syauqina namun satu suara yang menegur membantutkan hajatnya.

“You nak ke mana pula tu, Rien?” soal Syida. Semua mata memandang lelaki itu yang sudah berdiri.

“Hah? Oh, erm..i nak pergi toilet lah. Rasa tak selesa.” Adrien mengerutkan dahinya. Cuba berlagak sakit perut. Ketawa Mika pecah. Lucu melihat wajah ‘sakit perut’ Adrien. Lily menutup mulut menahan ketawa.

“Pergi lah cepat. Kesian you.” Lily mengoyang-goyangkan tangannya, ‘menghalau’ Adrien dari situ. Adrien tersengih. Laju sahaja langkahnya pergi ke tandas. Mika yang melihat lakonan Adrien terbahak-bahak ketawa. ‘Boleh tahan si Rien ni.’

“Hoi! Yang kau gelak tak ingat dunia ni apa kes? Tak pernah sakit perut?” tanya Zaimir tidak senang. Mika mengangkat kedua-dua tangannya.

“Ish, kawan sakit perut pun boleh dia gelak.” rungut Zaimir lagi. Syida mencubit lengan Zaimir perlahan. Zaimir kalau dah mula membebel, susah untuk berhenti. Jadi lebih baik dia menghentikan mukadimah syarahan Zaimir.

Setelah mendapat peluang, Adrien bergegas ke tandas yang berada di ruang belakang restoran. Tiba di sana, terus dia ternampak kelibat Syauqina tetapi gadis itu tidak keseorangan. Syauqina bersama Afham. Adrien langsung tidak menyedari ketiadaan Afham di meja sebentar tadi. Kelakuan mereka berdua menimbulkan rasa curiga di hati Adrien. Apatah lagi mereka di lihat sedang berbual sambil tangan Afham mencengkam erat lengan Syauqina. Dari jauh mereka kelihatan seperti sepasang kekasih sedang bertengkar. Apa hubungan mereka sebenarnya?

Rasa ingin tahu Adrien membuak di dalam dada. Dia bersembunyi di sebalik tembok yang memisahkan tandas lelaki dan wanita. Sayup-sayup kedengaran suara Syauqina dan Afham bertingkah. Angin malam yang bertiup di kawasan pantai itu langsung tidak membantu Adrien untuk mencuri dengar perbualan mereka. ‘Perbualan atau pertengkaran? Ah,apa-apa aje lah.’ desis hati Adrien.

Sedang asyik mengintip, Adrien dikejutkan dengan satu tepukan di bahunya. Pantas dia berpaling ke belakang. Reaksi spontan akibat kejutan yang diterima. Mika tersengih di belakangnya.

“Bro, kau tengok apa ni?” Mika turut menghulurkan kepala untuk mengintai. Dia pun ingin melihat apa yang Adrien lihat. Asyik sangat sampai aku kat belakang pun dia tak sedar.

“Whoa, tu kan boy Lily dengan girl Amin? Apa diorang buat tu? Siap pegang-pegang lagi. Diorang ada skandal eh?” bagai peluru pertanyaan demi pertanyaan terpancul dari mulut Mika. Adrien menutup mulut temannya itu. Isyarat diam diberikan. Secepat kilat Adrien menarik kepala Mika apabila melihat pasangan itu melangkah ke arah mereka. Sebaik sahaja pasangan itu melintasi mereka, Adrien melepaskan Mika.

“Weh, kau rasa diorang ada affair ke?” soal Mika ingin tahu.

“Entah lah. Bukan diorang baru kenal ke?” ragu-ragu Adrien menjawab. ‘Siapa Afham dalam hidup Syuq? Setahu aku Syuq takde kawan nama Afham.’

“Kalau baru kenal takkan mesra macam tu.”

“Kau nampak diorang mesra ke?” Adrien bertanya geram.

“Err..tak. Nampak macam gaduh aje tadi. Eh, kau kan dah kenal dengan girl Amin tu kan? Tak kan kau tak tahu? Kesian Amin.” Mika bersuara kesal.

“Ntah lah. Mika, kau jangan bagitau sesiapa pasal ni, okey? Kalau kita bagitau benda tak betul kan tak pasal-pasal diorang gaduh.”

“Tak betul? Maksud kau?’

“Yelah. Manalah tahu kot-kot si Afham dengan Syuq tu kawan ke. And diorang just bual-bual kosong je tadi. Kan tak pasal-pasal kita terfitnah orang.” ujar Adrien. Sebenarnya kata-kata itu lebih kepada untuk menyenangkan hatinya. Mika bersetuju dengan kata-kata Adrien itu.

Mereka kembali ke meja. Adrien melihat Syauqina dan Afham telah kembali ke tempat masing-masing. Dia cuba bertenang namun renungan Afham terhadap Syauqina meragut ketenangan yang baru menghampiri hatinya. Mika perasan akan keadaan Adrien menepuk bahunya.

0

Be My Soulmate? – Love 14

Syauqina memandang bayangnya di dalam cermin. Atas, bawah dan atas lagi. ‘Okey ke ni? Decent enough tak? Ermm..okey lah ni.’

“Syuq, kau nak gi mana sebenarnya ni? Siap make-up bagai.”

“Haha..cara kau cakap tu macam aku tak pernah make-up aje.” Syauqina ketawa kecil mendengarkan kata-kata Syaira.

“Last sekali aku tengok kau make-up cantik camni masa aku bertunang. Tu pun lepas aku paksa kau. Tell me, Syuq. Kau nak gi mana ni? Cantik kebaya tu.” muncung mulut Syaira menunjuk ke arah kebaya biru yang tersarung elok pada tubuh Syauqina.

Kebaya bukan pakaian pilihan Syauqina. Pelik ni. Biru pulak tu. Syauqina hanya membisu. Syaira naik geram. Budak ni memang suka berahsia. Mulutnya sudah membebel. Macam murai tercabut ekor. Syauqina cepat sahaja mengalah. Malas mendengar bebelan Syaira.

“Okey lah. Aku nak pergi dinner dengan Amin. Kau jangan nak buat muka skandal macam tu.Dia senior aku masa middle school so kau mungkin tak kenal.” Syauqina mencapai tudung dari dalam almari. Kerongsang di ambil lalu tudung dikemaskan.

“Oh. Kau nak gi dinner dua orang aje ke? Like a date?” bersungguh-sungguh Syaira bertanya. Syauqina tersenyum.

“Naa. Dia invite aku pergi dinner sempena office-mate dia sembuh. So diorang nak celebrate lah. Semua orang bawak partner, takkan dia nak pergi sensorang kot kan? Tu dia ajak aku. Puas hati, cik-spy-ibu-aku?” sindir Syauqina.

Papp! Terasa pedih bahunya terkena tamparan dari Syaira. Pantas bahunya di gosok perlahan. Syaira bingkas bangun dari katil tempat dia melepak sejak tadi. Terkedek-kedek dia keluar dari bilik. ‘Takut jugak budak ni sorang.’ Beberapa saat kemudian, telefon bimbitnya bergetar menandakan ada mesej masuk.

+syuq, abg dh ad kt dpn

Syauqina menutup pintu bilik. Dia mengambil kasut dari rak kasut di belakang pintu depan. Nude wedges menjadi pilihan. Arina yang sedang menonton tv menghentikan tontonannya. Dia berlari-lari anak ke tepi tingkap. Langsir diselak sedikit untuk melihat gerangan yang menjemput Syauqina. Fokusnya sedikit terganggu apabila dia ditolak ke tepi. Syaira memberi isyarat agar memberi dia ruang untuk turut sama mengintai.

Syauqina menolak grill. “Hoi, tak baik mengintai anak orang. Nak kenal pergi lah depan-depan.” Arina dan Syaira hanya mencebik. Lambaian Syauqina langsung tidak dibalas.

Mereka beredar untuk bersantai di atas sofa selepas kereta yang menunggu menderum pergi. Syaira memandang Arina tajam bagaikan helang memerhatikan mangsanya. Arina mula rasa tidak selesa.

“Kenapa ngan kau ni? Pandang aku semacam aje. Seram.” Arina mengalihkan pandangannya ke skrin tv. Syaira berdehem.

“Erm..kau kenal ke dengan guy tu?” serba salah Syaira bertanya.

“Guy mana ni? Guy Sebastian?” soal Arina keliru. ‘ Betul aku pelik minah ni. Tiba-tiba aje tanya pasal guy ntah pape.’

“Guy yang pick up Syuq tu lah. Kau kenal ke?” ujar Syaira geram. ‘Lembab lah pulak minah ni malam ni.’

“Oh. Aku tak kenal. Kan dia kata tu senior dia masa middle school. Aku kenal Syuq masa kita umur 18. Mustahil lah aku kenal kan?” ujar Arina perlahan. Syaira menggangukkan kepala. Betul jugak tu.

“Ntah-ntah dia tu boyfriend Syuq tu tak.” Arina terbatuk mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Syaira.

“So betul lah ni? That guy is actually Syuq’s boy? Baik kau cakap!” bahu Arina digoncang-goncang. Memaksa gadis itu memberitahu hal sebenar.

“Hoi, sakit lah! Kalau betul guy tu senior Syuq, means dia bukan boyfriend yang kau nak kenal sangat tu lah. Ish, seliuh bahu aku dibuatnya.” Arina mengosok bahunya yang sakit.

“Oh, sorry. Terover acting pulak aku tadi. Hehe.” Syaira tersengih. Menyembunyikan rasa bersalah. Arina hanya diam. Dia mula tertanya-tanya. ‘Betul ke tu senior Syuq? Ntah-ntah kat dalam tu Rien.’

_________________________________________________________________________________________________

“Rien, you sure ke ni? You bukannya sihat sangat dah. Jalan pun still jengket-jengket.” Adaliz memandang abangnya, risau dengan keputusan Adrien untuk menghadiri makan malam bersama rakan-rakan sekerjanya.

“Come on, Lizzie. I’m okey. I dah lama tak jumpa those guys. Lagipun kaki i dah sembuh.” Adrien mengusap kepala Adaliz. Cuba mengurangkan kegusaran remaja itu. Adaliz mengeluh. Lampu isyarat yang tadinya merah, bertukar hijau. Adaliz menukar gear lalu kereta milik Adrien meluncur laju.

Sesekali Adaliz menjeling abangnya. Adrien menggeleng. “Please, Lizz. I cuma nak jumpa kawan-kawan dan tenangkan fikiran. Boleh kan?” Adaliz beralah. Nampaknya Adrien tetap dengan keputusannya. Ikut aje lah.

Tidak sampai setengah jam kemudian, Adaliz dan Adrien tiba di restoran makanan laut seperti yang dijanjikan. Dari jauh Adrien melihat kelibat rakan-rakan sepejabatnya sedang berbual gembira. Adrien berjalan sepantas mungkin ke arah mereka. Adaliz setia berjalan di belakang abangnya.

“Hey, tengok tu! Adrien dah sampai lah.” Zaimir menjerit, mengalih tumpuan mereka yang lain. Syida, isteri Zaimir berpaling memandang suaminya. Lengan Zaimir dicubit, tanda membantah tindakan Zaimir menjerit sebentar tadi. Lily ketawa besar melihatkan wajah Zaimir berkerut-kerut menahan sakit.

“Hey, mak buyung ni pun ada? Ingatkan rest aje kat rumah.” tegur Adrien. Syida tersipu-sipu malu dipanggil ‘mak buyung’. Kandungannya yang mencecah tujuh bulan membuatkan dia nampak agak gemuk.

“Haha..kak Syida yang beria nak celebrate you, Rien. Mana boleh dia rest aje kat rumah.” sampuk Mika. Dia tidak lepas memandang Adaliz yang berdiri di sisi Adrien.

“Siapa ni? Girl baru kau ke?” terpancul juga soalan itu dari mulutnya. Serentak itu, Adaliz dan Adrien berpandangan. Tawa meletus di antara mereka berdua.

“Haha..tak..” belum sempat Adrien menjelaskan tentang Adaliz, mereka ditegur oleh satu suara.

“Hai, semua. Maaf lambat.” Muhaimin mengangkat sebelah tangan tanda maaf. Kesemua mereka berkalih pandang. Gadis di sebelah Muhaimin mencuri tumpuan mereka. Adrien jelas terkejut.

Muhaimin mengukir senyuman. Dia memandang ke kiri, di mana temannya kini berdiri dengan wajah yang menunjukkan riak terkejut. Wajahnya bertukar menjadi sedikit pucat. Muhaimin hairan, lalu dia memegang lembut lengan gadis itu. Seolah cuba menyalurkan kekuatan melalui perbuatannya.

“Eh? Amin! Girl kau ke tu?” Mika terjerit perlahan.

“Kak Syuq!” Adaliz berlari memeluk Syauqina. Syauqina terkaku seketika sebelum dia akhirnya membalas pelukan Adaliz. Muhaimin bertambah hairan manakala Adrien bingung. ‘Syuq dan Amin? Together?’