2

Be My Soulmate? – Love 20

“Anis, kau dah gila ye? Kau ingat aku ni apa? Anak tak guna macam kau?” tengking Syauqina. Sabarnya benar-benar teruji di atas permintaan kakaknya itu.

“Hey, kau ingat kau tu baik sangat? Kurang ajar betul! Tak tahu nak hormat orang tua. Aku ni kakak kau! Bangang!” marah Anis lalu badan adiknya itu disepak kuat. Syauqina terjatuh.

“Kurang ajar? Kau kata aku ni kurang ajar? Hey, cermin lah diri tu sikit. Seteruk-teruk aku pun, aku takde lah pergi nikah macam takde mak bapak! Bila dah pregnant, balik rumah mintak simpati pulak. Tak sedar diri tu dah malukan keluarga! Kau..” belum sempat Syauqina menghabiskan kata, pipinya ditampar kuat oleh Anis.

Tangan Syauqina ditarik kuat lalu sekali lagi Anis menendang adiknya. Saiz adiknya yang lebih kecil memudahkan Anis untuk memukul Syauqina. Syauqina cuba melawan namun tenaganya tidak mampu untuk menjatuhkan kakaknya yang dua kali ganda saiznya. Syauqina menarik rambut Anis tetapi terlepas apabila Anis merentap tangannya kasar. Sekali lagi Anis mengangkat tangan untuk menampar Syauqina namun pergerakannya terhenti.

Rahimi memegang kemas tangan Anis, sekaligus menghalang Anis dari terus menyakiti Syauqina. Anis terkejut. Kemunculan ayahnya secara tiba-tiba membantutkan rancangannya. Rahimi memandang tajam mereka berdua. Renungan Rahimi menakutkan Anis dan Syauqina.

“Kenapa ni? Dah gila ke? Tengah-tengah malam korang bergaduh ni apasal?” suara Rahimi bagaikan petir kuatnya.

“Ni budak ni kurang ajar sangat. Anis nak ajar dia sikit cara nak hormat orang tua.” ujar Anis cuba untuk membela dirinya.

“Syuq kurang ajar jadi kau nak tolong ajarkan dia? Oh, bagus lah! Lepas tu dari kurang ajar terus Syuq jadi betina tak tahu malu macam kau kan?” kaku Anis mendengarkan pertanyaan Rahimi.

“Kenapa senyap? Jawab lah! Tiba-tiba dah jadi bisu?” Rahimi mencengkam kuat dagu Anis. Kemarahan jelas terpapar pada riak wajahnya.

“Dah lah tu! Buat apa nak marah lagi budak ni? Cukup-cukup lah. Malu kalau orang dengar.” Intan menarik tangan suaminya. Cuba untuk menenangkan lelaki itu.

“Malu? Aku dah cukup malu dengan perangai si Anis ni! Mana aku nak letak muka bila semua orang tanya pasal dia? Dah lah balik tiba-tiba, dengan perut nak meletup pulak tu! Nikah tak bagitau family, tapi bila laki buat hal, pandai kau cari kami. Hey, Anis! Dengar sini baik-baik! Kau tak payah nak paksa-paksa Syuq beri kau duit. Mana laki kau yang kau banggakan sangat tu? Dia tak bagi duit ke? Tak mampu? Aku dah lucutkan jawatan kau kat company aku. Semua dah jadi milik Syuq. Kau jangan berani nak sentuh apa-apa. Aku bagi kau tumpang kat sini dah cukup bagus.”

Anis terpempan. Patut lah sudah lama Rahimi tidak memasukkan duit ke dalam akaunnya. Rupanya Syauqina yang dapat semua bahagian itu. Perasaan marah membuak-buak di dalam dadanya. Dia bencikan Syauqina. Melihat Rahimi mengalihkan pandangan dari mereka berdua, Anis mengambil kesempatan itu untuk menyerang.

Dia menarik rambut panjang Syauqina sehingga gadis itu jatuh terlentang. Anis memijak perut adiknya kuat. Hilang sudah perasaan sayangnya pada Syauqina. Hanya geram dan dendam akibat di tengking oleh Rahimi. Sepanjang hidupnya, Rahimi hanya akan meninggikan suara dan menaikkan tangan pada Syauqina, bukannya dia. Syauqina yang terkejut tidak sempat mempertahankan diri. Jeritannya memecah kesunyian malam.

“Tak guna! Berani kau!” Rahimi menolak Anis sekuat hatinya. Intan sudah menerpa ke arah Syauqina yang terbaring lemah. Segera dia memangku kepala anaknya. Rahimi pula berdepan dengan Anis.

“Kau pergi dari sini! Aku takde anak macam kau. Kau pergi balik pada suami kau, sekarang jugak! Afham! Afham!” lelaki yang sejak awal memerhatikan mereka dari ruang makan segera bergerak ke arah Rahimi.

“Afham, kau pergi ambil buku cek kat dalam laci. Cepat!” Afham berlari ke bilik bacaan untuk memenuhi permintaan Rahimi. Sebaik sahaja cek ditulis, Rahimi menyerahkannya kepada Afham. Anis hanya memandang. Rahimi menyuruh isterinya memapah Syauqina ke dalam bilik.

Afham memberi isyarat kepada Anis agar segera berkemas. Anis segera bangkit. Afham akan menghantarnya pergi. Itu pasti. Afham sangat patuh pada Rahimi kerana lelaki itu yang membesarkannya selama ini.

__________________________________________________________________________________________________

Afham terjaga dari tidur. Dia mengosok matanya sebelum mengucap panjang. ‘Dah dua tahun peristiwa tu terjadi. Kenapa tiba-tiba malam ni aku mimpikan kejadian malam tu?’ bisiknya lemah. Afham menjeling jam di atas meja. Pukul 3.00 pagi. Dia mengusap perlahan wajahnya.

Baru sahaja Afham ingin kembali merebahkan badannya secara tiba-tiba telefon bimbitnya yang berada di atas meja bergetar. Laju sahaja dia mencapai telefonnya. Jarang sekali telefonnya dihubungi pada waktu malam kecuali ada kecemasan seperti kematian.

Tertera nama Syauqina pada skrin telefon bimbitnya. Segera dia menjawab panggilan tersebut. Pasti ada perkara penting yang ingin disampaikan oleh Syauqina. Dia mengengam erat telefon bimbitnya sebaik sahaja mendengar berita yang disampaikan oleh gadis itu. Setitis air matanya menitik perlahan di pipi.

*harap maaf. brlaku ‘kesilpn teknikl’ semasa mengupdate bab 18 & 19. bab 19 trlbey awl dikeluarkn brbndg bab18. *

Advertisements