1

Be My Soulmate? – Love 23

“Syuq, Rin, korang ikut tau. Jangan cancel pulak.”

“Pergi mana ni?” tanya Syauqina. Dia menggosok-gosok matanya yang kelihatan bengkak. Arina mencubit lengan Syauqina manja.

“Ish, anak dara ni. Tu lah, bangun lewat lagi. Kan dah mamai tu. Kita kan dah janji nak pergi jumpa tunang minah ni. Kau lupa ey?”

“Tunang? Oh..Asyraf ye? Okey-okey. Nak pergi pukul berapa ni?” baru Syauqina ingat akan janji mereka beberapa hari lepas.

“Pukul satu. Kau pergilah mandi dulu, nanti kita masak sama-sama.” Ujar Syaira tersenyum.

“Kita? Sejak bila kau pandai masak, Ira?” sinis Arina menyindir. Syaira menjerit. Geram dengan perlian Arina.

“Siaplah kau, Rin. Aku tak pandai masak ye? Macamlah kau tu Master Chef Malaysia.” Syaira membalas kutukan Arina. Syauqina sudah masuk ke dalam bilik air. Malas ikut campur dengan pertengkaran mereka.

“Ira, kau rasa Syuq tu dah betul-betul okey ke? Last night dia nangis lagi.” bisik Arina. Dia risau melihat Syauqina yang masih bersedih dengan kehilangan kakaknya.

“Insyaallah dia akan okey, Rin. Aku risau jugak sebenarnya tapi kalau kita tinggalkan dia, aku takut nanti sedih dia melarat. Lagipun, ibu dia yang suruh aku bawak Syuq keluar. Sejak hari tu kan Syuq jarang keluar.” Balas Syaira dengan nada yang sama.

Arina mengangguk. Sudah seminggu mereka dikejutkan dengan berita kematian Anis dan selama itulah Syauqina sering menangis. Mereka benar-benar berharap Syauqina akan kembali menjadi dirinya sendiri tak lama lagi walaupun mereka tahu keadaan tak akan sama seperti dahulu.

“Eh, kau perasan tak perempuan yang datang malam tahlil tu? Yang dengan Afham tu.” Tanya Arina.

“Yang tengok Syuq semacam tu ey? Kenapa dengan dia?” Syaira masih ingat gadis itu merenung Syauqina dengan wajah keliru. Arina menggeleng tanda tidak tahu.

“Dah-dahlah. Forget about it okey. Jom kita prepare bahan nak masak.” Kedua mereka bergegas ke dapur sebelum Syauqina selesai mandi bagi mengelakkan angin monsun timur laut membadai rumah mereka.

Syauqina menyanyi-nyanyi perlahan menuju ke dapur. Gelagat Syaira yang mengesat air matanya mencuri perhatian Syauqina. “Woi, makcik. Kupas bawang pun boleh meleleh camtu ke? Nampak sangat jarang masuk dapur. Haha.” Hampir terlepas pisau di tangan Syaira.

“Kau ni kan..kalau tak kejutkan aku tak boleh ke? Tak nampak aku pegang apa ni? Karang tak sempat aku kahwin, aku dah masuk dalam tanah.” Marah Syaira. Wajahnya kelat. Arina hanya tersengih melihat mereka.

“Yang kau tu duk sengih katak tu apa kes? Cepatlah potong salad tu. Karang lewat pulak kita.” Arina terus kembali kepada tugasnya apabila giliran dia dimarahi Syaira. Syauqina hanya ketawa. Dia mencapai apron lalu memulakan tugasnya di dapur.

Hazwan memakir keretanya berhampiran taman rekreasi yang dijanjikan. Amirul keluar dari kereta dengan tangannya membimbit tikar. Aizat menguap kecil. Mana tidaknya, awal pagi lagi dia dah bangun dari tidur. Dia dipaksa oleh Nadhirah untuk menemani gadis itu jogging di kawasan perumahan mereka.

“Mananya ‘ bakal’ kau ni, Mirul? Perut aku dah buat konsert ni.” Hazwan memandang sekeliling. Padahal bukan dia tak kenal tunang Amirul tu. Memang dia sedia maklum tunang sepupunya itu agak ‘slow’ untuk bersiap.

“Sabarlah. Perut aku ni dah buat oppa gangnam style tapi aku cool aje.” Kata Amirul cuba menenangkan Hazwan. Aizat ketawa. Oppa gangnam style? Kejadah betul lagu tu. Bawak pengaruh negatif pada generasi muda.

Sebuah Suzuki Swift berwarna merah meluncur laju memasuki perkarangan taman rekreasi itu. Hazwan berdehem. Kelihatan tiga orang gadis keluar dari kereta dengan picnic basket. Derai tawa mengiringi mereka bertiga.

“Hai, Asy. Sorrylah saya lambat. Traffic jam tadi.” Sapa Syaira dengan rasa bersalah. Amirul hanya tersenyum.

“Guys, meet my fiancée, Syaira. Tu housemate dia, Rin and Syuq. Aizat, tolong tutup mulut sebelum ada lalat buat sarang kat dalam tu.” Tegur Amirul apabila melihat Aizat ternganga melihat Syauqina yang turut berada disitu. Syauqina turut tergamam. ‘Aizat ni kawan Asy? Urghh..’ desis hatinya.

‘Biar betul ni? Tak sangka Syuq yang Mirul pernah cerita tu Syuq sama yang aku kenal.’ Aizat bermonolog sendiri. Hazwan, Amirul , Syaira dan Arina berpandangan. Reaksi Aizat dan Syauqina mengundang tanda tanya.

“Hi. Nice to meet you guys.” Sapa Syauqina beberapa saat kemudian. Liur ditelan beberapa kali bagi mengurangkan rasa gugup. Aizat juga dilihat cuba menenangkan dirinya.

“Okeylah. Semua dah lapar kan? Jomlah makan. Kami dah masak special ni.” Syaira mula bergerak ke arah pokok rendang yang berdekatan. Yang lain mengikuti langkah gadis itu. Syauqina berjalan perlahan di belakang. Aizat yang menyedarinya mula memperlahankan langkah untuk bersaing dengan Syauqina.

“Kenapa tak bagitau awak ni housemate tunang kawan saya?” bisik Aizat ke telinga Syauqina. Syauqina menjeling Aizat tajam.

“Manalah saya tahu Asyraf tu kawan awak. Kalau saya tahu, memang saya takkan datang sini hari ni. Baik duduk rumah je dari tengok mamat sengal macam awak ni.” Sindir Syauqina sinis. Aizat tersenyum.

“Macam pelik aje awak panggil Amirul tu Asyraf. Tapi kan, awak nampak sweet sangat sekarang ni dengan muka merah dan mulut muncung itik tu.” Giat Aizat tersenyum nakal. Terkejut Syauqina dengan kata-kata Aizat itu. Pantas dia melibas Aizat dengan sling bagnya.

Aizat hanya ketawa lalu berlari meninggalkan Syauqina yang masih marah. Tanpa disedari, gelagat mereka berdua diperhatikan oleh teman-teman yang setia menunggu mereka dibawah pokok. Minda masing-masing sudah tertanya-tanya apabila mereka nampak seperti sudah kenal lama.

“Dah puas bercinta? Dahlah bercinta tengah panas. Mana tak naik angin tuan puteri tu.” Sinis sahaja kata-kata Amirul yang sampai ke pendengaran Aizat.  Yang lain dilihatnya sibuk mengatur makanan.

“Mana ada bercinta. Aku just tegur budak tu.” Balas Aizat ringkas. Malas ingin memanjangkan isu tersebut.

Syauqina langsung tidak memandang Aizat sepanjang perkelahan itu. Dia malu. Tambahan lagi Arina asyik tersenyum-senyum memandangnya silih berganti dengan Aizat. ‘Si Aizat ni pun satu. Dalam banyak-banyak tempat, kat sebelah aku jugak dia nak menyibuk?’

Aizat pula sengaja memilih untuk duduk sebelah Syauqina. Dia ingin sekali melihat reaksi gadis manis itu. Selebihnya dia cuba untuk membuat Syauqina marah. Dia lebih suka gadis itu marah dari diam seribu bahasa dan tunduk muram. Berita musibah yang menimpa keluarga Syauqina telah sampai kepadanya sewaktu dia masih di Jepun. Dia tumpang simpati.

“Hey, aku belum decide lagilah siapa nak jadi bestman aku nanti. So, any volunteer?” Amirul memandang Aizat dan Hazwan silih berganti. Pantas Aizat menggeleng. Biarlah Hazwan yang jadi bestman. Dia tak sanggup.

“Siapa bridesmaid awak,Ira?”

“Syuq. Rin ni malu sangat nak jadi pengapit.” Balas Syaira, menjawab soalan Hazwan.

“Ha! Kalau camtu, Aizat jelah yang jadi bestman kau, Mirul. Mana tau ada jodoh dengan Syuq.” Spontan Aizat menyemburkan air yang diminumnya. Nasib baik dihadapannya tiada orang, kalau tak memang kuyuplah manusia malang itu.

Aizat terbatuk-batuk kecil. Muncul pula rasa simpati Syauqina pada lelaki itu apatah lagi Amirul dan Hazwan tiada usaha untuk membantu Aizat. Mereka hanya ketawa dengan reaksi temannya itu. Syauqina menepuk perlahan belakang Aizat dengan niat ingin membantu.

“Syuq, I’m okey. Thanks.” Aizat melarikan sedikit badannya daripada Syauqina. Dia tak ingin gadis itu terus menjadi bahan usikan rakan-rakannya. Dia memandang Syauqina dari ekor mata dan kelihatan gadis itu mengganguk faham. Seulas senyuman dihadiahkan buat ‘sang puteri’.

“Kot ye pun dah berkenan, janganlah pandang anak orang camtu sekali, Zat.” Tegur Hazwan. Wajah Aizat berubah merah. Dia mencapai cawan kertas lalu dibaling cawan itu mengenai kepala Hazwan yang tidak sempat mengelak. Yang lain hanya ketawa melihat rambut Hazwan yang sedikit basah akibat terkena saki baki air yang berada di dalam cawan.

2

Be My Soulmate? – Love 22

Syauqina menjerit sepuas hati. Keadaan pantai yang lengang membolehkan dia bertindak sedemikian tanpa sesiapa memandangnya dengan perasaan pelik. Afham yang duduk berhampiran gadis itu hanya memandang tanpa mahu menganggu. Secara tiba-tiba hari ini Syauqina mengheretnya masuk ke dalam kereta lalu membawanya ke pantai.
Afham sedar semua ini terjadi setelah mereka menerima berita kejadian yang menimpa Anis. Walaupun berulang kali Syauqina menyatakan bahawa dia sudah tak peduli lagi tentang kakaknya itu, jauh di sudut hati Syauqina, dia masih menyanyangi Anis.
Afham mengeluh. Sudah tiga hari Syauqina tidak bekerja. Untung saja gadis itu tidak bekerja makan gaji, kalau tak, mesti dah kena warning.

Dia juga sibuk sebenarnya. Berita tentang kemalangan yang menyebabkan kematian Anis sekeluarga mengubah keluarga mereka.Encik Rahimi hanya diam sewaktu menuntut jenazah anaknya sementara Puan Intan asyik menangis. Afham sedaya upaya menahan sebak tatkala mengiringi jenazah ke perkuburan.

Afham membuang pandang ke gigi air. Dia tahu Syauqina sedang bersedih. Dia turut merasa kehilangan Anis apatah lagi mereka berdua sebaya. Sejak umurnya enam bulan lagi dia sudah tinggal bersama dengan keluarga Syauqina. Memang benar apa yang diberitahu kepada Lily, bahawa dia dan Syauqina adalah sepupu namun kenyataan bahawa dia juga merupakan abang kepada Syauqina tidak pula dia menyatakannya. Dia enggan menyebutnya di hadapan Adrien tempoh hari.
“Abang, jom kita balik? Syuq peninglah.” Suara manja Syauqina membawa Afham kembali kepada realiti. Wajah merah Syauqina mencuri pandangannya. Lantas dia bangun dari duduknya yang selesa.
“Syuq, abang rasa abang nak tangguhlah majlis abang nanti. Rasa macam tak appropriate aje kalau abang buat majlis dalam keadaan macam ni.” Afham merenung jauh ke arah pantai yang membiru. Syauqina menepuk lengan Afham kuat.
“Apa ni? Takkan abang nak tangguh semata-mata sebab ni? Lagipun majlis tu kan lagi enam bulan. Sempatlah kita prepare semua.”
“Bukan sebab ni aje, Syuq. Actually, abang bagitau Lily and the rest yang abang ni cousin Syuq je hari tu. Abang tak bagitau fasal kita adik-beradik.” Syauqina berhenti melangkah. Dia memandang Afham tajam.
“Abang kata abang dah settlekan hal ni. Ish, tak boleh harap langsung. Nanti kalau jadi pape, abang tanggunglah sendiri.” Syauqina terus berlalu meninggalkan Afham keseorangan.
——————————————————————————–
Nadhirah berlari-lari anak menuju ke pintu sebaik sahaja mendengar bunyi enjin kereta. Pasti Aizat. Abangnya itu akan pulang ke Malaysia hari ini selepas dua bulan ‘bertapa’ di negara matahari terbit. Maisara dan Puan Hajar pula sibuk di dapur, menyiapkan makan tengah hari buat mereka sekeluarga.
“Along! I miss you!” jerit Nadhirah riang apabila Aizat membuka pintu kereta. Aizat terus memeluk Nadhirah. Encik Shukri hanya tersenyum memerhatikan telatah mereka dua beradik.
“Mana oleh-oleh untuk Nana? Nak tengok.” Nada suaranya penuh keterujaan.

“Mana ada along beli oleh-oleh. Membazir aje.” Muncung mulut Nadhirah mendengar kata-kata Aizat.

“Mana Sara? Ish, along balik ni pun tak nak sambut ke?” rungut Aizat.

“Amboi, mulut. Kalau bab mengutuk, serah aje kat dia. Sara ni penat-penat masak untuk dia. Bukan nak berterima kasih, lagi dikutuknya kita adalah.” Sampuk Maisara yang baru muncul. Aizat hanya tersengih.

Aizat menhulurkan sebuah beg sandang kepada Maisara. Gadis itu tanpa soal membawa beg masuk ke dalam rumah diikuti oleh Nadhirah yang masih merajuk juga Aizat. Encik Shukri sudah berada di ruang tamu bersama beg pakaian Aizat. Puan Hajar lantas memeluk satu-satunya anak lelakinya erat.
“Dah-dah. Nanti-nantilah awak lepaskan rindu pada anak kesayangan awak tu. Sekarang kita makan dulu. Perut saya ni dah berdondang sayang pun.” Mereka ketawa mendengar gurauan itu.
Selesai makan, Aizat mengajak mereka semua kembali ke ruang tamu. Beg sandangnya dicapai lalu dibuka. Terserlahlah beberapa kotak hadiah yang berbalut cantik. Nadhirah tersenyum lebar tatkala Aizat menghulurkan sebuah kotak bersaiz sederhana kepadanya. Maisara mencium pipi abangnya manja tanda terima kasih kerana membelikannya beg yang telah lama dia inginkan.
Selesai acara menyampaikan sourvenir, Aizat meminta diri untuk naik ke bilik. Dia ingin berehat selepas penat menaiki pesawat beberapa jam. Maisara pula segera bersiap untuk pulang ke kolejnya dengan dihantar oleh Encik Shukri.
Aizat sedang berbaring di atas katil apabila secara tiba-tiba, telefon bimbitnya berbunyi nyaring. Dengan malas, Aizat mencapai telefon. Tertera nama Amirul di skrin. “Bro, what’s up? Aku penat ni.”
“Weh, aku nak ajak kau lunch esok. Bonding ngan ‘bakal’ aku. Nak tak?” riang suara di sebelah sana. Aizat berfikir seketika. “Zat, zat? Kau dah tidur ke hapa?”
“Aku tak tidurlah mangkuk! Tengah fikir ni. Jumpa bakal kakak ipar aku kan? Bolehlah.” Ringkas Aizat berkata. Dia benar-benar penat sekarang.
“Copy that. Esok aku ambil kau kat rumah parents kau ke?”
“Tak payah. Pagi esok aku balik sana.” Selepas bertukar salam, Aizat terus mematikan telefonnya. Dia ingin berehat tanpa gangguan.
Aizat terasa seolah-olah dia baru sahaja lena apabila dia terdengar ketukan bertalu-talu. Dengan perasaan malas, dia bangun lalu menuju ke pintu. Kelihatan wajah Puan Hajar disebalik pintu. “Along, baru bangun ke? Subuh dah nak habis ni. Nanti turun breakfast okey. Mak ada masak nasi lemak pagi ni.” Lembut Puan Hajar bersuara. Rambut Aizat diusap perlahan. Aizat menguap.

“Nasi lemak? Bestnya. Sekarang ni pukul berapa mak?” “Pukul 6.45. Kenapa?” tersentak Aizat mendengar jawapan itu. ‘Dah hampir pukul 7? Ya Allah, lenanya aku tidur.’ Cepat-cepat dia berlari ke bilik air untuk mngambil wuduk.
“Along nak balik rumah sewa terus ke lepas ni?” soal Nadhirah ketika mereka di meja makan. Wajah berselera abangnya direnung.
“Ye. Lagipun tengah hari ni abang Mirul ajak along pergi makan dengan tunang dia. Kan tak lama lagi dah majlis dia.”
“Mirul dah nak kahwin. Along bila lagi?” terus Aizat tersedak mendengar pertanyaan Encik Shukri. Nadhirah ketawa melihat reaksi Aizat. Puan Hajar menghulurkan air sambil menggosok-gosok belakang anaknya.

“Apa ni ayah? Tak lawak langsunglah.” Aizat mencebik. “Memanglah tak lawak. Ayah bukan buat lawak pun. Ayah tanya serius ni. Along pun dah nak masuk 26 tahun.”
“Ayah, come on. Along ni lelaki bukan perempuan nak risau belum kahwin time-time umur camni. Tak payah fikir kot-kot nanti jadi andalusia pun.” Aizat bersuara bosan. Sejak putus dengan Rania, dia malas nak fikir soal kahwin lagi.
“Along, ayah cuma tanya aje. Tak payahlah buat muka camtu. Nanti rezeki lari.” Pujuk Puan Hajar lembut. Nadhirah hanya diam menyuap makanan. Alongnya itu asyik sentap aje sejak-sejak putus dengan Rania.