0

Be My Soulmate? – Love 25

Hazwan tersenyum sendiri. Sepupunya telah bergelar suami kepada Syaira sejak tiga hari lepas. Sebaik sahaja selesai majlis di sebelah pengantin perempuan, Hazwan bergegas pulang ke kampung mereka yang terletak di Perak. Amirul pula pulang sehari kemudian untuk bersedia bagi majlis pihak lelaki. Baju hijau pucuk pisang yang yang menjadi tema tergantung di dalam almari dipandangnya sekali lagi.

Akhirnya dia terpaksa menjadi pengapit Amirul lantaran keengganan Aizat untuk berada di atas pelamin.‘Aku nak ada atas pelamin bila aku jadi pengantin aje.’ Itu yang dikata oleh Aizat sebagai alasan.

“Hoi, berangan!” satu tepukan mengenai bahu Hazwan. Hazwan berpaling ke belakang. Terlihat olehnya wajah Amirul tersengih nakal.

“Takdelah. Aku just teringatkan Aizat. Mati-mati dia tak nak jadi pengapit lepas tau Syuq yang jadi pengapit Ira. Macam budak-budak.”

“Bro, Aizat ada reason buat camtu.”

“What reason?”

“Ingat tak dulu dia pernah pergi blind date tu? Yang mak dia suruh.”

Hazwan termenung seketika. Dia cuba menggali fikirannya. “Hah! Yang dia jumpa Syauqina tu?” Amirul mengganguk. Hazwan sudah terlopong.

“Syuq is Syauqina. Syauqina Ahmad Rahimi yang Aizat Shukri tolak untuk dijadikan isteri a few months ago.” Hazwan melihat Amirul dengan pandangan tidak percaya. Amirul mengangguk.

Ketawa Hazwan pecah. Dia tergolek-golek di atas lantai. Mujur sahaja dia berada di dalam bilik tidurnya, kalau tidak maunya semua orang memandangnya pelik. Patutlah Syauqina hanya diam ketika Aizat melepak disebelahnya.

“Wait-wait. Aizat tu kutuk gila-gila si Syuq tu dulu kan? Aku tengok budak tu okey je.”

“Memanglah okey. Kau nak tak? Kalau kau nak, sure kau tak kan nyesal.”

“Kenapa?”

“Kau kan suka makan. Kau nak cari wife yang pandai masak kan? Syuq tu pandai masak. Dia belajar dengan abang dia yang jadi chef tu.”puji Amirul.

“Dah tu kenapa tak kau aje yang kahwin dengan Syuq tu? Ni pilih Ira yang tak pandai buat kerja rumah.” Amirul mengambil sebiji bantal dari katil lalu mencampakkan bantal kecil itu kepada Hazwan yang masih ketawa.

“Amboi, pengantin. Happynya.”teguran di muka pintu menghentikan mereka. “Aizat!!” jerit mereka serentak. Aizat menekup telinga dengan kedua belah tangan. Boleh jadi pekak kalau asyik dengar suara jeritan kawan-kawannya itu. Amirul dan Hazwan bergegas bangun lalu berlari ke arah Aizat. Mereka memeluk Aizat seolah-olah sudah lama tidak berjumpa.

“Hoi, apa hal ni? Gelilah main peluk-peluk ni.” Aizat membuat aksi geli-geliman. Hazwan tersengih. “ Ala, ni last time peluk kau. Lepas ni aku peluk wife aku je.”

“Gatal ye. Kot ye pun, janganlah buat muka miang tu kat depan aku. Naik loya aku.”

“Kata aje kau jealous. Tulah, dulu mak kau nak kahwinkan kau dengan Syuq tu, kau jual mahal. La ni, kau melopong jelah.” Bulat mata Aizat memandang Amirul yang enak ketawa. Mujur Amirul kena naik pelamin esok, kalau tak memang dah lebam biji mata tu.

“Dah-dahlah tu, Mirul. Biarlah dia. Kalau ada jodoh takkan ke mana pun.” Tegur Hazwan. Dia simpati pada Aizat yang baru sahaja tiba di kampung mereka. Aizat membuat thumbs up kepada Hazwan.

Amirul baru sahaja ingin kembali menggiat Aizat tatkala ibunya memanggil. Aizat menarik nafas lega selepas Amirul keluar dari bilik. Dia memfokuskan pandangan pada baju melayu yang elok tergantung di dalam almari.

“Kalau kau nak pakai baju tu pun takpe. Aku tak kisah. Nanti aku suruh adik aku kecilkan sikit.” Aizat tersenyum mendengar kata-kata itu.

“Takpelah bro. Aku tak naklah overshadow pengantin lak. Maklumlah, aku ni kan macho.” Terburai gelak Hazwan. Gila perasan budak Aizat ni.

“Zat, pandai kau ey?”

“Laa..kau baru tahu ke?”

“Kau nak elak dari Syuq ke apa ni?” berubah riak Aizat. Wajahnya masam.

“Kau nak kenakan aku kan? Tak kesian ke kat kawan kau yang putus cinta ni?”

“Tak. Kalau kau pilih Syuq awal-awal, takdelah kau jadi camni.”

“Wey, benda dah jadi kot. Aku ni takde kuasa nak predict masa depan. Tolonglah, kau kan kawan aku. Sudah-sudahlah kutuk aku.” Seru Aizat sayu.

Hazwan menarik muka masam. Baru sahaja dia ingin mengusik kawan baiknya itu tapi bila Aizat dah buat suara sedih ala-ala cerekarama tu terpaksalah dia mengalah. Aizat menguntum senyuman kemenangan.

Aizat membelek telefon bimbitnya sambil diperhatikan oleh Hazwan. Sesekali keningnya berkerut. “Aizat, kau ni kenapa?”

“Hah? Apa?” soal Aizat terpinga-pinga.

“Aku tanya kau tu kenapa? Dari tadi duk main phone. Macam tunggu call dari somebody je. Dah macam budak sekolah baru belajar bercinta pun ada.” Sembur Hazwan selamba.

Wajah Aizat berubah sedikit kemerahan.“Obvious sangat ke?” soalnya perlahan. Lebih kepada soal diri sendiri sebenarnya namun masih dapat ditangkap oleh Hazwan.

“Serius?! Oh my google! Dengan siapa? Sampainya hati kau bercinta senyap-senyap..” mulut Hazwan segera ditekup Aizat sebelum Hazwan sempat menghabiskan ayat.

Suara Hazwan yang kuat seakan bergema di seluruh ruang bilik itu seolah mengundang orang luar untuk mencuri dengar perbualan mereka. Itu yang ingin Aizat hindari.

“Wan, kau ni memang kaki cerekarama ke apa? Semua benda kau nak kecoh-kecoh. Kau nak satu kampung tau ke fasal ni?” marah Aizat dengan nada perlahan. Dia berpaling ke kiri kanan bagi memastikan tiada sesiapa berhampiran mereka.

Hazwan yang baru sahaja berjaya memboloskan diri dari gengaman Aizat menarik nafas panjang. “Hoi! Lemas aku tau tak? Dahlah tangan bau ikan masin. Eiuuu.” Hazwan buat gaya geli-geliman.

“Hah. Sekarang cuba kau story kat aku sikit dengan minah mana kau sangkut ni? Karang dibuatnya kau sangkut dengan orang macam Rania tu risau jugak aku.” Ujar Hazwan garang.

“Malaslah aku nak story kat kau. Nanti kau bantai gelak je.” Aizat merebahkan diri di atas katil. Spontan terlayar di mindanya akan bayangan Syauqina yang dengan lena tertidur di atas sofa salunnya.

“Wow! Ada story apa? Aku pun nak tau jugak.” Tiba-tiba sahaja Amirul muncul. Aizat mengeluh. ‘Aku baru je nak feeling sorang-sorang, mangkuk hayun ni pulak dah datang balik.’

“Ni ha. Best friend kau ni dah ada awek baru tapi nak main biarlah rahsia ngan kita lak.” Lapor Hazwan sebelum Aizat membuka mulut.

“What?! Betul ke ni? Oh my English! Kau fall in love ngan siapa ni? Ya Allah, syukur!” Aizat dan Hazwan berpandangan melihat reaksi Amirul yang agak terlebih itu. Reaksi lelaki yang telah bergelar suami itu seolah-olah Aizat tidak pernah jatuh cinta sebelum ini.

“Kau dengarlah cakap cousin kau tu. Drama king. Semua benda pun dia nak kecoh. Padahal apalah sangat. Takde apa pun.” Ujar Aizat selamba. Riak gembira Amirul meluntur mendengar kata-kata Aizat.

“Ceh, buat penat aje aku excited. Huh!” terus Amirul berlalu keluar dari bilik. Hazwan hanya menjongket bahu. Dia tahu Aizat cuba menyembunyikan sesuatu dari mereka tetapi jika Aizat memilih untuk mendiamkan diri, dia tetap akan menerima pendirian lelaki di depannya ini.

1

Be My Soulmate? – Love 24

Lily tersenyum gembira. Akhirnya dia bergelar tunangan kepada lelaki yang amat dicintainya, Afham. Masih terbayang di mindanya akan hangatnya kucupan ibu Afham di dahinya pagi tadi. Wajah Puan Intan yang sedikit pucat mengukir senyuman mesra. Puan Intan ditemani oleh beberapa orang saudara sahaja.

Afham memberitahu Lily bahawa adiknya tidak dapat hadir sama kerana kurang sihat. Walaupun agak terkilan kerana sudah lama Lily ingin berkenalan dengan gadis yang berstatus adik tunangnya, dia faham akan keadaan keluarga Afham sekarang.

Telefon bimbit yang terletak di atas meja bergetar perlahan. Laju sahaja dia mencapai telefon. Mesej yang diterima segera dibaca.

+ thniah! Ble mjlis? 😉

Mesej ringkas dari Afham itu mengundang tawanya. Baru dia ingin membalas, telefonnya mula bordering minta diangkat. Afham. ‘Mengada betul dia ni.’

________________________________________________________________________________________________

Syauqina memandang Afham yang asyik berbual. Sesekali bunyi tawa pecah dari bibir abangnya itu. Syauqina mengucap syukur di dalam hati. Afham Berjaya juga memiliki Lily walaupun pada awalnya agak sukar untuk lelaki itu menyakinkan Encik Rahimi yang Lily adalah pilihan yang terbaik untuknya.

Syauqina kembali menatap laptop. Dia sedang menyiapkan akaun untuk salunnya. Sudah hampir seminggu dia tidak bekerja. Dia perlu siapkan akaun ini secepat mungkin. Kesudian Afham untuk menemaninya hari ini amat dihargai. Dia masih belum kuat untuk bersendirian tatkala ini.

Kadang-kala dia terbayangkan Anis. Ketawa kakaknya sering terdengar di mindanya. Betapa dia merindui Anis namun tak dapat diluahkan. Syauqina terbatuk. Dia mencapai gula-gula dequadin bagi melegakan tekaknya yang terasa perit. Dia kurang sihat selepas pulang dari picnic tempoh hari.

“Syuq tak makan ubat ke? Kan abang dah beli semalam.” Lembut suara Afham menyapa telinga. Syauqina mendongak.

“Dah makan pagi tadi. Ni pun kena lawan rasa mengantuk.”

“Tidurlah kejap. Biar abang tolong siapkan akaun ni. Sikit aje pun lagi kan?” tanpa menunggu jawapan dari Syauqina, Afham segera mengambil laptop itu lalu diletakkan di atas meja berdekatan.

Afham memberi isyarat agar Syauqina berehat. Syauqina terpaksa menurut lalu dia merebahkan badannya di atas sofa yang berada di penjuru bilik pejabat. Masa berlalu dengan pantas. Syauqina terjaga dek kerana bunyi ketukan pada pintu pejabat.

Syauqina bingkas bangun. Dia memandang sekeliling dan matanya terhenti pada seseorang. Aizat! Kenapa dia di sini?

“Morning, princess. Dah sedar?” Aizat tersenyum melihat Syauqina terpisat-pisat menggosok matanya.

“Kenapa awak ada kat sini? Mana Afham?” tegas dia bertanya. Geram melihat senyuman yang menghiasi bibir Aizat.

“Kenapa bising-bising ni, Syuq? Sampai kat pantry boleh dengar suara ‘merdu’ awak tu.” Afham tiba dengan menatang dulang yang berisi sejag jus oren dan dua biji gelas.

“Abang, kenapa pakcik tak cukup sifat ni ada kat sini?” rengek Syauqina manja. Mata Aizat bulat. ‘Pakcik tak cukup sifat budak ni panggil aku?’ Aizat bertambah geram apabila Afham ketawa.

Afham meletakkan dulang di atas meja. “Syuq, pergi basuh muka. Ada air liur basi tu.” Habis sahaja dia bercakap, terus dia dibaling dengan kasut yang dipakai Syauqina.

“Oit! Sakit kepala abang. Syuq ingat kasut tu lembut ke?” marah Afham. Syauqina hanya mencebik manakala Aizat sudah menelan liur. ‘Bapak garang minah ni. Matilah aku bila dah kahwin ngan dia. Eh? Aku melalut apa ni sampai nak kahwin bagai?’ Aizat mengetuk-ngetuk kepalanya perlahan. Afham perasan akan kelakuan Aizat memandangnya pelik.

“Kau ni kenapa? Ketuk kepala macam orang sewel.” Tegur Afham sebaik sahaja Syauqina berlalu. Aizat hanya tersengih. “By the way, what brings you here? Bukan dulu kau dah reject adik aku ke?”

“Aku saje aje nak tengok dia okey tak. Lepas apa yang jadi, aku rasa dia perlukan moral support.”

“She do need support, but definitely not from you. Kau ni bukannya bermoral sangat pun. Kau dah buat dia marah dulu, kes kenal-kenal tu.”

“Dia marah? Alamak!” Aizat mula cuak. Betul ke tindakan dia ni? “Maunya tak marah. Dia dahlah ikut arahan ibu aje, dengan separuh hati dia pergi jumpa kau, kononnya nak kenal je but then kau perli-perli dia. Housemate dia text aku malam tu kata Syuq naik angin.”

Afham menahan tawa melihat Aizat mula gelisah. ‘Tau pun takut.’ Afham sebelum ini sudah beberapa kali bertemu dengan Aizat. Hanya Syauqina yang tidak mengenali lelaki itu kerana Aizat jarang berada di rumah sewaktu Syauqina berkunjung.

Aizat memandang sekeliling ruang pejabat itu. Di satu sudut, terdapat beberapa keping gambar yang dilekatkan pada white board bersaiz kecil dengan menggunakan magnet. Aizat bangun untuk melihat gambar tersebut. Sebaik sahaja gambar-gambar itu terpapar di ruang matanya, Aizat tersenyum. Gambar keluarga. Terdapat lima orang yang tersenyum gembira di situ.

“Itu masa Syuq mula-mula masuk uni. We were happy back then. Yang lain tu gambar dia dengan kawan-kawan. That one dia dengan senior dia.” Jari Afham menunjuk kepada sekeping foto yang terdapat Syauqina dan seorang lelaki. Senyuman di bibir Aizat sirna.

“Boyfriend?”

“Ha? Naa..Syuq prefer to stay single. Saham tak jatuh katanya. That guy tu yang tolong dia masa dia accident dulu.” Ujar Afham selamba.

“Accident? Teruk ke?” Aizat bertanya cemas. Afham ketawa. “Takde apalah sangat pun.” Mereka terus berbual tanpa menyedari Syauqina telah kembali.

Gadis itu hanya memerhati tanpa mahu menganggu. Hati Syauqina terdetik bahawa ini yang dia mahukan jika dia memilih pasangan hidup. Seseorang yang mampu menerima keluarganya dan menjadi sahabat kepada Afham. Sayangnya pada Afham sangat mendalam walaupun Afham hanyalah abang susuannya.

Dia bersyukur kerana dengan adanya Afham, tidaklah mereka sekeluarga merasa terlalu sunyi apatah lagi dengan kehilangan Anis. Syauqina berdehem. Serentak itu, Afham dan Aizat berpaling ke belakang.

“Abang, kerja kita dah siap kan? Jomlah kita balik. Syuq rasa tak sihatlah.” Rayu Syauqina manja. Afham menggeleng. Tahu sangat trick adik menjanya itu. Mesti dia tak selesa dengan kehadiran Aizat.

“Okey tapi kita singgah kat café dulu. Abang nak ambil creampuff untuk ibu. Aizat, join us?” pelawaan Afham segera disambut Aizat walaupun dia perasan ‘tuan puteri’ itu sudah memasamkan wajahnya.

Mereka bergerak ke Café Ami dengan menaiki dua kereta selepas Syauqina siap mengeluarkan arahan untuk pekerja salunnya. Malahan Afham sempat menjenguk taska milik arwah ibu bapanya yang terletak disebelah salun Syauqina. Taska itu dijaga oleh Syauqina kerana gadis itu mempunyai kelayakan berbanding dirinya sendiri.

Sebaik sahaja tiba di Café Ami, Syauqina segera masuk tanpa memandang ke arah belakang kerana dia tahu Aizat berada di situ.  Langkah Aizat terhenti di depan pintu café.

“Bro, ni ke café kau?”

“Yep. Kenapa?” Afham memandang hairan Aizat yang telah terkaku di depan cafenya. ‘Kena sampuk ke apa budak ni?’ fikir Afham manakala Aizat masih terkedu di sisinya.

‘Ya Allah. Banyak betul aku salah sangka pada Syauqina. Café ni milik abang dia rupanya.’