Be My Soulmate? – Love 25

Hazwan tersenyum sendiri. Sepupunya telah bergelar suami kepada Syaira sejak tiga hari lepas. Sebaik sahaja selesai majlis di sebelah pengantin perempuan, Hazwan bergegas pulang ke kampung mereka yang terletak di Perak. Amirul pula pulang sehari kemudian untuk bersedia bagi majlis pihak lelaki. Baju hijau pucuk pisang yang yang menjadi tema tergantung di dalam almari dipandangnya sekali lagi.

Akhirnya dia terpaksa menjadi pengapit Amirul lantaran keengganan Aizat untuk berada di atas pelamin.‘Aku nak ada atas pelamin bila aku jadi pengantin aje.’ Itu yang dikata oleh Aizat sebagai alasan.

“Hoi, berangan!” satu tepukan mengenai bahu Hazwan. Hazwan berpaling ke belakang. Terlihat olehnya wajah Amirul tersengih nakal.

“Takdelah. Aku just teringatkan Aizat. Mati-mati dia tak nak jadi pengapit lepas tau Syuq yang jadi pengapit Ira. Macam budak-budak.”

“Bro, Aizat ada reason buat camtu.”

“What reason?”

“Ingat tak dulu dia pernah pergi blind date tu? Yang mak dia suruh.”

Hazwan termenung seketika. Dia cuba menggali fikirannya. “Hah! Yang dia jumpa Syauqina tu?” Amirul mengganguk. Hazwan sudah terlopong.

“Syuq is Syauqina. Syauqina Ahmad Rahimi yang Aizat Shukri tolak untuk dijadikan isteri a few months ago.” Hazwan melihat Amirul dengan pandangan tidak percaya. Amirul mengangguk.

Ketawa Hazwan pecah. Dia tergolek-golek di atas lantai. Mujur sahaja dia berada di dalam bilik tidurnya, kalau tidak maunya semua orang memandangnya pelik. Patutlah Syauqina hanya diam ketika Aizat melepak disebelahnya.

“Wait-wait. Aizat tu kutuk gila-gila si Syuq tu dulu kan? Aku tengok budak tu okey je.”

“Memanglah okey. Kau nak tak? Kalau kau nak, sure kau tak kan nyesal.”

“Kenapa?”

“Kau kan suka makan. Kau nak cari wife yang pandai masak kan? Syuq tu pandai masak. Dia belajar dengan abang dia yang jadi chef tu.”puji Amirul.

“Dah tu kenapa tak kau aje yang kahwin dengan Syuq tu? Ni pilih Ira yang tak pandai buat kerja rumah.” Amirul mengambil sebiji bantal dari katil lalu mencampakkan bantal kecil itu kepada Hazwan yang masih ketawa.

“Amboi, pengantin. Happynya.”teguran di muka pintu menghentikan mereka. “Aizat!!” jerit mereka serentak. Aizat menekup telinga dengan kedua belah tangan. Boleh jadi pekak kalau asyik dengar suara jeritan kawan-kawannya itu. Amirul dan Hazwan bergegas bangun lalu berlari ke arah Aizat. Mereka memeluk Aizat seolah-olah sudah lama tidak berjumpa.

“Hoi, apa hal ni? Gelilah main peluk-peluk ni.” Aizat membuat aksi geli-geliman. Hazwan tersengih. “ Ala, ni last time peluk kau. Lepas ni aku peluk wife aku je.”

“Gatal ye. Kot ye pun, janganlah buat muka miang tu kat depan aku. Naik loya aku.”

“Kata aje kau jealous. Tulah, dulu mak kau nak kahwinkan kau dengan Syuq tu, kau jual mahal. La ni, kau melopong jelah.” Bulat mata Aizat memandang Amirul yang enak ketawa. Mujur Amirul kena naik pelamin esok, kalau tak memang dah lebam biji mata tu.

“Dah-dahlah tu, Mirul. Biarlah dia. Kalau ada jodoh takkan ke mana pun.” Tegur Hazwan. Dia simpati pada Aizat yang baru sahaja tiba di kampung mereka. Aizat membuat thumbs up kepada Hazwan.

Amirul baru sahaja ingin kembali menggiat Aizat tatkala ibunya memanggil. Aizat menarik nafas lega selepas Amirul keluar dari bilik. Dia memfokuskan pandangan pada baju melayu yang elok tergantung di dalam almari.

“Kalau kau nak pakai baju tu pun takpe. Aku tak kisah. Nanti aku suruh adik aku kecilkan sikit.” Aizat tersenyum mendengar kata-kata itu.

“Takpelah bro. Aku tak naklah overshadow pengantin lak. Maklumlah, aku ni kan macho.” Terburai gelak Hazwan. Gila perasan budak Aizat ni.

“Zat, pandai kau ey?”

“Laa..kau baru tahu ke?”

“Kau nak elak dari Syuq ke apa ni?” berubah riak Aizat. Wajahnya masam.

“Kau nak kenakan aku kan? Tak kesian ke kat kawan kau yang putus cinta ni?”

“Tak. Kalau kau pilih Syuq awal-awal, takdelah kau jadi camni.”

“Wey, benda dah jadi kot. Aku ni takde kuasa nak predict masa depan. Tolonglah, kau kan kawan aku. Sudah-sudahlah kutuk aku.” Seru Aizat sayu.

Hazwan menarik muka masam. Baru sahaja dia ingin mengusik kawan baiknya itu tapi bila Aizat dah buat suara sedih ala-ala cerekarama tu terpaksalah dia mengalah. Aizat menguntum senyuman kemenangan.

Aizat membelek telefon bimbitnya sambil diperhatikan oleh Hazwan. Sesekali keningnya berkerut. “Aizat, kau ni kenapa?”

“Hah? Apa?” soal Aizat terpinga-pinga.

“Aku tanya kau tu kenapa? Dari tadi duk main phone. Macam tunggu call dari somebody je. Dah macam budak sekolah baru belajar bercinta pun ada.” Sembur Hazwan selamba.

Wajah Aizat berubah sedikit kemerahan.“Obvious sangat ke?” soalnya perlahan. Lebih kepada soal diri sendiri sebenarnya namun masih dapat ditangkap oleh Hazwan.

“Serius?! Oh my google! Dengan siapa? Sampainya hati kau bercinta senyap-senyap..” mulut Hazwan segera ditekup Aizat sebelum Hazwan sempat menghabiskan ayat.

Suara Hazwan yang kuat seakan bergema di seluruh ruang bilik itu seolah mengundang orang luar untuk mencuri dengar perbualan mereka. Itu yang ingin Aizat hindari.

“Wan, kau ni memang kaki cerekarama ke apa? Semua benda kau nak kecoh-kecoh. Kau nak satu kampung tau ke fasal ni?” marah Aizat dengan nada perlahan. Dia berpaling ke kiri kanan bagi memastikan tiada sesiapa berhampiran mereka.

Hazwan yang baru sahaja berjaya memboloskan diri dari gengaman Aizat menarik nafas panjang. “Hoi! Lemas aku tau tak? Dahlah tangan bau ikan masin. Eiuuu.” Hazwan buat gaya geli-geliman.

“Hah. Sekarang cuba kau story kat aku sikit dengan minah mana kau sangkut ni? Karang dibuatnya kau sangkut dengan orang macam Rania tu risau jugak aku.” Ujar Hazwan garang.

“Malaslah aku nak story kat kau. Nanti kau bantai gelak je.” Aizat merebahkan diri di atas katil. Spontan terlayar di mindanya akan bayangan Syauqina yang dengan lena tertidur di atas sofa salunnya.

“Wow! Ada story apa? Aku pun nak tau jugak.” Tiba-tiba sahaja Amirul muncul. Aizat mengeluh. ‘Aku baru je nak feeling sorang-sorang, mangkuk hayun ni pulak dah datang balik.’

“Ni ha. Best friend kau ni dah ada awek baru tapi nak main biarlah rahsia ngan kita lak.” Lapor Hazwan sebelum Aizat membuka mulut.

“What?! Betul ke ni? Oh my English! Kau fall in love ngan siapa ni? Ya Allah, syukur!” Aizat dan Hazwan berpandangan melihat reaksi Amirul yang agak terlebih itu. Reaksi lelaki yang telah bergelar suami itu seolah-olah Aizat tidak pernah jatuh cinta sebelum ini.

“Kau dengarlah cakap cousin kau tu. Drama king. Semua benda pun dia nak kecoh. Padahal apalah sangat. Takde apa pun.” Ujar Aizat selamba. Riak gembira Amirul meluntur mendengar kata-kata Aizat.

“Ceh, buat penat aje aku excited. Huh!” terus Amirul berlalu keluar dari bilik. Hazwan hanya menjongket bahu. Dia tahu Aizat cuba menyembunyikan sesuatu dari mereka tetapi jika Aizat memilih untuk mendiamkan diri, dia tetap akan menerima pendirian lelaki di depannya ini.

Advertisements

feel free to give your view

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s