Be My Soulmate? – Love 27

Bunyi jeritan mengejutkan Adrien. Spontan dia bangun dari katil lalu berlari ke ruang tamu. Dia memandang ke arah Mika yang sedang asyik menonton movie di hadapan laptopnya.

“Mika, ada bunyi orang menjerit ke tadi? Ke aku mimpi?” soal Adrien. Mika terkejut dengan soalan itu mendongak.

“Eh? Bila kau bangun? Tadi memang ada orang jerit pun.” Selamba Mika berkata. Matanya kembali menatap laptop.

“Rien? Sorry. Did i wake you up?” satu suara menyapa Adrien dari arah dapur. Jeremy tersenyum memandang Adrien.

“So it’s you? Oh my God, you guys are so loud and it’s already midnight. Show some respect, would you? By the way, what are you guys doing?” Adrien duduk di atas sofa hitam yang masih kosong bertentangan dengan Mika.

Mika dan Jeremy berpandangan sebelum ketawa. “Twilight marathon.” Ringkas jawapan Jeremy sebelum dia kembali menatap laptop Mika.

Kening Adrien bertaut, hairan. “Kenapa tengok through lappy? Tv kan ada.”

“It’s more romantic this way. Oh my God, awesome! Jacob!” jerit Jeremy penuh semangat. Teruja dia melihat badan Jacob yang sasa. Mika turut menyertai keterujaan Jeremy.

Adrien menggeleng. Dia menguap perlahan lalu bangun. Dia ingin kembali tidur dan menyambung mimpi indahnya sebentar tadi. Walaupun esok hari minggu, dia tetap tidur awal kerana dia sudah berjanji dengan Sienna dan Adaliz untuk pulang ke rumah esok.

Cahaya matahari bersinar terang, menampakkan sedikit cahayanya melalui celah langsir bilik. Adrien terjaga lalu mengeliat. Kedengaran suara di sebelah mengejutkan Adrien. Pantas selimut ditarik bagi melihat siapa gerangan yang tidur disebelah. Jeremy!

“Hoi, mangkuk! Kau ni kenapa tidur dalam bilik aku?” sergah Adrien kuat. Dia menyepak badan Jeremy sehingga lelaki itu terjatuh dari katil.

“Em? Apa bising-bising ni?” Jeremy terpinga-pinga. Dia meraba-raba katil dan bangun. “Kenapa ni, Rien?”

“Kau yang menyemak tidur kat bilik aku, boleh pulak kau tanya kenapa?” suara Adrien mula meninggi. Jeremy terkejut mendengar suara Adrien.

“Bro, sorry. Aku bukan sengaja nak tidur kat sini. Just, aku ngan Mika gaduh sikit last night.”

“Gaduh apanya? Aku tengok okey je.”

“Dia..nak cancel plan hari ni. So, kitaorang macam gaduh sikitlah. Maaf eh?” ucap Jeremy lembut.

Dia tahu Adrien marah. Sejak mula lagi Adrien telah memberi amaran kepada dia dan Mika agar tidak sesuka hati masuk ke dalam biliknya. Tambahan pula dia dan Mika adalah pasangan kekasih. Gay. Itu yang membuatkan Adrien menetapkan peraturan di dalam rumah.

“Next time jangan buat aku terkejut lagi. Kalau ya pun nak tidur sini, bagilah warning dulu. Ini main terjah aje. Takut aku tau tak?” keluh Adrien. Jeremy hanya tersengih.

“Dah. Sambunglah tidur tu. Alang-alang kau tak jadi nak outing, tolong bersihkan sikit rumah ni. Jangan kau cari pasal nak sepahkan dapur pulak. Aku nak keluar hari ni.” Adrien bangun menuju ke arah penyidai untuk mengambil tuala. Jeremy kembali memejamkan matanya sambil memeluk erat bantal kepunyaan Adrien.

Sebaik sahaja Adrien melangkah ke ruang tamu, dia terserempak dengan Mika yang baru keluar dari bilik. Lelaki itu siap berpakaian kemas.

“Mika, kau nak pergi mana awal-awal ni? Bukan kau nak pergi outing dengan Jamy ke hari ni?” soal Adrien ingin tahu. Jamy adalah nama panggilan untuk Jeremy.

“Memanglah aku sepatutnya keluar ngan Jamy but then last night aku dapat call. Em..ada hal sikit. Personal. By the way, sorry ye, Jamy tidur dalam bilik kau. Mesti kau tak suka.” Mika bersuara muram. Adrien jatuh simpati melihat wajah muram temannya.

“Naa..takpelah. Next time bagilah warning dulu. Takdelah aku rasa macam kena cabul.” Gurau Adrien. Mika hanya tersenyum. Mereka berdua berjalan beriringan menuju ke pintu.

“Bro, aku balik lambat sikit tau. Aku lepak ngan adik-adik aku.” beritahu Adrien perlahan. Mika hanya mengangguk.

Adrien bergegas turun ke parking lot yang terletak di basement. Dia tidak mahu terlewat untuk bertemu dengan adik-adiknya. Sudah agak lama mereka tidak meluangkan masa bersama.

Sienna dan Adaliz sudah menunggu Adrien di muka pintu sebaik sahaja lelaki itu sampai. Adaliz memeluk abangnya erat. Adrien membalas pelukan Adaliz lalu mencium dahi gadis manja itu. Sienna tersenyum girang melihat abangnya kelihatan sihat-sihat sahaja.

“Rien, masuk dalam cepat. Ma tengah siapkan lunch.” Kedengaran suara Puan Linda dari dapur.

“Awalnya ma siapkan lunch. Baru pukul berapa ni.” Tegur Adrien sebaik sahaja dia melangkah masuk ke dapur. Bau masakan daging merah memenuhi rongga hidungnya. Adrien menelan liur. Puan Linda hanya tersenyum melihat reaksi Adrien.

“Terliur ke Rien?” perli Sienna selamba. Adaliz ketawa melihat Adrien tersipu-sipu malu.

“Pa mana ma?” soal Adrien cuba mengalih topik. Sudah beberapa minit dia tiba namun kelibat Encik Armand masih belum kelihatan. Sudah agak lama dia tidak bertemu papanya itu.

“Papa mandi. Baru balik dari syif malam.” Jelas Puan Linda. Adrien mengangguk faham. Dia mengambil mug dari kabinet lalu menghulurkan mug itu kepada Puan Linda. Tanpa bicara, wanita itu membancuh milo kesukaan Adrien.

“Ma ni suka sangat manjakan Rien. Patutlah sambil tua bangka macam ni pun tak reti buat air sendiri lagi.” Kutuk Sienna. Dia menjeling Adrien yang berwajah selamba menarik kerusi di meja makan.

Ketika Adrien ingin membalas kata-kata Sienna, dia melihat adiknya itu bergegas keluar dari dapur menuju ke ruang tamu. Tangannya pula memegang erat telefon bimbit.

“Ma, Sien ada boyfriend ye?” perlahan Adrien bertanya. Bimbang Sienna kembali ke dapur dan mendengar pertanyaannya. Puan Linda berfikir seketika sebelum menggeleng.

“Sienna tak cakap apa pun pasal boyfriend. Kan dia baru aje break up.”

“Ma, budak tu break up dengan boy tu kan dah lama. Dekat dua bulan dah pun. Tak kan dia takde boy baru lagi?”

“Bukan semua orang boleh jatuh cinta dan dapat pengganti sepantas kilat, Rien. To me, heartbreak is hard to get over with.” Sampuk Sienna yang mendengar pertanyaan abangnya.

Adrien tersentak. “Are you mocking me, sis?”

“I cakap pasal diri sendiri tapi kalau you terasa apa I mampu buat. I tak sebut nama you pun.” Ujar Sienna.

Puan Linda segera menegah Adrien daripada membalas kata-kata Sienna. Dia berpaling ke arah Sienna dan melemparkan pandangan penuh amaran.

“Sien, tadi tu Kak Syuq ke yang call? Dia ada kat mana?” laju Adaliz mengajukan soalan. Sienna cepat-cepat memberi isyarat agar Adaliz diam namun agak terlambat kerana Adrien sempat menangkap perbuatannya.

Sienna mengangkat sebelah kening kepada Adrien sebelum mengukir senyuman nakal. Adrien hanya membisu. Encik Armand yang melangkah masuk ke dapur kehairanan.

“Kenapa semua diam ni? Pa ingatkan tak ada orang tadi.” Adrien tersenyum melihat papanya. Wajah segar lelaki separuh abad itu ditenung dalam.

“Hah, Rien. Lama betul tak jenguk kami. Sibuk sangat ke?” Encik Armand menepuk perlahan bahu anak lelakinya.

“Anak pa tu memang selalu sibuk. Sibuk cari girlfriend.” Sampuk Adaliz kemudiannya. Puan Linda menjengkilkan mata lantas mencubit perut Adaliz. “Kenapa cakap macam tu dengan pa?” tegur Puan Linda. Adaliz memasamkan wajahnya, merajuk.

“Dah memang tu kenyataannya, ma. Abang kita ni sibuk cari bakal wifey agaknya sampai tak ingat family.” Sienna turut sama menghangatkan perdebatan mereka sekeluarga.

“Really? That’s great, Rien. Dah jumpa calonnya?” Encik Armand bertanya, jelas dia teruja dengan berita itu.

“Huh..kalaulah dia kembali pada Rien, pa. Sometimes, I wish I could turn back time.” Keluh Adrien. Mengenangkan ‘calonnya’ yang kembali menjauhkan diri, membuatkan Adrien berjauh hati.

“Rien sayang, kalau dah ada jodoh takkan kemana.” Pujuk Puan Linda. Encik Armand mula menukar topik perbualan mereka. Tengah hari itu gamat rumah mereka dengan gelak tawa dan usikan mesra.

3 thoughts on “Be My Soulmate? – Love 27

  1. Pingback: Be My Soulmate? – Love 27 « adalizislah

Leave a reply to harif Cancel reply