Be My Soulmate? – Love 28

Aizat merenung Arina yang sedang mengelap pinggan. Suasana di dapur sunyi tanpa suara. Syauqina masih di dalam bilik, enggan keluar sebaik sahaja dia menyedari kehadiran Aizat di situ. Afham mengeluh.

“Rin, panggil Syuq makan. Beritahu dia kalau dia tak keluar jugak dalam masa tiga minit, abang suruh Aizat masuk.” Tegas suara Afham. Kening Aizat bertaut. ‘Boleh tahan jugak Afham ni ugut adik dia.’

Arina mengangkat tabik hormat. Dia masih geli hati dengan reaksi Syauqina terhadap Aizat. Pada pemerhatiannya, Aizat bukan seburuk yang disangka. Mungkin sifatnya yang agak suka mengusik gadis manja itu menyebabkan Syauqina tidak senang duduk. Malu mungkin.

Ketukan pada muka pintu membuatkan Syauqina kembali marah. “Go away, Afham! You stupid traitor!” jeritan Syauqina jelas kedengaran hingga ke dapur. Aizat ketawa mendengarnya.

“Syuq, ni akulah. Afham suruh aku pesan, kalau kau tak keluar dalam masa tiga minit, dia akan suruh si Aizat tu masuk dalam bilik kau. Jangan lupa, semua kunci bilik ada pada abang kau tu.” Sayup-sayup kedengaran suara Arina.

“Baik kau keluar cepat, Syuq. Kalau jadi apa-apa, aku tak nak tolong. Bye.”

“Rin!” Arina berpura-pura tidak mendengar panggilan Syauqina, terus dia berlalu ke dapur untuk menyiapkan makan malam. Makan malam yang simple, nasi goreng cina.

Tiga minit berlalu tanpa banyak perubahan. Afham mengerling ke arah Aizat, memeberi isyarat agar lelaki itu menjalankan tugasnya. Aizat mengeluh perlahan. ‘Makin bencilah Syuq kat aku nanti.’ Perlahan-lahan dia melangkah ke bilik.

“Syuq, please. I know you hate me but please come out. Kesianlah abang you tu. Dia penat, Syuq.” Pujuk Aizat perlahan. Syauqina hanya diam di sebelah sana. Aizat kembali mengetuk pintu bilik dengan harapan Syauqina akan bosan dan membuka pintu. Jangkaannya tepat kerana kurang beberapa saat kemudian, pintu bilik terbuka secara tiba-tiba. Hampir-hampir dia mengetuk kepala gadis itu.

Tanpa sebarang kata, Syauqina berjalan selamba melintasi Aizat. Sengaja dia buat-buat tak nampak Aizat yang setia mengiringi langkahnya. “Menyemak aje pak cik ni.” bisik Syauqina geram. Aizat berpura-pura tidak mendengar.

Syauqina mengambil tempat bersebelahan dengan Afham di meja makan yang memuatkan empat orang. Afham cepat-cepat bangun lalu menarik kerusi berhadapan dengannya untuk Arina. Dia mengambil tempat bersebelahan Arina, meninggalkan ruang kosong di sebelah Syauqina untuk Aizat.

Aizat yang menyedari rancangan Afham membulatkan mata, tidak bersetuju dengan Afham. Dia tak mahu Syauqina menuduhnya mengambil kesempatan pula.

Syauqina yang baru menghidu rancangan tersebut hanya diam. Malas dia hendak bertekak semata-mata kerana hal itu. Jadi lebih baik dia diam dan habiskan makanan. Arina menyepak perlahan kaki Afham, memberi isyarat agar Afham berkata sesuatu.

“So, Rin dah beli present for Ira? Abang takde idea langsung nak beri apa kat dia.” Soal Afham tiba-tiba. Syauqina mencebik mendengarkan pertanyaan Afham. Lelaki itu sentiasa ‘tak tahu nak pilih present’ but in the end of the day, present dia boleh tahan gempak jugak.

Macam peristiwa tahun lepas, semasa birthday Syauqina. Beria aje Syauqina sedih mengenangkan Afham berkata ‘abang tak tahu nak pilih present apa untuk Syuq.’ Namun sebaik sahaja kotak kecil itu dibuka, bunyi jeritan kegembiraan Syauqina bergema di seluruh pelosok rumah. Tiket penerbangan ke Bandung, Indonesia bersama sekeping cek! Jumlah sebenar cek itu Syauqina rahsiakan tetapi melihatkan barang yang diangkut balik oleh gadis itu membuatkan Arina dan Syaira meneka-neka berapa jumlah duit yang Afham laburkan untuk adiknya itu.

Arina tersengih. “Yelah tu abang takde idea nak beri apa. Tengok-tengok present abang paling gempak. Entah-entah abang sponsor dia punya honeymoon tak?” teka Arina spontan.

Aizat yang mendengar terbatuk-batuk. ‘Banyak sangat ke duit si Afham ni sampai boleh je nak sponsor honeymoon orang?’ Persoalan itu bermain diminda Aizat. Syauqina pantas menghulurkan air kepada ‘teman’ disebelah. Arina ketawa perlahan.

“Kenapa, Aizat? Tiba-tiba aje batuk? Ada orang mengumpat ke? Rasanya orang kat sebelah tu diam je dari tadi kan?” tegur Afham selamba. Sempat juga dia memerli Syauqina. Gadis itu menjeling Afham tajam.

“Abang ni kalau nak perli, sikit-sikit dahlah. Karang ada yang makan kulit durian pulak.” Aizat menjeling ke luar tingkap. Kelihatan buah durian bergantungan pada dahan pokok.

Ugutan Syauqina mematikan kata-kata Afham. Risau juga dia. Syauqina bukannya boleh dipercayai sangat. Dibuatnya dia sumbat kulit durian tu dalam mulut, siapa jugak yang rugi? Dia juga. Nanti tak pasal-pasal rosak aset dia yang satu itu.

Selesai makan, Syauqina terus berlalu menuju ke ruang tamu. Dia memberi isyarat agar Aizat mengikutinya. Aizat mula tertanya-tanya. ‘Budak ni nak ‘belasah’ aku ke?’

“I think we need get clear on something.” Nada suara Syauqina berubah tegas.

“On what matter?”

“You know what matter is it about, Aizat. Kenapa awak hantar text macam tu tadi? Awak tak terfikir ke kalau abang saya baca, apa yang akan dia fikir?” laju Syauqina ‘menembak’ Aizat.

“Well, rasanya tak ada apa pun yang salah about that text. Saya just clarify apa yang saya akan lakukan lepas ni.” Jawapan Aizat membuatkan Syauqina terasa ingin terjun dari bangunan. Selamba badak aje dia jawab.

“You’ve rejected me, remember? Kenapa tiba-tiba?”

“Sebab..saya baru sedar awak ni menarik. Maksud saya, awak ni menarik as in fun. Awak ada masa sangat-sangat comel, nakal, manja and so on. Awak buat saya terbayang gelak awak sebelum tidur, teringin nak dengar suara awak bila bangun. Seriously, I never felt this way. Even with my ex. I believe you’ve heard of her?” Aizat memandang Syauqina yang hanya diam.

Syauqina kaku. ‘What’s this? Lidah aku kelu? Ohmaii..bukan dia cakap benda romantik sangat pun. Wake up Syuq! Boys are stupid but men are not to be trusted.’

“Syuq? Syauqina?” tegur Aizat berkali-kali setelah melihat Syauqina hanya terkaku di situ. Syauqina tersentak.

“Sorry. We’ll talk about this next time, okey? I’m tired. G’nite.” Syauqina terus berlalu tanpa menanti jawapan Aizat.

Kini giliran Aizat terkaku di situ. ‘Kenapa Syauqina berubah tiba-tiba? Bukankah dia yang beria-ria mahukan penjelasan?’

Arina dan Afham yang sedang asyik mengintip memandang antara satu sama lain. Pelik melihat keadaan itu. Tiba-tiba sahaja Syauqina pergi meninggalkan Aizat sendirian di ruang tamu.

Advertisements

3 thoughts on “Be My Soulmate? – Love 28

feel free to give your view

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s