4

Be My Soulmate? – Love 30

Adrien memandang ke luar tingkap. Hujan lebat yang membasahi alam menarik perhatiannya. Sudah lama dia tidak bermain di dalam hujan. Kali terakhir dia kehujanan juga merupakan kali terakhir dia bersemuka dengan Syauqina bertahun dahulu.

“Arghh..kenapa aku perlu ingat lagi benda yang dah lepas tu? Aku dengan dia dah okey sekarang. Itu yang penting. Aku nak kena fikirkan strategi kalau nak ikat dia.” perlahan Adrien bercakap dengan diri sendiri. Dia mencapai telefon bimbit di atas meja. Nama Syauqina discroll lalu butang call ditekan.

Terdengar olehnya deringan lagu namun panggilannya tidak dijawab. Setelah tiga kali mencuba, akhirnya panggilannya diangkat. “Sugar, kenapa lambat sangat pick up the phone? Penat I tunggu.” sapanya manja. Senyuman mula terukir diwajah.

“Sugar? Erm..Syauqina is not available for now. Would you mind to leave your message?” suara wanita ditalian kedengaran agak gementar. Adrien terkedu seketika.

“Oh..sorry. Just tell her to call Rien back. Thanks.” ucapnya sebelum memutuskan talian. Adrien mengeluh. ‘She’s not available? What she’s doing?’

Adrien mundar-mandir di biliknya seketika sebelum mengambil keputusan untuk keluar. Destinasinya sudah pasti ke salun Syauqina.

——————————————————————————————————————————————————– Afham keluar dari bilik mesyuarat dengan wajah tegang. Syauqina yang berjalan disebelahnya juga menunjukkan reaksi yang hampir sama. Suzy dan Arina mula gelisah melihatkan gaya bos-bos mereka. Afham mendekati kaunter penyambut tetamu yang terletak berdekatan pintu utama dengan perasaan marah. Dia mencapai pasu bunga yang terletak elok di atas kaunter sebelum membalingnya ke arah dinding.

Bunyi kaca berderai langsung tidak diendahkan oleh mereka. Encik Rahimi bergegas keluar dari bilik mesyuarat untuk melihat apa yang berlaku. Syauqina mendekati Afham lalu menarik lengan lelaki itu lembut. Kunci kereta yang disimpan di dalam laci kaunter diambil oleh Suzy. Dia melontar kunci itu tepat ke arah Syauqina. Gadis itu mengangguk sedikit tanda terima kasih.

“Budak-budak ni langsung tak boleh nak control perasaan! Asyik nak memberontak aje.” kata Encik Rahimi. Suaranya mula meninggi. “Suzy! Kemaskan kaca tu sekarang jugak. Arina! Pergi salun kejap. Uruskan apa yang patut kat sana.” arahnya tegas.

Sepantas kilat Suzy dan Arina meninggalkan ruang atas taska tersebut. Mereka seboleh-bolehnya tidak ingin masuk campur akan urusan ketua mereka. Selesai sahaja tugasnya, Suzy mengambil telefon bimbitnya sebelum menaip mesej. Dia menitipkan pesanan kepada Syauqina mengenai panggilan telefon yang diterima sebentar tadi. Suzy melihat jam ditangan. Dia harus pulang ke kafe secepat mungkin untuk menggantikan tempat Afham sebagai ketua.

—————————————————————————————————————————————————————-

“What the heck are you doing Afham? You don’t have to that for me!” jeritan Syauqina membingitkan telinganya. Afham masih membisu. Dia enggan mengulas lebih lanjut mengenai tindakannya sewaktu mesyuarat tadi.

“Hey..stupid brother! Are you listening?”

“I’m all ears, little angel. I wanna you to be happy. You’ve suffered enough. Those reasons aren’t enough?” perlahan Afham bersuara. Dia meregangkan badan sambil matanya setia menatap wajah Syauqina. Gadis itu terdiam.

“Antara Adrien dan Aizat, yang mana satu Syuq lagi suka? Or it is Muhaimin?” soal Afham perlahan. Sengaja dia menduga hati adiknya itu. Syauqina masih membisu seribu bahasa. Kata-kata Encik Rahimi masih tergiang-giang didalam fikirannya.

“Syuq, it’s time for to make a choice. Abang akan doakan yang terbaik untuk Syuq. Ayah bukan nak paksa Syuq, tapi betul kata dia. You need somebody to support you, since Anis dah tinggalkan kita semua. Abang tak layak untuk uruskan semua tu, maafkan abang.” sayu Afham bersuara.

“But why? Abang ada bakat. Plus abang nampak potensi kafe tu, sejauh mana kafe tu boleh berkembang. I only know how to operate my saloon, abang. Tentang taska tu, kita boleh aje handle sama-sama. Kenapa kita nak libatkan orang luar dalam hal ni? And marriage? It’s not relevant at all! Apa kaitan hal kahwin dengan keupayaan Syuq untuk handle semua ni?” Syauqina bersuara menahan tangis.

Penting ke perkahwinan untuk membuktikan dia mampu menggalas tanggungjawab sebagai seorang ketua? Ini dah dikira sebagai gender discrimination. Apabila rakan kongsi kafe mereka bersuara mengenai cara dia mengendalikan salun dan taska, dia masih mampu untuk mempertahankan dirinya. Namun apabila lelaki berusia awal 40an itu mencabar krebilitinya hanya kerana dia masih bujang, itu sudah melampau.

“Apa relevannya antara status Syuq dengan cara pengurusan dia?” soal Afham selamba kepada Encik Amar yang sedari tadi memerhatikan Syauqina.

“Relevannya, kita tak mampu untuk melihat sejauh mana komitmen dan tanggungjawab Syauqina. Afham, dengan kemahiran yang awak ada, awak mampu menguruskan kafe. Anak lelaki, memang dilahirkan untuk memegang tampuk pimpinan dan mampu untuk memberikan komitmen yang tinggi. Tapi apabila perempuan yang berada di atas..uh, memang tak akan dapat berikan komitmenlah.” komen Encik Amar lantang seraya merenung Syauqina tajam.

Dum! Syauqina bersentak mendengar bunyi Afham menumbuk dashboard keretanya. Hilang lamunannya sebentar tadi. Afham disebelah direnung. Niat dihatinya ingin marah dengan tindakan Afham tetapi terpaksa dibatalkan tatkala melihat wajah kusut si abang. Faham dengan kesulitan yang mereka hadapi saat ini.

“I knew it! Si tua miang tu mesti ada plan. Dari dulu lagi dia berminat dengan Syuq. Abang agak mesti dia tengah cucuk ayah tu.” Afham mendengus marah.

“Wait..what? Minat apa ni? Syuq tak fahamlah.” Minat apa ni? Siapa nak cucuk ayah? Kenapa Afham nampak marah sangat ni?

4

Be My Soulmate? – Love 29

“Aizat, kau ni kenapa? Nampak lain macam aje. Syuq cakap apa tadi?” tegur Afham perlahan. Aizat dilihatnya hanya membisu. Sesekali dia melihat telefon bimbitnya.

“Did you ever check her phone?” soal Aizat tiba-tiba. Afham terpinga-pinga memandang lelaki itu. “Come again?”

“Kau pernah check phone dia?”

‘Weh, mestilah tak. Tu kan privacy dia. Kenapa? Kau main phone dia?”

“Tak. Aku tanya aje.” mereka sama-sama diam. Afham bangun dari sofa lalu berjalan ke tingkap. Angin malam yang dingin memberikannya kedamaian. Jarang sekali dia merasai suasana seperti ini.

“Aku suka dia. Aku serius nak jadikan dia milik aku.” Afham berpaling ke belakang. Kata-kata Aizat menyapa telinganya.

“Afham, tolong aku. Aku dah tak tahu macam mana nak buat adik kau tu sukakan aku.” lemah Aizat bersuara. Afham tersenyum. Syauqina memang sukar untuk dipengaruhi kecuali menggunakan teknik yang tepat.

“Kenapa? Bukan dulu kau tolak dia mentah-mentah ke? Atau sebab kau sekarang dah single?” Afham mula mengeluarkan aura ‘abang cum bodyguardnya’. Syauqina sepupu juga adiknya. Dia sayangkan gadis itu dan menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga Syauqina.

“Aku mengaku dulu memanglah aku reject dia. Aku ada Rania, untuk apa aku cari orang lain kan? Aku tak tahu bila aku mula ada perasaan pada Syuq, but trust me, aku bukan pilih dia sebab Rania tinggalkan aku. Masa dia hilang kakak dia, aku nampak yang Syuq ni ada weak point jugak. Aku nak protect dia dari semua perkara yang boleh buat dia lemah, yang buat dia sedih.”

Afham mengeluh mendengar kata-kata Aizat. Syauqina bukan jenis yang mudah tertawan dengan kata-kata lelaki. Mengikut apa yang diberitahu Arina, hanya seorang lelaki pernah menawan hati Syauqina dengan kata-kata manisnya.

“Prove it, Aizat or Syuq will never trust you. Bukan senang nak lupakan cinta lama. Syuq pernah kecewa sebab orang yang dia percaya. She’s a victim of love betrayal. Gain her trust, gain her love, Aizat.” Arina tiba-tiba menyampuk.

Sedari tadi Arina memasang telinga mendengar perbualan antara Aizat dan Afham. Dia dapat merasakan bahawa Aizat jujur dalam meluahkan perasaannya. Pada hari mereka berkelah, Aizat juga yang bertanggungjawab membuat Syauqina menunjukkan reaksi lain selain sedih. Walaupun reaksi yang ditunjukkan adalah marah dan menyampah, itu sudah cukup untuk dia dan Syaira menarik nafas lega hari itu.

Afham merenung Arina tajam. Dia kurang senang dengan tindakan melulu Arina menyampuk perbualan mereka. “Arina, go back to your room. Ni man to man talk.” tegas Afham bersuara. Arina tergamam. Jarang sekali Afham bersuara tegas sebegitu. Arina bergegas kembali ke bilik yang dikongsinya bersama Syauqina.

Afham kembali menumpukan perhatiannya kepada Aizat. “Aku takde masalah nak terima kau tapi kalau Syauqina, aku tak pasti. Semua orang ada masa silam dan Syuq punya? It’s hard for her to swallow. Aku dah..”

Afham tidak dapat meneruskan kata-katanya kerana Arina meluru ke arahnya dengan wajah cemas. “Abang, Syuq! Syuq takde dalam bilik. Mana dia pergi?” tanya Arina. Dia mencengkam erat lengan Afham.

Aizat mula panik. “Ya Allah. Mana pulak dia pergi malam-malam macam ni? Kat tempat asing ni pulak.” wajah Aizat bertukar menjadi sedikit pucat.

Afham menyentuh perlahan tangan Arina yang masih memegang erat lengan kirinya. “Rin dah tengok kat dapur? Entah-entah dia pergi toilet kot.” soal Afham tenang.

Arina terkaku seketika. Dia menggeleng kepala perlahan. Afham mengeluh. “Aizat, jangan panik. Aku yakin Syuq ada. Maybe dia pergi minum air atau ke tandas. Rin, jangan risau, okey. Mari kita pergi cari Syuq.”

Afham mengukir senyuman buat Arina untuk menenangkan gadis itu. Dia yakin Syauqina masih ada di rumah tetapi mungkin sudah merayap ke ruangan lain. Itu cara Syauqina menenangkan diri. Complete solitary.

Aizat cepat-cepat menuju ke bahagian dapur. Aizat mengintai di celah kabinet untuk mencari Syauqina. Afham ketawa melihat kelakuan Aizat. “Hey, kau ingat adik aku tu muat ke nak sembunyi kat celah kabinet tu? Sempit ya amat.” sergah Afham.

Arina ingin ketawa tetapi kerisauan yang melanda membantutkan hasratnya. Akhirnya dia hanya tersenyum. Pintu belakang yang sedikit renggang menarik perhatian Afham. Dia meleraikan pegangan tangan Arina lalu berjalan perlahan-lahan ke arah pintu. Arina memerhati dengan penuh debaran.

Sebaik sahaja pintu dibuka sedikit, terlihat oleh mereka akan Syauqina yang sedang mendongak memerhatikan langit. Arina menarik nafas lega. Aizat meluru ke luar untuk mendapatkan Syauqina namun dihalang Afham. Dia menggeleng perlahan dan memberi isyarat agar Aizat berundur ke belakang. Aizat terpaksa akur.

“My dear, kenapa ni?” perlahan Afham berbisik di telinga Syauqina. Gadis itu langsung tidak memberikan reaksi terkejut, jangkaan Afham ialah Syauqina telah mendengar bunyi tawanya tadi.

“I miss this. It’s like going back years ago.” Syauqina menunjukkan jarinya ke arah langit. Afham memandang ke arah yang ditunjukkan Syauqina. Serta-merta matanya berair. Dadanya terasa berat menahan sebak.

“Apa yang jadi Syuq? Apa yang Aizat buat? Biar abang tumbuk dia, okey?” Afham cuba menceriakan Syauqina. Dia mengusap perlahan kepala adik sepupunya.

“It’s not his fault, it’s mine. Abang, kenapa Syuq kena lalui semua ni? Syuq tak cukup kuat.” keluh Syauqina. Badannya disandarkan pada Afham. Hangatnya badan lelaki itu bagaikan turut mengalir ke seluruh badannya, menghalang kedinganan malam dari terus mencengkam tubuhnya.

Aizat yang memerhati mula terbit rasa cemburu. Afham hanyalah sepupu kepada Syauqina, mengapa perlu mereka kelihatan seolah-olah adik beradik sebenar? Arina yang kembali tenang mula berpaling ke belakang dan melangkah masuk ke dalam rumah. Dia ingin berehat dan malam sudah larut.

3

Be My Soulmate? – Love 28

Aizat merenung Arina yang sedang mengelap pinggan. Suasana di dapur sunyi tanpa suara. Syauqina masih di dalam bilik, enggan keluar sebaik sahaja dia menyedari kehadiran Aizat di situ. Afham mengeluh.

“Rin, panggil Syuq makan. Beritahu dia kalau dia tak keluar jugak dalam masa tiga minit, abang suruh Aizat masuk.” Tegas suara Afham. Kening Aizat bertaut. ‘Boleh tahan jugak Afham ni ugut adik dia.’

Arina mengangkat tabik hormat. Dia masih geli hati dengan reaksi Syauqina terhadap Aizat. Pada pemerhatiannya, Aizat bukan seburuk yang disangka. Mungkin sifatnya yang agak suka mengusik gadis manja itu menyebabkan Syauqina tidak senang duduk. Malu mungkin.

Ketukan pada muka pintu membuatkan Syauqina kembali marah. “Go away, Afham! You stupid traitor!” jeritan Syauqina jelas kedengaran hingga ke dapur. Aizat ketawa mendengarnya.

“Syuq, ni akulah. Afham suruh aku pesan, kalau kau tak keluar dalam masa tiga minit, dia akan suruh si Aizat tu masuk dalam bilik kau. Jangan lupa, semua kunci bilik ada pada abang kau tu.” Sayup-sayup kedengaran suara Arina.

“Baik kau keluar cepat, Syuq. Kalau jadi apa-apa, aku tak nak tolong. Bye.”

“Rin!” Arina berpura-pura tidak mendengar panggilan Syauqina, terus dia berlalu ke dapur untuk menyiapkan makan malam. Makan malam yang simple, nasi goreng cina.

Tiga minit berlalu tanpa banyak perubahan. Afham mengerling ke arah Aizat, memeberi isyarat agar lelaki itu menjalankan tugasnya. Aizat mengeluh perlahan. ‘Makin bencilah Syuq kat aku nanti.’ Perlahan-lahan dia melangkah ke bilik.

“Syuq, please. I know you hate me but please come out. Kesianlah abang you tu. Dia penat, Syuq.” Pujuk Aizat perlahan. Syauqina hanya diam di sebelah sana. Aizat kembali mengetuk pintu bilik dengan harapan Syauqina akan bosan dan membuka pintu. Jangkaannya tepat kerana kurang beberapa saat kemudian, pintu bilik terbuka secara tiba-tiba. Hampir-hampir dia mengetuk kepala gadis itu.

Tanpa sebarang kata, Syauqina berjalan selamba melintasi Aizat. Sengaja dia buat-buat tak nampak Aizat yang setia mengiringi langkahnya. “Menyemak aje pak cik ni.” bisik Syauqina geram. Aizat berpura-pura tidak mendengar.

Syauqina mengambil tempat bersebelahan dengan Afham di meja makan yang memuatkan empat orang. Afham cepat-cepat bangun lalu menarik kerusi berhadapan dengannya untuk Arina. Dia mengambil tempat bersebelahan Arina, meninggalkan ruang kosong di sebelah Syauqina untuk Aizat.

Aizat yang menyedari rancangan Afham membulatkan mata, tidak bersetuju dengan Afham. Dia tak mahu Syauqina menuduhnya mengambil kesempatan pula.

Syauqina yang baru menghidu rancangan tersebut hanya diam. Malas dia hendak bertekak semata-mata kerana hal itu. Jadi lebih baik dia diam dan habiskan makanan. Arina menyepak perlahan kaki Afham, memberi isyarat agar Afham berkata sesuatu.

“So, Rin dah beli present for Ira? Abang takde idea langsung nak beri apa kat dia.” Soal Afham tiba-tiba. Syauqina mencebik mendengarkan pertanyaan Afham. Lelaki itu sentiasa ‘tak tahu nak pilih present’ but in the end of the day, present dia boleh tahan gempak jugak.

Macam peristiwa tahun lepas, semasa birthday Syauqina. Beria aje Syauqina sedih mengenangkan Afham berkata ‘abang tak tahu nak pilih present apa untuk Syuq.’ Namun sebaik sahaja kotak kecil itu dibuka, bunyi jeritan kegembiraan Syauqina bergema di seluruh pelosok rumah. Tiket penerbangan ke Bandung, Indonesia bersama sekeping cek! Jumlah sebenar cek itu Syauqina rahsiakan tetapi melihatkan barang yang diangkut balik oleh gadis itu membuatkan Arina dan Syaira meneka-neka berapa jumlah duit yang Afham laburkan untuk adiknya itu.

Arina tersengih. “Yelah tu abang takde idea nak beri apa. Tengok-tengok present abang paling gempak. Entah-entah abang sponsor dia punya honeymoon tak?” teka Arina spontan.

Aizat yang mendengar terbatuk-batuk. ‘Banyak sangat ke duit si Afham ni sampai boleh je nak sponsor honeymoon orang?’ Persoalan itu bermain diminda Aizat. Syauqina pantas menghulurkan air kepada ‘teman’ disebelah. Arina ketawa perlahan.

“Kenapa, Aizat? Tiba-tiba aje batuk? Ada orang mengumpat ke? Rasanya orang kat sebelah tu diam je dari tadi kan?” tegur Afham selamba. Sempat juga dia memerli Syauqina. Gadis itu menjeling Afham tajam.

“Abang ni kalau nak perli, sikit-sikit dahlah. Karang ada yang makan kulit durian pulak.” Aizat menjeling ke luar tingkap. Kelihatan buah durian bergantungan pada dahan pokok.

Ugutan Syauqina mematikan kata-kata Afham. Risau juga dia. Syauqina bukannya boleh dipercayai sangat. Dibuatnya dia sumbat kulit durian tu dalam mulut, siapa jugak yang rugi? Dia juga. Nanti tak pasal-pasal rosak aset dia yang satu itu.

Selesai makan, Syauqina terus berlalu menuju ke ruang tamu. Dia memberi isyarat agar Aizat mengikutinya. Aizat mula tertanya-tanya. ‘Budak ni nak ‘belasah’ aku ke?’

“I think we need get clear on something.” Nada suara Syauqina berubah tegas.

“On what matter?”

“You know what matter is it about, Aizat. Kenapa awak hantar text macam tu tadi? Awak tak terfikir ke kalau abang saya baca, apa yang akan dia fikir?” laju Syauqina ‘menembak’ Aizat.

“Well, rasanya tak ada apa pun yang salah about that text. Saya just clarify apa yang saya akan lakukan lepas ni.” Jawapan Aizat membuatkan Syauqina terasa ingin terjun dari bangunan. Selamba badak aje dia jawab.

“You’ve rejected me, remember? Kenapa tiba-tiba?”

“Sebab..saya baru sedar awak ni menarik. Maksud saya, awak ni menarik as in fun. Awak ada masa sangat-sangat comel, nakal, manja and so on. Awak buat saya terbayang gelak awak sebelum tidur, teringin nak dengar suara awak bila bangun. Seriously, I never felt this way. Even with my ex. I believe you’ve heard of her?” Aizat memandang Syauqina yang hanya diam.

Syauqina kaku. ‘What’s this? Lidah aku kelu? Ohmaii..bukan dia cakap benda romantik sangat pun. Wake up Syuq! Boys are stupid but men are not to be trusted.’

“Syuq? Syauqina?” tegur Aizat berkali-kali setelah melihat Syauqina hanya terkaku di situ. Syauqina tersentak.

“Sorry. We’ll talk about this next time, okey? I’m tired. G’nite.” Syauqina terus berlalu tanpa menanti jawapan Aizat.

Kini giliran Aizat terkaku di situ. ‘Kenapa Syauqina berubah tiba-tiba? Bukankah dia yang beria-ria mahukan penjelasan?’

Arina dan Afham yang sedang asyik mengintip memandang antara satu sama lain. Pelik melihat keadaan itu. Tiba-tiba sahaja Syauqina pergi meninggalkan Aizat sendirian di ruang tamu.

3

Be My Soulmate? – Love 27

Bunyi jeritan mengejutkan Adrien. Spontan dia bangun dari katil lalu berlari ke ruang tamu. Dia memandang ke arah Mika yang sedang asyik menonton movie di hadapan laptopnya.

“Mika, ada bunyi orang menjerit ke tadi? Ke aku mimpi?” soal Adrien. Mika terkejut dengan soalan itu mendongak.

“Eh? Bila kau bangun? Tadi memang ada orang jerit pun.” Selamba Mika berkata. Matanya kembali menatap laptop.

“Rien? Sorry. Did i wake you up?” satu suara menyapa Adrien dari arah dapur. Jeremy tersenyum memandang Adrien.

“So it’s you? Oh my God, you guys are so loud and it’s already midnight. Show some respect, would you? By the way, what are you guys doing?” Adrien duduk di atas sofa hitam yang masih kosong bertentangan dengan Mika.

Mika dan Jeremy berpandangan sebelum ketawa. “Twilight marathon.” Ringkas jawapan Jeremy sebelum dia kembali menatap laptop Mika.

Kening Adrien bertaut, hairan. “Kenapa tengok through lappy? Tv kan ada.”

“It’s more romantic this way. Oh my God, awesome! Jacob!” jerit Jeremy penuh semangat. Teruja dia melihat badan Jacob yang sasa. Mika turut menyertai keterujaan Jeremy.

Adrien menggeleng. Dia menguap perlahan lalu bangun. Dia ingin kembali tidur dan menyambung mimpi indahnya sebentar tadi. Walaupun esok hari minggu, dia tetap tidur awal kerana dia sudah berjanji dengan Sienna dan Adaliz untuk pulang ke rumah esok.

Cahaya matahari bersinar terang, menampakkan sedikit cahayanya melalui celah langsir bilik. Adrien terjaga lalu mengeliat. Kedengaran suara di sebelah mengejutkan Adrien. Pantas selimut ditarik bagi melihat siapa gerangan yang tidur disebelah. Jeremy!

“Hoi, mangkuk! Kau ni kenapa tidur dalam bilik aku?” sergah Adrien kuat. Dia menyepak badan Jeremy sehingga lelaki itu terjatuh dari katil.

“Em? Apa bising-bising ni?” Jeremy terpinga-pinga. Dia meraba-raba katil dan bangun. “Kenapa ni, Rien?”

“Kau yang menyemak tidur kat bilik aku, boleh pulak kau tanya kenapa?” suara Adrien mula meninggi. Jeremy terkejut mendengar suara Adrien.

“Bro, sorry. Aku bukan sengaja nak tidur kat sini. Just, aku ngan Mika gaduh sikit last night.”

“Gaduh apanya? Aku tengok okey je.”

“Dia..nak cancel plan hari ni. So, kitaorang macam gaduh sikitlah. Maaf eh?” ucap Jeremy lembut.

Dia tahu Adrien marah. Sejak mula lagi Adrien telah memberi amaran kepada dia dan Mika agar tidak sesuka hati masuk ke dalam biliknya. Tambahan pula dia dan Mika adalah pasangan kekasih. Gay. Itu yang membuatkan Adrien menetapkan peraturan di dalam rumah.

“Next time jangan buat aku terkejut lagi. Kalau ya pun nak tidur sini, bagilah warning dulu. Ini main terjah aje. Takut aku tau tak?” keluh Adrien. Jeremy hanya tersengih.

“Dah. Sambunglah tidur tu. Alang-alang kau tak jadi nak outing, tolong bersihkan sikit rumah ni. Jangan kau cari pasal nak sepahkan dapur pulak. Aku nak keluar hari ni.” Adrien bangun menuju ke arah penyidai untuk mengambil tuala. Jeremy kembali memejamkan matanya sambil memeluk erat bantal kepunyaan Adrien.

Sebaik sahaja Adrien melangkah ke ruang tamu, dia terserempak dengan Mika yang baru keluar dari bilik. Lelaki itu siap berpakaian kemas.

“Mika, kau nak pergi mana awal-awal ni? Bukan kau nak pergi outing dengan Jamy ke hari ni?” soal Adrien ingin tahu. Jamy adalah nama panggilan untuk Jeremy.

“Memanglah aku sepatutnya keluar ngan Jamy but then last night aku dapat call. Em..ada hal sikit. Personal. By the way, sorry ye, Jamy tidur dalam bilik kau. Mesti kau tak suka.” Mika bersuara muram. Adrien jatuh simpati melihat wajah muram temannya.

“Naa..takpelah. Next time bagilah warning dulu. Takdelah aku rasa macam kena cabul.” Gurau Adrien. Mika hanya tersenyum. Mereka berdua berjalan beriringan menuju ke pintu.

“Bro, aku balik lambat sikit tau. Aku lepak ngan adik-adik aku.” beritahu Adrien perlahan. Mika hanya mengangguk.

Adrien bergegas turun ke parking lot yang terletak di basement. Dia tidak mahu terlewat untuk bertemu dengan adik-adiknya. Sudah agak lama mereka tidak meluangkan masa bersama.

Sienna dan Adaliz sudah menunggu Adrien di muka pintu sebaik sahaja lelaki itu sampai. Adaliz memeluk abangnya erat. Adrien membalas pelukan Adaliz lalu mencium dahi gadis manja itu. Sienna tersenyum girang melihat abangnya kelihatan sihat-sihat sahaja.

“Rien, masuk dalam cepat. Ma tengah siapkan lunch.” Kedengaran suara Puan Linda dari dapur.

“Awalnya ma siapkan lunch. Baru pukul berapa ni.” Tegur Adrien sebaik sahaja dia melangkah masuk ke dapur. Bau masakan daging merah memenuhi rongga hidungnya. Adrien menelan liur. Puan Linda hanya tersenyum melihat reaksi Adrien.

“Terliur ke Rien?” perli Sienna selamba. Adaliz ketawa melihat Adrien tersipu-sipu malu.

“Pa mana ma?” soal Adrien cuba mengalih topik. Sudah beberapa minit dia tiba namun kelibat Encik Armand masih belum kelihatan. Sudah agak lama dia tidak bertemu papanya itu.

“Papa mandi. Baru balik dari syif malam.” Jelas Puan Linda. Adrien mengangguk faham. Dia mengambil mug dari kabinet lalu menghulurkan mug itu kepada Puan Linda. Tanpa bicara, wanita itu membancuh milo kesukaan Adrien.

“Ma ni suka sangat manjakan Rien. Patutlah sambil tua bangka macam ni pun tak reti buat air sendiri lagi.” Kutuk Sienna. Dia menjeling Adrien yang berwajah selamba menarik kerusi di meja makan.

Ketika Adrien ingin membalas kata-kata Sienna, dia melihat adiknya itu bergegas keluar dari dapur menuju ke ruang tamu. Tangannya pula memegang erat telefon bimbit.

“Ma, Sien ada boyfriend ye?” perlahan Adrien bertanya. Bimbang Sienna kembali ke dapur dan mendengar pertanyaannya. Puan Linda berfikir seketika sebelum menggeleng.

“Sienna tak cakap apa pun pasal boyfriend. Kan dia baru aje break up.”

“Ma, budak tu break up dengan boy tu kan dah lama. Dekat dua bulan dah pun. Tak kan dia takde boy baru lagi?”

“Bukan semua orang boleh jatuh cinta dan dapat pengganti sepantas kilat, Rien. To me, heartbreak is hard to get over with.” Sampuk Sienna yang mendengar pertanyaan abangnya.

Adrien tersentak. “Are you mocking me, sis?”

“I cakap pasal diri sendiri tapi kalau you terasa apa I mampu buat. I tak sebut nama you pun.” Ujar Sienna.

Puan Linda segera menegah Adrien daripada membalas kata-kata Sienna. Dia berpaling ke arah Sienna dan melemparkan pandangan penuh amaran.

“Sien, tadi tu Kak Syuq ke yang call? Dia ada kat mana?” laju Adaliz mengajukan soalan. Sienna cepat-cepat memberi isyarat agar Adaliz diam namun agak terlambat kerana Adrien sempat menangkap perbuatannya.

Sienna mengangkat sebelah kening kepada Adrien sebelum mengukir senyuman nakal. Adrien hanya membisu. Encik Armand yang melangkah masuk ke dapur kehairanan.

“Kenapa semua diam ni? Pa ingatkan tak ada orang tadi.” Adrien tersenyum melihat papanya. Wajah segar lelaki separuh abad itu ditenung dalam.

“Hah, Rien. Lama betul tak jenguk kami. Sibuk sangat ke?” Encik Armand menepuk perlahan bahu anak lelakinya.

“Anak pa tu memang selalu sibuk. Sibuk cari girlfriend.” Sampuk Adaliz kemudiannya. Puan Linda menjengkilkan mata lantas mencubit perut Adaliz. “Kenapa cakap macam tu dengan pa?” tegur Puan Linda. Adaliz memasamkan wajahnya, merajuk.

“Dah memang tu kenyataannya, ma. Abang kita ni sibuk cari bakal wifey agaknya sampai tak ingat family.” Sienna turut sama menghangatkan perdebatan mereka sekeluarga.

“Really? That’s great, Rien. Dah jumpa calonnya?” Encik Armand bertanya, jelas dia teruja dengan berita itu.

“Huh..kalaulah dia kembali pada Rien, pa. Sometimes, I wish I could turn back time.” Keluh Adrien. Mengenangkan ‘calonnya’ yang kembali menjauhkan diri, membuatkan Adrien berjauh hati.

“Rien sayang, kalau dah ada jodoh takkan kemana.” Pujuk Puan Linda. Encik Armand mula menukar topik perbualan mereka. Tengah hari itu gamat rumah mereka dengan gelak tawa dan usikan mesra.

5

Be My Soulmate? – Love 26

Syauqina mengeluh kasar. Telefon bimbit di tangan direnung lama. “Kenapa, Syuq?” soal Afham hairan. Mereka masih di dalam kereta menuju ke rumah keluarga Amirul. Turut bersama mereka ialah Arina yang sedang selesa tidur di tempat duduk belakang.

“Nothing. Just penat sikit.” Kata Syauqina perlahan.

“Siapa yang text? I’m not blind, Syauqina. I could see you received a text just now.”

“Siapa lagi kalau bukan mamat sengal tu. Aizat. Abang, kenapa bagi number Syuq kat dia? Menyibuk aje mamat tu.” Syauqina merengek manja. Dia tidak senang dengan perangai Aizat yang secara tiba-tiba asyik bertanyakan dirinya.

“Dah dia yang mintak. Abang bagilah. Lagipun tu kan calon suami Syuq.” Ujar Afham nakal. Dia mengenyitkan sebelah matanya kepada Syauqina. Syauqina mencubit lengan abangnya sehingga Afham mengaduh sakit.

“Syuq, apa ni? Perangai macam ketam. Kesianlah Aizat tu nanti.” Keluh Afham sambil mengusap lengannya yang sakit.

“Kenapa nak kesiankan dia pulak? Dia takde kena mengena ngan Syuq pun.” Syauqina menayangkan wajah selamba.

“Nanti-nanti adalah.” Perlahan nada Afham. Syauqina memandang Afham dengan penuh tanda tanya namun Afham hanya diam. Syauqina mengangkat bahunya bersahaja.

“Kita dah sampai mana?” suara serak kedengaran dari belakang. Pantas Afham mengucap panjang manakala Syauqina sudah menjerit nyaring di sebelahnya.

“Rin!” jerit Syauqina kepada Arina. Gadis itu terpinga-pinga. “Apa?” soalnya tidak bersalah.

“Kau dah nyaris buat aku ngan Afham sakit jantung, boleh kau selamba katak je tanya aku apa? Kau ni kan, memanglah. Boleh pulak dia buat muka innocent kat situ.” Dengus Syauqina geram. Mana tidaknya, baru saja dia ingin melayan perasaan, mereka disapa oleh seseorang dari belakang.

“Syuq, dahlah tu. Rin bukannya sengaja. Kan dia baru bangun tu.” Tegur Afham lembut. Senyuman manis diukir buat adiknya itu. Syauqina menarik muncung.

“Comellah Syuq buat camtu. Macam anak itik. Ingat tak anak itik Syuq dulu-dulu tu?” usik Afham nakal.

Syauqina mula berkerut. ‘Aku mana pernah bela itik. Kucing pernahlah.’ Beberapa saat kemudian lengan Afham sekali lagi menjadi mangsa tangan Syauqina apabila gadis itu menepuk kuat lengannya.

“Abang ni memang tau. Sengaja aje bukak cerita lama.” Muncung Syauqina bertambah panjang. Masakan tidak, Afham membuka cerita semasa dia belajar di pre-universiti. Pada masa itu, Syauqina mempunyai botol air kecil berwarna kuning yang dipanggil anak itik. Syauqina sangat sukakan botol air itu sehingga dia menangis apabila Afham secara tidak sengaja memecahkah ‘anak itik’ kesayangannya itu.

Arina ketawa mengingatkan kejadian tersebut. Syauqina ke sekolah dengan muka masam pada keesokkan harinya. Mulutnya tidak berhenti mengomel mengenai kemalangan yang terjadi antara Afham dan botol airnya. Berhari-hari dia mengungkit mengenai peristiwa itu sehinggalah Afham membelikannya botol air baharu.

“Baik kau diam Rin sebelum gigirl kat sebelah abang ni bertukar jadi shewolf. Karang tak sempat nak pergi kenduri pulak.” Ujar Afham. Dia dapat melihat dari ekor matanya wajah Syauqina yang sudah bertukar merah.

Arina yang turut mengesan perubahan itu terus terdiam. Bimbang juga kalau-kalau Syauqina ‘bertukar rupa’ di dalam kereta. Suasana bertukar sepi dan hanya diiringi oleh muzik. Arina kembali memejamkan matanya.

Beberapa jam kemudian mereka tiba Teluk Intan. Tanpa membuang masa Afham segera menelefon Aizat untuk menunjukkan arah. Mendengarkan suara Afham di talian, Aizat bergegas menuju ke tempat mereka menunggu.

“Sorry, bro. Dah lama tunggu? Aku tertidur tadi.” Soal Aizat mesra selepas salamnya disambut Afham. Afham ketika itu menunggu di luar kereta meninggalkan Syauqina dan Arina yang sedang lena dibuai mimpi.

“Your princess is still sleeping. Tak payahlah nak intai-intai camtu.” Tegur Afham tatkala melihat Aizat mengintai bayang Syauqina di dalam kereta. Aizat tersenyum malu.

“So, kau nak pergi homestay teruslah ni? Adik kau tahu tak aku pun stay kat situ?” tanya Aizat. Cuak juga kalau Syauqina tiba-tiba naik angin. Gadis itu tidak pernah aman apabila bersamanya. Afham hanya menggeleng sambil bibirnya mengukir senyuman nakal.

“Kau ni sengaja aje kan nak bagi adik kau marah. Nanti berkedutlah muka Syuq. Kesian aku, pengantin perempuan nampak tua compare to pengantin lelaki.” Meletus ketawa Afham mendengar jenaka Aizat.

“Kalau kau serius nak kan dia, kau tahu apa nak buat. Kau dah dapat restu family aku, Zat. Family kau pun tak kisah. Aku tambah-tambah tak kisah. Sekurang-kurangnya adik aku yang sorang ni selamat.” Sayu Afham bersuara. Aizat mengangguk.

Aizat menaiki keretanya untuk memandu arah kepada Afham. Sesekali Afham menjeling Syauqina yang masih lena. Di dalam hati dia berdoa agar sesiapa sahaja yang bakal memiliki Syauqina adalah lelaki yang mampu memberikan apa yang Syauqina dambakan selama ini. Kasih sayang.

Getaran halus mengejutkan Syauqina dari lenanya. Dia meraba-raba beg tangan untuk mencari telefon bimbit. Nama yang tertera menyebabkan mata Syauqina terbuka luas.

“Kenapa Syuq?” soal Afham prihatin.

“Ah..naa. takde pape.” Serak suara Syauqina. Jelas menunjukkan dia baru sahaja bangun dari tidur. Afham tersenyum.

“Aizat sayang ke?” usik Afham lagi membuatkan wajah Syauqina merah. Afham hanya ketawa melihat reaksi adiknya.

“Abang jangan nak cari pasal. Nanti report kat Lily baru tau.”

“Syuq nak report apa? Abang takde buat salah apa pun.” Kata Afham selamba.

“Abang, kita dah sampai mana sebenarnya ni?”

“Teluk Intan. Sekarang ni kita on the way pergi ke homestay yang abang dah book.”

Signal ke kiri diberikan. Kelajauan kereta diperlahankan bagi mengikuti kereta Aizat dihadapan yang dipandu perlahan. Keadaan jalan yang agak licin akibat hujan membuatkan mereka memandu dengan berhati-hati.

“Kita nak stay kat ceruk kampung mana ni? Nampak terpencil je.” Ujar Syauqina sambil memerhatikan keadaan sekeliling.

“Mana ada. Kawasan homestay ni kat dusun. Sebab tu nampak terpencil sikit tapi memang dijamin selamat. Abang pernah camping kat sini dulu. Masa tu abang cuak jugak tapi sebenarnya kawasan ni okey je. Syuq kan suka kawasan kampung.” Terang Afham.

“Plus it’s fruit season. You gonna love it here. Tengok, pokok durian dan rambutan bersepah kat sini. Heaven.” Sambung Afham. Mata Syauqina bersinar-sinar melihat buah durian bergantungan pada dahan pokok. Buah rambutan yang memerah juga memenuhi ruang matanya. Bibir Syauqina mengukir senyuman lebar. Gembira dengan pemandangan itu.

“Kita boleh ambil ke buah ni? Syoknya.” Ucap Syauqina penuh perasaan. Arina tiba-tiba terjaga mendengarkan suaranya.

“Rin dah bangun? Kita dah nak sampai ni.” Lembut Afham berkata melihatkan Arina menggosok-gosok mata.

“Bau apa ni? Abang Afham ada beli durian ke? Menusuk kalbu betul baunya ni.” Arina menutup hidung. Dia tidak gemar dengan bau durian yang agak kuat. Syauqina ketawa.

“Habislah kau, Rin. Kita stay kat dusun durian ni.” Gelak Syauqina kuat. Arina menarik muka masam.

“Kenapa kita stay kat tempat macam ni?”

“Eh? Hari tu suruh abang yang pilih kan? Sekarang musim buah, for surelah abang nak stay kat sini.” Afham sengih nakal. Sengaja dia mengusik Arina kerana gadis itu beria-ria meminta Afham memilih homestay untuk mereka.

“Abang, kat sini ada berapa rumah ey? Orang kat depan tu pun nak pergi sana jugak ke?” soal Syauqina tiba-tiba. Mata Afham mengikut telunjuk Syauqina yang sedang menuding ke arah kereta di hadapan. Kereta Aizat!

Dahi Afham berkerut seolah-olah berfikir. “Ala Syuq. Dia bukan ada sebuah rumah aje. Mestilah ada banyak. Don’t worry okey.” Pujuk Afham. Perangai Syauqina yang agak kaku apabila berhadapan dengan orang asing amat difahaminya.

Arina mengeluh perlahan. “Abang, kat sini memang ada pokok durian je ke? Pokok lain takde ke?” tanyanya perlahan.

“Try to look around you, Rin. What do you see?” Arina memandang sekeliling. Spontan dia tersenyum melihat rambutan kemerahan bergantungan di atas pokok.

66504_1463604077739_2219200_n

*ini ank itik sy~*

0

Be My Soulmate? – Love 25

Hazwan tersenyum sendiri. Sepupunya telah bergelar suami kepada Syaira sejak tiga hari lepas. Sebaik sahaja selesai majlis di sebelah pengantin perempuan, Hazwan bergegas pulang ke kampung mereka yang terletak di Perak. Amirul pula pulang sehari kemudian untuk bersedia bagi majlis pihak lelaki. Baju hijau pucuk pisang yang yang menjadi tema tergantung di dalam almari dipandangnya sekali lagi.

Akhirnya dia terpaksa menjadi pengapit Amirul lantaran keengganan Aizat untuk berada di atas pelamin.‘Aku nak ada atas pelamin bila aku jadi pengantin aje.’ Itu yang dikata oleh Aizat sebagai alasan.

“Hoi, berangan!” satu tepukan mengenai bahu Hazwan. Hazwan berpaling ke belakang. Terlihat olehnya wajah Amirul tersengih nakal.

“Takdelah. Aku just teringatkan Aizat. Mati-mati dia tak nak jadi pengapit lepas tau Syuq yang jadi pengapit Ira. Macam budak-budak.”

“Bro, Aizat ada reason buat camtu.”

“What reason?”

“Ingat tak dulu dia pernah pergi blind date tu? Yang mak dia suruh.”

Hazwan termenung seketika. Dia cuba menggali fikirannya. “Hah! Yang dia jumpa Syauqina tu?” Amirul mengganguk. Hazwan sudah terlopong.

“Syuq is Syauqina. Syauqina Ahmad Rahimi yang Aizat Shukri tolak untuk dijadikan isteri a few months ago.” Hazwan melihat Amirul dengan pandangan tidak percaya. Amirul mengangguk.

Ketawa Hazwan pecah. Dia tergolek-golek di atas lantai. Mujur sahaja dia berada di dalam bilik tidurnya, kalau tidak maunya semua orang memandangnya pelik. Patutlah Syauqina hanya diam ketika Aizat melepak disebelahnya.

“Wait-wait. Aizat tu kutuk gila-gila si Syuq tu dulu kan? Aku tengok budak tu okey je.”

“Memanglah okey. Kau nak tak? Kalau kau nak, sure kau tak kan nyesal.”

“Kenapa?”

“Kau kan suka makan. Kau nak cari wife yang pandai masak kan? Syuq tu pandai masak. Dia belajar dengan abang dia yang jadi chef tu.”puji Amirul.

“Dah tu kenapa tak kau aje yang kahwin dengan Syuq tu? Ni pilih Ira yang tak pandai buat kerja rumah.” Amirul mengambil sebiji bantal dari katil lalu mencampakkan bantal kecil itu kepada Hazwan yang masih ketawa.

“Amboi, pengantin. Happynya.”teguran di muka pintu menghentikan mereka. “Aizat!!” jerit mereka serentak. Aizat menekup telinga dengan kedua belah tangan. Boleh jadi pekak kalau asyik dengar suara jeritan kawan-kawannya itu. Amirul dan Hazwan bergegas bangun lalu berlari ke arah Aizat. Mereka memeluk Aizat seolah-olah sudah lama tidak berjumpa.

“Hoi, apa hal ni? Gelilah main peluk-peluk ni.” Aizat membuat aksi geli-geliman. Hazwan tersengih. “ Ala, ni last time peluk kau. Lepas ni aku peluk wife aku je.”

“Gatal ye. Kot ye pun, janganlah buat muka miang tu kat depan aku. Naik loya aku.”

“Kata aje kau jealous. Tulah, dulu mak kau nak kahwinkan kau dengan Syuq tu, kau jual mahal. La ni, kau melopong jelah.” Bulat mata Aizat memandang Amirul yang enak ketawa. Mujur Amirul kena naik pelamin esok, kalau tak memang dah lebam biji mata tu.

“Dah-dahlah tu, Mirul. Biarlah dia. Kalau ada jodoh takkan ke mana pun.” Tegur Hazwan. Dia simpati pada Aizat yang baru sahaja tiba di kampung mereka. Aizat membuat thumbs up kepada Hazwan.

Amirul baru sahaja ingin kembali menggiat Aizat tatkala ibunya memanggil. Aizat menarik nafas lega selepas Amirul keluar dari bilik. Dia memfokuskan pandangan pada baju melayu yang elok tergantung di dalam almari.

“Kalau kau nak pakai baju tu pun takpe. Aku tak kisah. Nanti aku suruh adik aku kecilkan sikit.” Aizat tersenyum mendengar kata-kata itu.

“Takpelah bro. Aku tak naklah overshadow pengantin lak. Maklumlah, aku ni kan macho.” Terburai gelak Hazwan. Gila perasan budak Aizat ni.

“Zat, pandai kau ey?”

“Laa..kau baru tahu ke?”

“Kau nak elak dari Syuq ke apa ni?” berubah riak Aizat. Wajahnya masam.

“Kau nak kenakan aku kan? Tak kesian ke kat kawan kau yang putus cinta ni?”

“Tak. Kalau kau pilih Syuq awal-awal, takdelah kau jadi camni.”

“Wey, benda dah jadi kot. Aku ni takde kuasa nak predict masa depan. Tolonglah, kau kan kawan aku. Sudah-sudahlah kutuk aku.” Seru Aizat sayu.

Hazwan menarik muka masam. Baru sahaja dia ingin mengusik kawan baiknya itu tapi bila Aizat dah buat suara sedih ala-ala cerekarama tu terpaksalah dia mengalah. Aizat menguntum senyuman kemenangan.

Aizat membelek telefon bimbitnya sambil diperhatikan oleh Hazwan. Sesekali keningnya berkerut. “Aizat, kau ni kenapa?”

“Hah? Apa?” soal Aizat terpinga-pinga.

“Aku tanya kau tu kenapa? Dari tadi duk main phone. Macam tunggu call dari somebody je. Dah macam budak sekolah baru belajar bercinta pun ada.” Sembur Hazwan selamba.

Wajah Aizat berubah sedikit kemerahan.“Obvious sangat ke?” soalnya perlahan. Lebih kepada soal diri sendiri sebenarnya namun masih dapat ditangkap oleh Hazwan.

“Serius?! Oh my google! Dengan siapa? Sampainya hati kau bercinta senyap-senyap..” mulut Hazwan segera ditekup Aizat sebelum Hazwan sempat menghabiskan ayat.

Suara Hazwan yang kuat seakan bergema di seluruh ruang bilik itu seolah mengundang orang luar untuk mencuri dengar perbualan mereka. Itu yang ingin Aizat hindari.

“Wan, kau ni memang kaki cerekarama ke apa? Semua benda kau nak kecoh-kecoh. Kau nak satu kampung tau ke fasal ni?” marah Aizat dengan nada perlahan. Dia berpaling ke kiri kanan bagi memastikan tiada sesiapa berhampiran mereka.

Hazwan yang baru sahaja berjaya memboloskan diri dari gengaman Aizat menarik nafas panjang. “Hoi! Lemas aku tau tak? Dahlah tangan bau ikan masin. Eiuuu.” Hazwan buat gaya geli-geliman.

“Hah. Sekarang cuba kau story kat aku sikit dengan minah mana kau sangkut ni? Karang dibuatnya kau sangkut dengan orang macam Rania tu risau jugak aku.” Ujar Hazwan garang.

“Malaslah aku nak story kat kau. Nanti kau bantai gelak je.” Aizat merebahkan diri di atas katil. Spontan terlayar di mindanya akan bayangan Syauqina yang dengan lena tertidur di atas sofa salunnya.

“Wow! Ada story apa? Aku pun nak tau jugak.” Tiba-tiba sahaja Amirul muncul. Aizat mengeluh. ‘Aku baru je nak feeling sorang-sorang, mangkuk hayun ni pulak dah datang balik.’

“Ni ha. Best friend kau ni dah ada awek baru tapi nak main biarlah rahsia ngan kita lak.” Lapor Hazwan sebelum Aizat membuka mulut.

“What?! Betul ke ni? Oh my English! Kau fall in love ngan siapa ni? Ya Allah, syukur!” Aizat dan Hazwan berpandangan melihat reaksi Amirul yang agak terlebih itu. Reaksi lelaki yang telah bergelar suami itu seolah-olah Aizat tidak pernah jatuh cinta sebelum ini.

“Kau dengarlah cakap cousin kau tu. Drama king. Semua benda pun dia nak kecoh. Padahal apalah sangat. Takde apa pun.” Ujar Aizat selamba. Riak gembira Amirul meluntur mendengar kata-kata Aizat.

“Ceh, buat penat aje aku excited. Huh!” terus Amirul berlalu keluar dari bilik. Hazwan hanya menjongket bahu. Dia tahu Aizat cuba menyembunyikan sesuatu dari mereka tetapi jika Aizat memilih untuk mendiamkan diri, dia tetap akan menerima pendirian lelaki di depannya ini.

1

Be My Soulmate? – Love 24

Lily tersenyum gembira. Akhirnya dia bergelar tunangan kepada lelaki yang amat dicintainya, Afham. Masih terbayang di mindanya akan hangatnya kucupan ibu Afham di dahinya pagi tadi. Wajah Puan Intan yang sedikit pucat mengukir senyuman mesra. Puan Intan ditemani oleh beberapa orang saudara sahaja.

Afham memberitahu Lily bahawa adiknya tidak dapat hadir sama kerana kurang sihat. Walaupun agak terkilan kerana sudah lama Lily ingin berkenalan dengan gadis yang berstatus adik tunangnya, dia faham akan keadaan keluarga Afham sekarang.

Telefon bimbit yang terletak di atas meja bergetar perlahan. Laju sahaja dia mencapai telefon. Mesej yang diterima segera dibaca.

+ thniah! Ble mjlis? 😉

Mesej ringkas dari Afham itu mengundang tawanya. Baru dia ingin membalas, telefonnya mula bordering minta diangkat. Afham. ‘Mengada betul dia ni.’

________________________________________________________________________________________________

Syauqina memandang Afham yang asyik berbual. Sesekali bunyi tawa pecah dari bibir abangnya itu. Syauqina mengucap syukur di dalam hati. Afham Berjaya juga memiliki Lily walaupun pada awalnya agak sukar untuk lelaki itu menyakinkan Encik Rahimi yang Lily adalah pilihan yang terbaik untuknya.

Syauqina kembali menatap laptop. Dia sedang menyiapkan akaun untuk salunnya. Sudah hampir seminggu dia tidak bekerja. Dia perlu siapkan akaun ini secepat mungkin. Kesudian Afham untuk menemaninya hari ini amat dihargai. Dia masih belum kuat untuk bersendirian tatkala ini.

Kadang-kala dia terbayangkan Anis. Ketawa kakaknya sering terdengar di mindanya. Betapa dia merindui Anis namun tak dapat diluahkan. Syauqina terbatuk. Dia mencapai gula-gula dequadin bagi melegakan tekaknya yang terasa perit. Dia kurang sihat selepas pulang dari picnic tempoh hari.

“Syuq tak makan ubat ke? Kan abang dah beli semalam.” Lembut suara Afham menyapa telinga. Syauqina mendongak.

“Dah makan pagi tadi. Ni pun kena lawan rasa mengantuk.”

“Tidurlah kejap. Biar abang tolong siapkan akaun ni. Sikit aje pun lagi kan?” tanpa menunggu jawapan dari Syauqina, Afham segera mengambil laptop itu lalu diletakkan di atas meja berdekatan.

Afham memberi isyarat agar Syauqina berehat. Syauqina terpaksa menurut lalu dia merebahkan badannya di atas sofa yang berada di penjuru bilik pejabat. Masa berlalu dengan pantas. Syauqina terjaga dek kerana bunyi ketukan pada pintu pejabat.

Syauqina bingkas bangun. Dia memandang sekeliling dan matanya terhenti pada seseorang. Aizat! Kenapa dia di sini?

“Morning, princess. Dah sedar?” Aizat tersenyum melihat Syauqina terpisat-pisat menggosok matanya.

“Kenapa awak ada kat sini? Mana Afham?” tegas dia bertanya. Geram melihat senyuman yang menghiasi bibir Aizat.

“Kenapa bising-bising ni, Syuq? Sampai kat pantry boleh dengar suara ‘merdu’ awak tu.” Afham tiba dengan menatang dulang yang berisi sejag jus oren dan dua biji gelas.

“Abang, kenapa pakcik tak cukup sifat ni ada kat sini?” rengek Syauqina manja. Mata Aizat bulat. ‘Pakcik tak cukup sifat budak ni panggil aku?’ Aizat bertambah geram apabila Afham ketawa.

Afham meletakkan dulang di atas meja. “Syuq, pergi basuh muka. Ada air liur basi tu.” Habis sahaja dia bercakap, terus dia dibaling dengan kasut yang dipakai Syauqina.

“Oit! Sakit kepala abang. Syuq ingat kasut tu lembut ke?” marah Afham. Syauqina hanya mencebik manakala Aizat sudah menelan liur. ‘Bapak garang minah ni. Matilah aku bila dah kahwin ngan dia. Eh? Aku melalut apa ni sampai nak kahwin bagai?’ Aizat mengetuk-ngetuk kepalanya perlahan. Afham perasan akan kelakuan Aizat memandangnya pelik.

“Kau ni kenapa? Ketuk kepala macam orang sewel.” Tegur Afham sebaik sahaja Syauqina berlalu. Aizat hanya tersengih. “By the way, what brings you here? Bukan dulu kau dah reject adik aku ke?”

“Aku saje aje nak tengok dia okey tak. Lepas apa yang jadi, aku rasa dia perlukan moral support.”

“She do need support, but definitely not from you. Kau ni bukannya bermoral sangat pun. Kau dah buat dia marah dulu, kes kenal-kenal tu.”

“Dia marah? Alamak!” Aizat mula cuak. Betul ke tindakan dia ni? “Maunya tak marah. Dia dahlah ikut arahan ibu aje, dengan separuh hati dia pergi jumpa kau, kononnya nak kenal je but then kau perli-perli dia. Housemate dia text aku malam tu kata Syuq naik angin.”

Afham menahan tawa melihat Aizat mula gelisah. ‘Tau pun takut.’ Afham sebelum ini sudah beberapa kali bertemu dengan Aizat. Hanya Syauqina yang tidak mengenali lelaki itu kerana Aizat jarang berada di rumah sewaktu Syauqina berkunjung.

Aizat memandang sekeliling ruang pejabat itu. Di satu sudut, terdapat beberapa keping gambar yang dilekatkan pada white board bersaiz kecil dengan menggunakan magnet. Aizat bangun untuk melihat gambar tersebut. Sebaik sahaja gambar-gambar itu terpapar di ruang matanya, Aizat tersenyum. Gambar keluarga. Terdapat lima orang yang tersenyum gembira di situ.

“Itu masa Syuq mula-mula masuk uni. We were happy back then. Yang lain tu gambar dia dengan kawan-kawan. That one dia dengan senior dia.” Jari Afham menunjuk kepada sekeping foto yang terdapat Syauqina dan seorang lelaki. Senyuman di bibir Aizat sirna.

“Boyfriend?”

“Ha? Naa..Syuq prefer to stay single. Saham tak jatuh katanya. That guy tu yang tolong dia masa dia accident dulu.” Ujar Afham selamba.

“Accident? Teruk ke?” Aizat bertanya cemas. Afham ketawa. “Takde apalah sangat pun.” Mereka terus berbual tanpa menyedari Syauqina telah kembali.

Gadis itu hanya memerhati tanpa mahu menganggu. Hati Syauqina terdetik bahawa ini yang dia mahukan jika dia memilih pasangan hidup. Seseorang yang mampu menerima keluarganya dan menjadi sahabat kepada Afham. Sayangnya pada Afham sangat mendalam walaupun Afham hanyalah abang susuannya.

Dia bersyukur kerana dengan adanya Afham, tidaklah mereka sekeluarga merasa terlalu sunyi apatah lagi dengan kehilangan Anis. Syauqina berdehem. Serentak itu, Afham dan Aizat berpaling ke belakang.

“Abang, kerja kita dah siap kan? Jomlah kita balik. Syuq rasa tak sihatlah.” Rayu Syauqina manja. Afham menggeleng. Tahu sangat trick adik menjanya itu. Mesti dia tak selesa dengan kehadiran Aizat.

“Okey tapi kita singgah kat café dulu. Abang nak ambil creampuff untuk ibu. Aizat, join us?” pelawaan Afham segera disambut Aizat walaupun dia perasan ‘tuan puteri’ itu sudah memasamkan wajahnya.

Mereka bergerak ke Café Ami dengan menaiki dua kereta selepas Syauqina siap mengeluarkan arahan untuk pekerja salunnya. Malahan Afham sempat menjenguk taska milik arwah ibu bapanya yang terletak disebelah salun Syauqina. Taska itu dijaga oleh Syauqina kerana gadis itu mempunyai kelayakan berbanding dirinya sendiri.

Sebaik sahaja tiba di Café Ami, Syauqina segera masuk tanpa memandang ke arah belakang kerana dia tahu Aizat berada di situ.  Langkah Aizat terhenti di depan pintu café.

“Bro, ni ke café kau?”

“Yep. Kenapa?” Afham memandang hairan Aizat yang telah terkaku di depan cafenya. ‘Kena sampuk ke apa budak ni?’ fikir Afham manakala Aizat masih terkedu di sisinya.

‘Ya Allah. Banyak betul aku salah sangka pada Syauqina. Café ni milik abang dia rupanya.’