1

Be My Soulmate? – Love 24

Lily tersenyum gembira. Akhirnya dia bergelar tunangan kepada lelaki yang amat dicintainya, Afham. Masih terbayang di mindanya akan hangatnya kucupan ibu Afham di dahinya pagi tadi. Wajah Puan Intan yang sedikit pucat mengukir senyuman mesra. Puan Intan ditemani oleh beberapa orang saudara sahaja.

Afham memberitahu Lily bahawa adiknya tidak dapat hadir sama kerana kurang sihat. Walaupun agak terkilan kerana sudah lama Lily ingin berkenalan dengan gadis yang berstatus adik tunangnya, dia faham akan keadaan keluarga Afham sekarang.

Telefon bimbit yang terletak di atas meja bergetar perlahan. Laju sahaja dia mencapai telefon. Mesej yang diterima segera dibaca.

+ thniah! Ble mjlis? 😉

Mesej ringkas dari Afham itu mengundang tawanya. Baru dia ingin membalas, telefonnya mula bordering minta diangkat. Afham. ‘Mengada betul dia ni.’

________________________________________________________________________________________________

Syauqina memandang Afham yang asyik berbual. Sesekali bunyi tawa pecah dari bibir abangnya itu. Syauqina mengucap syukur di dalam hati. Afham Berjaya juga memiliki Lily walaupun pada awalnya agak sukar untuk lelaki itu menyakinkan Encik Rahimi yang Lily adalah pilihan yang terbaik untuknya.

Syauqina kembali menatap laptop. Dia sedang menyiapkan akaun untuk salunnya. Sudah hampir seminggu dia tidak bekerja. Dia perlu siapkan akaun ini secepat mungkin. Kesudian Afham untuk menemaninya hari ini amat dihargai. Dia masih belum kuat untuk bersendirian tatkala ini.

Kadang-kala dia terbayangkan Anis. Ketawa kakaknya sering terdengar di mindanya. Betapa dia merindui Anis namun tak dapat diluahkan. Syauqina terbatuk. Dia mencapai gula-gula dequadin bagi melegakan tekaknya yang terasa perit. Dia kurang sihat selepas pulang dari picnic tempoh hari.

“Syuq tak makan ubat ke? Kan abang dah beli semalam.” Lembut suara Afham menyapa telinga. Syauqina mendongak.

“Dah makan pagi tadi. Ni pun kena lawan rasa mengantuk.”

“Tidurlah kejap. Biar abang tolong siapkan akaun ni. Sikit aje pun lagi kan?” tanpa menunggu jawapan dari Syauqina, Afham segera mengambil laptop itu lalu diletakkan di atas meja berdekatan.

Afham memberi isyarat agar Syauqina berehat. Syauqina terpaksa menurut lalu dia merebahkan badannya di atas sofa yang berada di penjuru bilik pejabat. Masa berlalu dengan pantas. Syauqina terjaga dek kerana bunyi ketukan pada pintu pejabat.

Syauqina bingkas bangun. Dia memandang sekeliling dan matanya terhenti pada seseorang. Aizat! Kenapa dia di sini?

“Morning, princess. Dah sedar?” Aizat tersenyum melihat Syauqina terpisat-pisat menggosok matanya.

“Kenapa awak ada kat sini? Mana Afham?” tegas dia bertanya. Geram melihat senyuman yang menghiasi bibir Aizat.

“Kenapa bising-bising ni, Syuq? Sampai kat pantry boleh dengar suara ‘merdu’ awak tu.” Afham tiba dengan menatang dulang yang berisi sejag jus oren dan dua biji gelas.

“Abang, kenapa pakcik tak cukup sifat ni ada kat sini?” rengek Syauqina manja. Mata Aizat bulat. ‘Pakcik tak cukup sifat budak ni panggil aku?’ Aizat bertambah geram apabila Afham ketawa.

Afham meletakkan dulang di atas meja. “Syuq, pergi basuh muka. Ada air liur basi tu.” Habis sahaja dia bercakap, terus dia dibaling dengan kasut yang dipakai Syauqina.

“Oit! Sakit kepala abang. Syuq ingat kasut tu lembut ke?” marah Afham. Syauqina hanya mencebik manakala Aizat sudah menelan liur. ‘Bapak garang minah ni. Matilah aku bila dah kahwin ngan dia. Eh? Aku melalut apa ni sampai nak kahwin bagai?’ Aizat mengetuk-ngetuk kepalanya perlahan. Afham perasan akan kelakuan Aizat memandangnya pelik.

“Kau ni kenapa? Ketuk kepala macam orang sewel.” Tegur Afham sebaik sahaja Syauqina berlalu. Aizat hanya tersengih. “By the way, what brings you here? Bukan dulu kau dah reject adik aku ke?”

“Aku saje aje nak tengok dia okey tak. Lepas apa yang jadi, aku rasa dia perlukan moral support.”

“She do need support, but definitely not from you. Kau ni bukannya bermoral sangat pun. Kau dah buat dia marah dulu, kes kenal-kenal tu.”

“Dia marah? Alamak!” Aizat mula cuak. Betul ke tindakan dia ni? “Maunya tak marah. Dia dahlah ikut arahan ibu aje, dengan separuh hati dia pergi jumpa kau, kononnya nak kenal je but then kau perli-perli dia. Housemate dia text aku malam tu kata Syuq naik angin.”

Afham menahan tawa melihat Aizat mula gelisah. ‘Tau pun takut.’ Afham sebelum ini sudah beberapa kali bertemu dengan Aizat. Hanya Syauqina yang tidak mengenali lelaki itu kerana Aizat jarang berada di rumah sewaktu Syauqina berkunjung.

Aizat memandang sekeliling ruang pejabat itu. Di satu sudut, terdapat beberapa keping gambar yang dilekatkan pada white board bersaiz kecil dengan menggunakan magnet. Aizat bangun untuk melihat gambar tersebut. Sebaik sahaja gambar-gambar itu terpapar di ruang matanya, Aizat tersenyum. Gambar keluarga. Terdapat lima orang yang tersenyum gembira di situ.

“Itu masa Syuq mula-mula masuk uni. We were happy back then. Yang lain tu gambar dia dengan kawan-kawan. That one dia dengan senior dia.” Jari Afham menunjuk kepada sekeping foto yang terdapat Syauqina dan seorang lelaki. Senyuman di bibir Aizat sirna.

“Boyfriend?”

“Ha? Naa..Syuq prefer to stay single. Saham tak jatuh katanya. That guy tu yang tolong dia masa dia accident dulu.” Ujar Afham selamba.

“Accident? Teruk ke?” Aizat bertanya cemas. Afham ketawa. “Takde apalah sangat pun.” Mereka terus berbual tanpa menyedari Syauqina telah kembali.

Gadis itu hanya memerhati tanpa mahu menganggu. Hati Syauqina terdetik bahawa ini yang dia mahukan jika dia memilih pasangan hidup. Seseorang yang mampu menerima keluarganya dan menjadi sahabat kepada Afham. Sayangnya pada Afham sangat mendalam walaupun Afham hanyalah abang susuannya.

Dia bersyukur kerana dengan adanya Afham, tidaklah mereka sekeluarga merasa terlalu sunyi apatah lagi dengan kehilangan Anis. Syauqina berdehem. Serentak itu, Afham dan Aizat berpaling ke belakang.

“Abang, kerja kita dah siap kan? Jomlah kita balik. Syuq rasa tak sihatlah.” Rayu Syauqina manja. Afham menggeleng. Tahu sangat trick adik menjanya itu. Mesti dia tak selesa dengan kehadiran Aizat.

“Okey tapi kita singgah kat café dulu. Abang nak ambil creampuff untuk ibu. Aizat, join us?” pelawaan Afham segera disambut Aizat walaupun dia perasan ‘tuan puteri’ itu sudah memasamkan wajahnya.

Mereka bergerak ke Café Ami dengan menaiki dua kereta selepas Syauqina siap mengeluarkan arahan untuk pekerja salunnya. Malahan Afham sempat menjenguk taska milik arwah ibu bapanya yang terletak disebelah salun Syauqina. Taska itu dijaga oleh Syauqina kerana gadis itu mempunyai kelayakan berbanding dirinya sendiri.

Sebaik sahaja tiba di Café Ami, Syauqina segera masuk tanpa memandang ke arah belakang kerana dia tahu Aizat berada di situ.  Langkah Aizat terhenti di depan pintu café.

“Bro, ni ke café kau?”

“Yep. Kenapa?” Afham memandang hairan Aizat yang telah terkaku di depan cafenya. ‘Kena sampuk ke apa budak ni?’ fikir Afham manakala Aizat masih terkedu di sisinya.

‘Ya Allah. Banyak betul aku salah sangka pada Syauqina. Café ni milik abang dia rupanya.’

1

Be My Soulmate? – Love 23

“Syuq, Rin, korang ikut tau. Jangan cancel pulak.”

“Pergi mana ni?” tanya Syauqina. Dia menggosok-gosok matanya yang kelihatan bengkak. Arina mencubit lengan Syauqina manja.

“Ish, anak dara ni. Tu lah, bangun lewat lagi. Kan dah mamai tu. Kita kan dah janji nak pergi jumpa tunang minah ni. Kau lupa ey?”

“Tunang? Oh..Asyraf ye? Okey-okey. Nak pergi pukul berapa ni?” baru Syauqina ingat akan janji mereka beberapa hari lepas.

“Pukul satu. Kau pergilah mandi dulu, nanti kita masak sama-sama.” Ujar Syaira tersenyum.

“Kita? Sejak bila kau pandai masak, Ira?” sinis Arina menyindir. Syaira menjerit. Geram dengan perlian Arina.

“Siaplah kau, Rin. Aku tak pandai masak ye? Macamlah kau tu Master Chef Malaysia.” Syaira membalas kutukan Arina. Syauqina sudah masuk ke dalam bilik air. Malas ikut campur dengan pertengkaran mereka.

“Ira, kau rasa Syuq tu dah betul-betul okey ke? Last night dia nangis lagi.” bisik Arina. Dia risau melihat Syauqina yang masih bersedih dengan kehilangan kakaknya.

“Insyaallah dia akan okey, Rin. Aku risau jugak sebenarnya tapi kalau kita tinggalkan dia, aku takut nanti sedih dia melarat. Lagipun, ibu dia yang suruh aku bawak Syuq keluar. Sejak hari tu kan Syuq jarang keluar.” Balas Syaira dengan nada yang sama.

Arina mengangguk. Sudah seminggu mereka dikejutkan dengan berita kematian Anis dan selama itulah Syauqina sering menangis. Mereka benar-benar berharap Syauqina akan kembali menjadi dirinya sendiri tak lama lagi walaupun mereka tahu keadaan tak akan sama seperti dahulu.

“Eh, kau perasan tak perempuan yang datang malam tahlil tu? Yang dengan Afham tu.” Tanya Arina.

“Yang tengok Syuq semacam tu ey? Kenapa dengan dia?” Syaira masih ingat gadis itu merenung Syauqina dengan wajah keliru. Arina menggeleng tanda tidak tahu.

“Dah-dahlah. Forget about it okey. Jom kita prepare bahan nak masak.” Kedua mereka bergegas ke dapur sebelum Syauqina selesai mandi bagi mengelakkan angin monsun timur laut membadai rumah mereka.

Syauqina menyanyi-nyanyi perlahan menuju ke dapur. Gelagat Syaira yang mengesat air matanya mencuri perhatian Syauqina. “Woi, makcik. Kupas bawang pun boleh meleleh camtu ke? Nampak sangat jarang masuk dapur. Haha.” Hampir terlepas pisau di tangan Syaira.

“Kau ni kan..kalau tak kejutkan aku tak boleh ke? Tak nampak aku pegang apa ni? Karang tak sempat aku kahwin, aku dah masuk dalam tanah.” Marah Syaira. Wajahnya kelat. Arina hanya tersengih melihat mereka.

“Yang kau tu duk sengih katak tu apa kes? Cepatlah potong salad tu. Karang lewat pulak kita.” Arina terus kembali kepada tugasnya apabila giliran dia dimarahi Syaira. Syauqina hanya ketawa. Dia mencapai apron lalu memulakan tugasnya di dapur.

Hazwan memakir keretanya berhampiran taman rekreasi yang dijanjikan. Amirul keluar dari kereta dengan tangannya membimbit tikar. Aizat menguap kecil. Mana tidaknya, awal pagi lagi dia dah bangun dari tidur. Dia dipaksa oleh Nadhirah untuk menemani gadis itu jogging di kawasan perumahan mereka.

“Mananya ‘ bakal’ kau ni, Mirul? Perut aku dah buat konsert ni.” Hazwan memandang sekeliling. Padahal bukan dia tak kenal tunang Amirul tu. Memang dia sedia maklum tunang sepupunya itu agak ‘slow’ untuk bersiap.

“Sabarlah. Perut aku ni dah buat oppa gangnam style tapi aku cool aje.” Kata Amirul cuba menenangkan Hazwan. Aizat ketawa. Oppa gangnam style? Kejadah betul lagu tu. Bawak pengaruh negatif pada generasi muda.

Sebuah Suzuki Swift berwarna merah meluncur laju memasuki perkarangan taman rekreasi itu. Hazwan berdehem. Kelihatan tiga orang gadis keluar dari kereta dengan picnic basket. Derai tawa mengiringi mereka bertiga.

“Hai, Asy. Sorrylah saya lambat. Traffic jam tadi.” Sapa Syaira dengan rasa bersalah. Amirul hanya tersenyum.

“Guys, meet my fiancée, Syaira. Tu housemate dia, Rin and Syuq. Aizat, tolong tutup mulut sebelum ada lalat buat sarang kat dalam tu.” Tegur Amirul apabila melihat Aizat ternganga melihat Syauqina yang turut berada disitu. Syauqina turut tergamam. ‘Aizat ni kawan Asy? Urghh..’ desis hatinya.

‘Biar betul ni? Tak sangka Syuq yang Mirul pernah cerita tu Syuq sama yang aku kenal.’ Aizat bermonolog sendiri. Hazwan, Amirul , Syaira dan Arina berpandangan. Reaksi Aizat dan Syauqina mengundang tanda tanya.

“Hi. Nice to meet you guys.” Sapa Syauqina beberapa saat kemudian. Liur ditelan beberapa kali bagi mengurangkan rasa gugup. Aizat juga dilihat cuba menenangkan dirinya.

“Okeylah. Semua dah lapar kan? Jomlah makan. Kami dah masak special ni.” Syaira mula bergerak ke arah pokok rendang yang berdekatan. Yang lain mengikuti langkah gadis itu. Syauqina berjalan perlahan di belakang. Aizat yang menyedarinya mula memperlahankan langkah untuk bersaing dengan Syauqina.

“Kenapa tak bagitau awak ni housemate tunang kawan saya?” bisik Aizat ke telinga Syauqina. Syauqina menjeling Aizat tajam.

“Manalah saya tahu Asyraf tu kawan awak. Kalau saya tahu, memang saya takkan datang sini hari ni. Baik duduk rumah je dari tengok mamat sengal macam awak ni.” Sindir Syauqina sinis. Aizat tersenyum.

“Macam pelik aje awak panggil Amirul tu Asyraf. Tapi kan, awak nampak sweet sangat sekarang ni dengan muka merah dan mulut muncung itik tu.” Giat Aizat tersenyum nakal. Terkejut Syauqina dengan kata-kata Aizat itu. Pantas dia melibas Aizat dengan sling bagnya.

Aizat hanya ketawa lalu berlari meninggalkan Syauqina yang masih marah. Tanpa disedari, gelagat mereka berdua diperhatikan oleh teman-teman yang setia menunggu mereka dibawah pokok. Minda masing-masing sudah tertanya-tanya apabila mereka nampak seperti sudah kenal lama.

“Dah puas bercinta? Dahlah bercinta tengah panas. Mana tak naik angin tuan puteri tu.” Sinis sahaja kata-kata Amirul yang sampai ke pendengaran Aizat.  Yang lain dilihatnya sibuk mengatur makanan.

“Mana ada bercinta. Aku just tegur budak tu.” Balas Aizat ringkas. Malas ingin memanjangkan isu tersebut.

Syauqina langsung tidak memandang Aizat sepanjang perkelahan itu. Dia malu. Tambahan lagi Arina asyik tersenyum-senyum memandangnya silih berganti dengan Aizat. ‘Si Aizat ni pun satu. Dalam banyak-banyak tempat, kat sebelah aku jugak dia nak menyibuk?’

Aizat pula sengaja memilih untuk duduk sebelah Syauqina. Dia ingin sekali melihat reaksi gadis manis itu. Selebihnya dia cuba untuk membuat Syauqina marah. Dia lebih suka gadis itu marah dari diam seribu bahasa dan tunduk muram. Berita musibah yang menimpa keluarga Syauqina telah sampai kepadanya sewaktu dia masih di Jepun. Dia tumpang simpati.

“Hey, aku belum decide lagilah siapa nak jadi bestman aku nanti. So, any volunteer?” Amirul memandang Aizat dan Hazwan silih berganti. Pantas Aizat menggeleng. Biarlah Hazwan yang jadi bestman. Dia tak sanggup.

“Siapa bridesmaid awak,Ira?”

“Syuq. Rin ni malu sangat nak jadi pengapit.” Balas Syaira, menjawab soalan Hazwan.

“Ha! Kalau camtu, Aizat jelah yang jadi bestman kau, Mirul. Mana tau ada jodoh dengan Syuq.” Spontan Aizat menyemburkan air yang diminumnya. Nasib baik dihadapannya tiada orang, kalau tak memang kuyuplah manusia malang itu.

Aizat terbatuk-batuk kecil. Muncul pula rasa simpati Syauqina pada lelaki itu apatah lagi Amirul dan Hazwan tiada usaha untuk membantu Aizat. Mereka hanya ketawa dengan reaksi temannya itu. Syauqina menepuk perlahan belakang Aizat dengan niat ingin membantu.

“Syuq, I’m okey. Thanks.” Aizat melarikan sedikit badannya daripada Syauqina. Dia tak ingin gadis itu terus menjadi bahan usikan rakan-rakannya. Dia memandang Syauqina dari ekor mata dan kelihatan gadis itu mengganguk faham. Seulas senyuman dihadiahkan buat ‘sang puteri’.

“Kot ye pun dah berkenan, janganlah pandang anak orang camtu sekali, Zat.” Tegur Hazwan. Wajah Aizat berubah merah. Dia mencapai cawan kertas lalu dibaling cawan itu mengenai kepala Hazwan yang tidak sempat mengelak. Yang lain hanya ketawa melihat rambut Hazwan yang sedikit basah akibat terkena saki baki air yang berada di dalam cawan.

2

Be My Soulmate? – Love 22

Syauqina menjerit sepuas hati. Keadaan pantai yang lengang membolehkan dia bertindak sedemikian tanpa sesiapa memandangnya dengan perasaan pelik. Afham yang duduk berhampiran gadis itu hanya memandang tanpa mahu menganggu. Secara tiba-tiba hari ini Syauqina mengheretnya masuk ke dalam kereta lalu membawanya ke pantai.
Afham sedar semua ini terjadi setelah mereka menerima berita kejadian yang menimpa Anis. Walaupun berulang kali Syauqina menyatakan bahawa dia sudah tak peduli lagi tentang kakaknya itu, jauh di sudut hati Syauqina, dia masih menyanyangi Anis.
Afham mengeluh. Sudah tiga hari Syauqina tidak bekerja. Untung saja gadis itu tidak bekerja makan gaji, kalau tak, mesti dah kena warning.

Dia juga sibuk sebenarnya. Berita tentang kemalangan yang menyebabkan kematian Anis sekeluarga mengubah keluarga mereka.Encik Rahimi hanya diam sewaktu menuntut jenazah anaknya sementara Puan Intan asyik menangis. Afham sedaya upaya menahan sebak tatkala mengiringi jenazah ke perkuburan.

Afham membuang pandang ke gigi air. Dia tahu Syauqina sedang bersedih. Dia turut merasa kehilangan Anis apatah lagi mereka berdua sebaya. Sejak umurnya enam bulan lagi dia sudah tinggal bersama dengan keluarga Syauqina. Memang benar apa yang diberitahu kepada Lily, bahawa dia dan Syauqina adalah sepupu namun kenyataan bahawa dia juga merupakan abang kepada Syauqina tidak pula dia menyatakannya. Dia enggan menyebutnya di hadapan Adrien tempoh hari.
“Abang, jom kita balik? Syuq peninglah.” Suara manja Syauqina membawa Afham kembali kepada realiti. Wajah merah Syauqina mencuri pandangannya. Lantas dia bangun dari duduknya yang selesa.
“Syuq, abang rasa abang nak tangguhlah majlis abang nanti. Rasa macam tak appropriate aje kalau abang buat majlis dalam keadaan macam ni.” Afham merenung jauh ke arah pantai yang membiru. Syauqina menepuk lengan Afham kuat.
“Apa ni? Takkan abang nak tangguh semata-mata sebab ni? Lagipun majlis tu kan lagi enam bulan. Sempatlah kita prepare semua.”
“Bukan sebab ni aje, Syuq. Actually, abang bagitau Lily and the rest yang abang ni cousin Syuq je hari tu. Abang tak bagitau fasal kita adik-beradik.” Syauqina berhenti melangkah. Dia memandang Afham tajam.
“Abang kata abang dah settlekan hal ni. Ish, tak boleh harap langsung. Nanti kalau jadi pape, abang tanggunglah sendiri.” Syauqina terus berlalu meninggalkan Afham keseorangan.
——————————————————————————–
Nadhirah berlari-lari anak menuju ke pintu sebaik sahaja mendengar bunyi enjin kereta. Pasti Aizat. Abangnya itu akan pulang ke Malaysia hari ini selepas dua bulan ‘bertapa’ di negara matahari terbit. Maisara dan Puan Hajar pula sibuk di dapur, menyiapkan makan tengah hari buat mereka sekeluarga.
“Along! I miss you!” jerit Nadhirah riang apabila Aizat membuka pintu kereta. Aizat terus memeluk Nadhirah. Encik Shukri hanya tersenyum memerhatikan telatah mereka dua beradik.
“Mana oleh-oleh untuk Nana? Nak tengok.” Nada suaranya penuh keterujaan.

“Mana ada along beli oleh-oleh. Membazir aje.” Muncung mulut Nadhirah mendengar kata-kata Aizat.

“Mana Sara? Ish, along balik ni pun tak nak sambut ke?” rungut Aizat.

“Amboi, mulut. Kalau bab mengutuk, serah aje kat dia. Sara ni penat-penat masak untuk dia. Bukan nak berterima kasih, lagi dikutuknya kita adalah.” Sampuk Maisara yang baru muncul. Aizat hanya tersengih.

Aizat menhulurkan sebuah beg sandang kepada Maisara. Gadis itu tanpa soal membawa beg masuk ke dalam rumah diikuti oleh Nadhirah yang masih merajuk juga Aizat. Encik Shukri sudah berada di ruang tamu bersama beg pakaian Aizat. Puan Hajar lantas memeluk satu-satunya anak lelakinya erat.
“Dah-dah. Nanti-nantilah awak lepaskan rindu pada anak kesayangan awak tu. Sekarang kita makan dulu. Perut saya ni dah berdondang sayang pun.” Mereka ketawa mendengar gurauan itu.
Selesai makan, Aizat mengajak mereka semua kembali ke ruang tamu. Beg sandangnya dicapai lalu dibuka. Terserlahlah beberapa kotak hadiah yang berbalut cantik. Nadhirah tersenyum lebar tatkala Aizat menghulurkan sebuah kotak bersaiz sederhana kepadanya. Maisara mencium pipi abangnya manja tanda terima kasih kerana membelikannya beg yang telah lama dia inginkan.
Selesai acara menyampaikan sourvenir, Aizat meminta diri untuk naik ke bilik. Dia ingin berehat selepas penat menaiki pesawat beberapa jam. Maisara pula segera bersiap untuk pulang ke kolejnya dengan dihantar oleh Encik Shukri.
Aizat sedang berbaring di atas katil apabila secara tiba-tiba, telefon bimbitnya berbunyi nyaring. Dengan malas, Aizat mencapai telefon. Tertera nama Amirul di skrin. “Bro, what’s up? Aku penat ni.”
“Weh, aku nak ajak kau lunch esok. Bonding ngan ‘bakal’ aku. Nak tak?” riang suara di sebelah sana. Aizat berfikir seketika. “Zat, zat? Kau dah tidur ke hapa?”
“Aku tak tidurlah mangkuk! Tengah fikir ni. Jumpa bakal kakak ipar aku kan? Bolehlah.” Ringkas Aizat berkata. Dia benar-benar penat sekarang.
“Copy that. Esok aku ambil kau kat rumah parents kau ke?”
“Tak payah. Pagi esok aku balik sana.” Selepas bertukar salam, Aizat terus mematikan telefonnya. Dia ingin berehat tanpa gangguan.
Aizat terasa seolah-olah dia baru sahaja lena apabila dia terdengar ketukan bertalu-talu. Dengan perasaan malas, dia bangun lalu menuju ke pintu. Kelihatan wajah Puan Hajar disebalik pintu. “Along, baru bangun ke? Subuh dah nak habis ni. Nanti turun breakfast okey. Mak ada masak nasi lemak pagi ni.” Lembut Puan Hajar bersuara. Rambut Aizat diusap perlahan. Aizat menguap.

“Nasi lemak? Bestnya. Sekarang ni pukul berapa mak?” “Pukul 6.45. Kenapa?” tersentak Aizat mendengar jawapan itu. ‘Dah hampir pukul 7? Ya Allah, lenanya aku tidur.’ Cepat-cepat dia berlari ke bilik air untuk mngambil wuduk.
“Along nak balik rumah sewa terus ke lepas ni?” soal Nadhirah ketika mereka di meja makan. Wajah berselera abangnya direnung.
“Ye. Lagipun tengah hari ni abang Mirul ajak along pergi makan dengan tunang dia. Kan tak lama lagi dah majlis dia.”
“Mirul dah nak kahwin. Along bila lagi?” terus Aizat tersedak mendengar pertanyaan Encik Shukri. Nadhirah ketawa melihat reaksi Aizat. Puan Hajar menghulurkan air sambil menggosok-gosok belakang anaknya.

“Apa ni ayah? Tak lawak langsunglah.” Aizat mencebik. “Memanglah tak lawak. Ayah bukan buat lawak pun. Ayah tanya serius ni. Along pun dah nak masuk 26 tahun.”
“Ayah, come on. Along ni lelaki bukan perempuan nak risau belum kahwin time-time umur camni. Tak payah fikir kot-kot nanti jadi andalusia pun.” Aizat bersuara bosan. Sejak putus dengan Rania, dia malas nak fikir soal kahwin lagi.
“Along, ayah cuma tanya aje. Tak payahlah buat muka camtu. Nanti rezeki lari.” Pujuk Puan Hajar lembut. Nadhirah hanya diam menyuap makanan. Alongnya itu asyik sentap aje sejak-sejak putus dengan Rania.

0

Be My Soulmate? – Love 21

“Do you believe him, Lily? About him and Syuq?” Mika merenung Lily yang bersahaja.

“Sure. Kalau Afham cakap Syuq tu sepupu dia, mestilah betul, kan? Mustahil dia nak reka cerita.” ujar Lily tanpa keraguan.

Muhaimin hanya diam. Fikirannya masih memikirkan Syauqina yang enggan bertemu dengannya sejak peristiwa di Cafe Ami dua hari lepas. Muhaimin mengangkat wajahnya apabila terasa dirinya diperhatikan. Perasaannya itu ternyata benar kerana Adrien sedang merenungnya tajam.

“Kau kenapa?” soalnya pada Adrien yang melarikan pandangan ke arah lain. Adrien menggeleng. Lily bangun dari kerusi lalu menghilangkan diri ke pantri. Mika mengambil kesempatan ini untuk menyoal kedua mereka.

“Kau camne, Amin? Percaya yang ‘girlfriend’ kau tu cousin Afham?” Mika sengaja menekan perkataan girlfriend itu. Muahimin mengangkat bahu.

“Entahlah. Syuq tak explain apa-apa pun pada aku. And for your information, Syuq tu bukannya girlfriend aku.” Mika terkejut dengan kenyataan Muhaimin itu. Baru sahaja dia ingin mengutarakan soalan, Adrien sudah mencelah.

“I trust them. Afham tu Afham Radzi kan? Tuan punya taska yang Syuq uruskan?” Adrien bersuara tanpa memandang kedua mereka.

“How do you know? I pernah bagitau ke nama penuh Afham?  I pun tak tahu Syuq ada handle taska.” tanpa amaran, Lily muncul di hadapan mereka semua.

“Macam mana i tahu tak perlulah you guys tahu. Lily, Syuq tu baik. Just trust her. Hari tu pun diorang gaduh sebab Syuq pertahankan you. Tu aje yang perlu you tahu.” Adrien terus bangun dari kerusi lalu mencapai briefcasenya. Sudah tamat waktu pejabat dan dia enggan bersama mereka lebih lama. Dia perlukan ketenangan.

Adrien meninggalkan mereka bertiga terpinga-pinga disitu. Muhaimin dan Lily saling bertukar pandangan. Mika mengerut dahi perlahan. ‘Bila masanya si Rien ni contact Syuq?’

__________________________________________________________________________________________________

“Ma, kalau Rien nak convert boleh tak?” perlahan Adrien bertanya pada Puan Linda yang sedang menjahit butang baju kemeja papanya.

“Come again. Mama tak dengarlah.” Puan Linda sedikit tersentak apabila Adrien kembali mengulangi pertanyaannya. Dia memandang ke arah satu-satunya anak lelakinya itu.

“Are you for real? Bila you dah convert, you tak boleh patah balik, Rien. This isn’t a game to play. You need to be serious and sincere. I mean dead serious, Rien.”

Riak wajah Adrien kekal serius. Dia ingin mamanya tahu bahawa dia memang betul-betul serius kali ini. Bukan seperti dahulu. Puan Linda mengeluh.

“Ma, just cakap yes or no. Simple je, kan?”

“Kenapa ni, Rien? It’s about that girl again? Jangan buat perangai macam dulu dahlah. Ma tak nak tengok anak-anak ma gaduh lagi.” Puan Linda pasti keputusan Adrien pasti dibayangi oleh Syauqina, gadis pujaannya dahulu.

Entah dimana silapnya perhubungan mereka, Adrien berlaku curang dengan sepupu Syauqina sendiri membuatkan Syauqina membuang terus Adrien dari hidupnya. Namun gadis manis itu tetap menerima dan berhubung dengan anak-anak perempuannya. Adrien pula menyesali perbuatannya apabila Syauqina enggan bersua muka dengannya lagi. Kerana peristiwa itu juga, Adrien tidak meneruskan keputusannya untuk menukar agama.

“Rien, sweetheart, ma terima kalau itu apa yang Rien inginkan. Tapi ma nak tahu, Rien buat semua ni sebab nak pikat Syauqina balik atau betul-betul ikhlas? Atau dah jumpa orang lain?” wajah Adrien ditenung dalam. Adrien terdiam.

“Ma, i love her. I love her more than word can describe. I want her back in my life. Of course i’m sincere..”

“Sincere? Are you sure?” potong Puan Linda pantas. Adrien terkedu.

“Ma, i want to take her as my bride. Would you give me your blessing?” Adrien menggengam erat kedua tangan Puan Linda.

“Adrien! Of course i’ll give my blessing. Ma happy kalau Syuq jadi part of family but, is she already forgive you?” Adrien mengangguk.

“Sure. Tengoklah cara dia treat Rien hari tu. Like lil’ old Syuq kan?” lebar senyuman Adrien mengingatkan layanan Syauqina di hospital tempoh hari. Walaupun Syauqina tidak lagi menghubunginya selepas itu, dia menganggap Syauqina mungkin malu untuk memulakan langkah pertama selepas bertahun tidak bersua.

Puan Linda hanya diam. Mengikut kata Sienna dan Adaliz, Syauqina tidak menghubungi Adrien dalam apa cara sekalipun selepas peristiwa di hospital dahulu. Mungkin juga pasangan itu berhubungan di belakang mereka semua.

“Nanti ma inform pa tentang hal ni, okey? Rien kena pergi dulu. Ada hal sikit.” Puan Linda memandang Adrien hairan. Belum sempat dia bertanya arah tujuan Adrien, lelaki itu telah menghilang di sebalik pintu rumah. Mika pernah memberitahunya tidak lama dahulu bahawa Adrien kerap menghilangkan diri pada waktu-waktu tertentu terutamanya pada hujung minggu.

Adrien berjalan menuju ke keretanya yang diparkir di basement dengan senyuman yang tidak padam. Syukur, mamanya tidak banyak bersoal mengenai hal itu kali ini. Hajatnya yang terbantut dua tahun dahulu mungkin dapat diteruskan dengan restu orang tuanya kini.

Sienna memandang susuk tubuh yang berjalan menuju ke arah bertentangan dengan penuh khusyuk. Dia seakan biasa melihat gaya lelaki itu. Adrien! Belum sempat dia menyeru nama abangnya itu, Adrien telah menghilang. Ajaib betul. Adaliz mencuit bahu kakaknya.

“Sien? Kenapa?”

“I nampak Rien. Laju sangat dia jalan, tak sempat panggil pun. Dahlah balik tak bagitau.” Rungut Sienna. Sudah seminggu dia tidak bertemu dengan abangnya. Dia rindu hendak bertikam lidah dengan Adrien.

“Ala, nanti kita suruhlah dia belanja makan. Bukan tak biasa. Cepatlah jalan. Beg Lizzy berat ni.” Adaliz menolak-nolak tubuh Sienna. ‘Mengada betul budak ni. Beg ringan macam tu pun kata berat.’ Desis Sienna di dalam hati.

Mereka bergerak manuju ke lif. Butang lif ditekan. Sebaik sahaja tiba di tingkat 3, Adaliz berlari-lari anak untuk menekan loceng rumahnya. Terpancul wajah manis Puan Linda sebaik sahaja pintu dibuka.

“Kenapa lambat sangat? Rien baru aje balik.” Tegur Puan Linda. Mereka berdua tiba ke rumah agak lewat dari kebiasaan sedangkan pusat tuisyen yang dihadiri Adaliz hanya mengambil masa 15 minit perjalanan.

“Macam biasalah, ma. Traffic jam.” Jawab Sienna selamba.

 

*maaf atas kelewatn. sy agk sibuk, maklumlah, bru pindah. try nk adapt dlu dgn suasana ceruk hutan yg xde wifi ni. insyaallah, entry seterusnya akn di post tak lama lg. hrp brsabar n segala kesulitn amat dkesali. 🙂
thx utk sokongn anda ❤

2

Be My Soulmate? – Love 20

“Anis, kau dah gila ye? Kau ingat aku ni apa? Anak tak guna macam kau?” tengking Syauqina. Sabarnya benar-benar teruji di atas permintaan kakaknya itu.

“Hey, kau ingat kau tu baik sangat? Kurang ajar betul! Tak tahu nak hormat orang tua. Aku ni kakak kau! Bangang!” marah Anis lalu badan adiknya itu disepak kuat. Syauqina terjatuh.

“Kurang ajar? Kau kata aku ni kurang ajar? Hey, cermin lah diri tu sikit. Seteruk-teruk aku pun, aku takde lah pergi nikah macam takde mak bapak! Bila dah pregnant, balik rumah mintak simpati pulak. Tak sedar diri tu dah malukan keluarga! Kau..” belum sempat Syauqina menghabiskan kata, pipinya ditampar kuat oleh Anis.

Tangan Syauqina ditarik kuat lalu sekali lagi Anis menendang adiknya. Saiz adiknya yang lebih kecil memudahkan Anis untuk memukul Syauqina. Syauqina cuba melawan namun tenaganya tidak mampu untuk menjatuhkan kakaknya yang dua kali ganda saiznya. Syauqina menarik rambut Anis tetapi terlepas apabila Anis merentap tangannya kasar. Sekali lagi Anis mengangkat tangan untuk menampar Syauqina namun pergerakannya terhenti.

Rahimi memegang kemas tangan Anis, sekaligus menghalang Anis dari terus menyakiti Syauqina. Anis terkejut. Kemunculan ayahnya secara tiba-tiba membantutkan rancangannya. Rahimi memandang tajam mereka berdua. Renungan Rahimi menakutkan Anis dan Syauqina.

“Kenapa ni? Dah gila ke? Tengah-tengah malam korang bergaduh ni apasal?” suara Rahimi bagaikan petir kuatnya.

“Ni budak ni kurang ajar sangat. Anis nak ajar dia sikit cara nak hormat orang tua.” ujar Anis cuba untuk membela dirinya.

“Syuq kurang ajar jadi kau nak tolong ajarkan dia? Oh, bagus lah! Lepas tu dari kurang ajar terus Syuq jadi betina tak tahu malu macam kau kan?” kaku Anis mendengarkan pertanyaan Rahimi.

“Kenapa senyap? Jawab lah! Tiba-tiba dah jadi bisu?” Rahimi mencengkam kuat dagu Anis. Kemarahan jelas terpapar pada riak wajahnya.

“Dah lah tu! Buat apa nak marah lagi budak ni? Cukup-cukup lah. Malu kalau orang dengar.” Intan menarik tangan suaminya. Cuba untuk menenangkan lelaki itu.

“Malu? Aku dah cukup malu dengan perangai si Anis ni! Mana aku nak letak muka bila semua orang tanya pasal dia? Dah lah balik tiba-tiba, dengan perut nak meletup pulak tu! Nikah tak bagitau family, tapi bila laki buat hal, pandai kau cari kami. Hey, Anis! Dengar sini baik-baik! Kau tak payah nak paksa-paksa Syuq beri kau duit. Mana laki kau yang kau banggakan sangat tu? Dia tak bagi duit ke? Tak mampu? Aku dah lucutkan jawatan kau kat company aku. Semua dah jadi milik Syuq. Kau jangan berani nak sentuh apa-apa. Aku bagi kau tumpang kat sini dah cukup bagus.”

Anis terpempan. Patut lah sudah lama Rahimi tidak memasukkan duit ke dalam akaunnya. Rupanya Syauqina yang dapat semua bahagian itu. Perasaan marah membuak-buak di dalam dadanya. Dia bencikan Syauqina. Melihat Rahimi mengalihkan pandangan dari mereka berdua, Anis mengambil kesempatan itu untuk menyerang.

Dia menarik rambut panjang Syauqina sehingga gadis itu jatuh terlentang. Anis memijak perut adiknya kuat. Hilang sudah perasaan sayangnya pada Syauqina. Hanya geram dan dendam akibat di tengking oleh Rahimi. Sepanjang hidupnya, Rahimi hanya akan meninggikan suara dan menaikkan tangan pada Syauqina, bukannya dia. Syauqina yang terkejut tidak sempat mempertahankan diri. Jeritannya memecah kesunyian malam.

“Tak guna! Berani kau!” Rahimi menolak Anis sekuat hatinya. Intan sudah menerpa ke arah Syauqina yang terbaring lemah. Segera dia memangku kepala anaknya. Rahimi pula berdepan dengan Anis.

“Kau pergi dari sini! Aku takde anak macam kau. Kau pergi balik pada suami kau, sekarang jugak! Afham! Afham!” lelaki yang sejak awal memerhatikan mereka dari ruang makan segera bergerak ke arah Rahimi.

“Afham, kau pergi ambil buku cek kat dalam laci. Cepat!” Afham berlari ke bilik bacaan untuk memenuhi permintaan Rahimi. Sebaik sahaja cek ditulis, Rahimi menyerahkannya kepada Afham. Anis hanya memandang. Rahimi menyuruh isterinya memapah Syauqina ke dalam bilik.

Afham memberi isyarat kepada Anis agar segera berkemas. Anis segera bangkit. Afham akan menghantarnya pergi. Itu pasti. Afham sangat patuh pada Rahimi kerana lelaki itu yang membesarkannya selama ini.

__________________________________________________________________________________________________

Afham terjaga dari tidur. Dia mengosok matanya sebelum mengucap panjang. ‘Dah dua tahun peristiwa tu terjadi. Kenapa tiba-tiba malam ni aku mimpikan kejadian malam tu?’ bisiknya lemah. Afham menjeling jam di atas meja. Pukul 3.00 pagi. Dia mengusap perlahan wajahnya.

Baru sahaja Afham ingin kembali merebahkan badannya secara tiba-tiba telefon bimbitnya yang berada di atas meja bergetar. Laju sahaja dia mencapai telefonnya. Jarang sekali telefonnya dihubungi pada waktu malam kecuali ada kecemasan seperti kematian.

Tertera nama Syauqina pada skrin telefon bimbitnya. Segera dia menjawab panggilan tersebut. Pasti ada perkara penting yang ingin disampaikan oleh Syauqina. Dia mengengam erat telefon bimbitnya sebaik sahaja mendengar berita yang disampaikan oleh gadis itu. Setitis air matanya menitik perlahan di pipi.

*harap maaf. brlaku ‘kesilpn teknikl’ semasa mengupdate bab 18 & 19. bab 19 trlbey awl dikeluarkn brbndg bab18. *

0

Be My Soulmate? – Love 18

“Kahwin? Seriously? Dengan siapa?” penuh teruja Muhaimin bertanya. Lily hanya tersenyum lebar. Wajah terkejut Adrien dan Mika dipandang sekilas.

“Afham of course. Dia kan buah hati pengarang jantung i. Tak kan i nak kahwin dengan Rien pulak kan?” ujar Lily separuh bergurau. Lengan Adrien ditolak perlahan. Mika ternganga.

“Hey! Kot ye pun terkejut, tutup lah mulut you tu, Mika. Bukan you tak kenal Afham pun kan?” Mika berpandangan dengan Adrien.

“Bukan tak kenal tapi bukan ke Afham tu ada..” Adrien menutup mulut Mika dengan tangan kirinya. Cuba menghalang Mika dari memberitahu Lily apa yang mereka lihat tidak lama dulu.

“Afham ada apa?” soal Lily. Muhaimin memandang Mika dan Adrien silih berganti.

“Tak. Maksud Mika, Afham dah hantar rombongan ke?” Adrien bertanya bagi mengelak Lily daripada mencungkil apa sebenarnya ingin diberitahu Mika.

“Not yet. Weekend ni family dia datang. So i akan balik Kelantan. Seronoknya.” Muhaimin turut sama ketawa bersama Lily. Berita gembira seperti ini patut diraikan bersama, kan? Mika menarik tangan Adrien menuju ke pantri.

“Bro, apa ni? Kenapa kau tak bagi aku bagitau Lily tentang Afham dan Syuq? Kau nak Lily frust nanti?” bisik Mika marah. Bibirnya diketap geram. Adrien mengeluh.

“Mika, kita tak sure pun kan? Ke kau tahu something yang aku tak tahu?” tanya Adrien. Nada suaranya turut diperlahankan.

“Sure. Aku tahu yang Syuq tu ex-girlfriend kau. Am i right or am i right?” sinis Mika bersuara. Riak wajah Adrien berubah. Bibirnya diketap perlahan.

“Mana kau tahu?” balas Adrien perlahan.

“Kau rasa siapa bagitau aku?” belum sempat soalan Mika dijawab Adrien, Muhaimin masuk ke pantri. Melihatkan dua lelaki itu sedang berbisik, timbul rasa curiga di hati Muhaimin. Apatah lagi taktala itu mereka sedang berpegangan tangan.

“Hoi! Buat apa berdua-duan kat sini? Ada skandal ey?” tegur Muhaimin. Riak wajahnya bertukar nakal.

“Eh? Weh, aku normal lagi tau. Lain lah mamat ni.” ujar Adrien. Dia menunjal perlahan kepala Mika. Muhaimin ketawa. Memang semua di situ sedia maklum bahawa Mika tidak berminat dengan perempuan. Dalam erti kata lain, Mika adalah seorang G dalam LGBT.

Mika merenung Adrien tajam. Pantang betul dia kalau ada orang menunjal kepalanya itu. Adrien buat tak peduli. Dia berpaling ke belakang lalu sebiji mug dicapai. Dia ingin membancuh air milo. Muhaimin dan Mika mula berbual kosong. Sedang Adrien mengacau  mugnya yang penuh, Lily menyapa mereka.

“Hey, guys. Since Mika dah ada kat sini, jom lah kita pergi cafe tu lagi.” ujar Lily ceria.

“What cafe?” Mika bertanya malas. Dia mengeliat, mengurangkan ketegangan ototnya.

“Oh, great idea! Cafe tu best, Mika. Kau patut try kek kat sana.” Mata Mika membulat mendengarkan perkataan kek yang disebut Muhaimin. terbayang di fikirannya akan kek-kek yang lazat. ‘Oh, tak sabarnya nak makan!’

“Kek? Yummy! Aku nak! Bila nak pergi?” soal Mika teruja.

“Heh. Petang ni lepas balik kerja terus kita pergi. Okey?” Lily turut sama berkongsi keterujaan Mika. Adrien menjulingkan matanya ke atas. ‘Macam budak-budak.’

Tepat jam 5.30 keempat-empat mereka sudah tercongok di hadapan Cafe Ami. Sebuah Suzuki Swift berwarna merah mencuri tumpuan Adrien. Dia menelan liur. Pahit. Dalam hati dia berdoa agar tekaannya tepat namun apabila dia perasan yang Muhaimin turut melihat ke arah yang sama sambil tersenyum, Adrien berharap yang tekaannya salah.

Mika menepuk bahu Mihaimin perlahan. “Tunggu apa lagi, bro? Jom lah cepat. Aku dah mengidam nak makan kek ni.” Lily ketawa mendengarkan ucapan Mika.

“Mengidam? Gosh, sejak bila you jadi camni? Dah ada girl tak inform i ni?” Mika menjelirkan lidah kepada Lily. Dia malas untuk membalas usikan gadis itu.

Sebaik sahaja mereka melangkah masuk, Muhaimin dan Adrien mencuri pandang ke segenap ruang cafe itu namun tiada bayang orang yang mereka cari. Perlahan Adrien menarik nafas lega. Sekurang-kurangnya dia tak perlu menonton ‘drama swasta’ itu lagi. Muhaimin pula memberikan reaksi yang berbeza. Dia mengeluh kecewa.

Lily dan Mika menikmati kek yang terhidang. Mereka berbual kosong sambil sesekali memberikan komen mengenai kek yang mereka rasa. Keasyikkan mereka terganggu apabila terdengar jeritan nyaring dari bahagian belakang. Beberapa orang pelanggan lain turut sama berpaling ke arah belakang. Suzy yang terkejut segera berlari ke belakang tapi dihalang oleh seorang lelaki yang sedang mengambil pesanan di meja berhampiran.

“Ken! Let me go. I nak tengok apa yang jadi kat belakang.” cemas sahaja suara Suzy. Dia meronta-ronta minta dilepaskan.

“Suzy! Let them be. You tahu siapa yang menjerit tu kan? Kalau you pergi sekarang nanti tak pasal-pasal you kena marah macam dulu. Nak?” ujar Ken tegas. Suzy terdiam.

“Sorry semua. Teruskan, okey?” Ken terus berlalu ke belakang dengan selamba. Suzy mengekori lelaki itu sambil tangannya menarik-narik lengan baju Ken.

“Wow! Apa hal tu ey? Gila kuat suara menjerit tu.” Mika masih lagi memandang ke arah belakang. Tempat pekerja cafe itu menghilang. Bunyi derapan kaki yang berlari dari arah sama mencuri perhatian mereka. Garfu yang dipegang Adrien jatuh ke lantai apabila melihat gerangan yang berlari itu. Syauqina?

Air mata yang membasahi pipi gadis itu mencuri perhatiannya. Pantas dia berdiri lalu meluru kepada Syauqina. Muhaimin tergamam melihat kelakuan Adrien. Mika menelan liur. ‘Habislah.’ Adrien menahan Syauqina dari terus berlari. Spontan, dia memeluk Syauqina dengan tujuan untuk menenangkan gadis itu. ketika Adrien mengangkat wajahnya, dia melihat seorang lelaki keluar dari ruang pejabat yang terletak di belakang.

“Syuq! Wait!” Dia berhenti di hadapan Adrien. Badannya dibongkokkan sedikit membuatkan Adrien gagal melihat wajahnya. Sebaik sahaja nafasnya kembali normal, Afham mengangkat wajah. Demi melihat Afham, Lily menjerit. Afham memandang sekeliling, matanya menangkap wajah Lily yang jelas terkejut, namun dia perlu mengutamakan Syauqina terlebih dahulu. Syauqina cuba melepaskan diri dari pegangan Adrien

Belum sempat Syauqina melangkah, Afham menarik tangannya membuatkan gerakan Syauqina terhenti. Lily bangun dari kerusi. Dia inginkan penjelasan mengenai apa yang mereka saksikan.

“Afham! Apa semua ni? Kenapa you ada kat sini? Dengan Syuq pula tu.” Lily masih lagi memandang ke arah tangan Afham dan Syauqina yang bersatu. Adrien kaku. Mika gelisah. Apa yang mereka berdua lihat pada malam itu ternyata benar. Syauqina dan Afham mempunyai hubungan.

2

Be My Soulmate? – Love 19

“What’s all this, Afham?” Muhaimin memandang Afham tajam. Dia keliru. Sungguh Muhaimin keliru. Drama apa yang mereka berdua mainkan? Seingatnya Syauqina dan Afham berkenalan pada malam mereka meraikan Adrien tetapi kenapa sekarang mereka seperti amat rapat?

Afham serba salah. Syauqina memandang Afham. Pandangannya seolah-olah meminta Afham supaya berterus terang namun Afham menggeleng. Ini bukan masa yang sesuai. Syauqina mendengus geram. Sikap Afham yang berahsia bakal mengundang padah buat mereka semua. Syauqina menhentakkan kakinya dengan kuat sebelum dia berlalu pergi. Pintu cafe ditolak kasar.

“What a temper.” keluh Afham perlahan namun dapat didengari oleh Adrien dan Lily.

“Afham! You owe me an explaination.” Lily bersuara tegas. Serentak itu, empat pasang mata merenungnya tajam. Afham berfikir sejenak. Dia perlu menjernihkan suasana yang agak tegang itu. Dan dia juga perlu memberi amaran kepada Adrien.

“Sure. Come to my office.” ujar Afham lalu berjalan menuju ke arah belakang. Mereka berempat berpandangan. Kening Mika berkerut. Seingatnya dahulu Lily pernah menyatakan bahawa Afham memiliki taskanya sendiri. Bagaimana  mungkin lelaki itu mengatakan bahawa ‘pejabat’nya terletak di cafe ini? Walaupun dilanda kekeliruan, keempat-empat mereka tetap sahaja mengikut langkah Afham. Muhaimin mengawasi Afham dengan perasaan curiga.

Suzy mengintai situasi itu dari sebalik dapur. Lengan Ken dicengkam kuat. “Mereka gaduh betul-betul lah, Ken. Tengok! Ni semua salah you. Kalau i pergi tengok tadi, mesti keadaan tak jadi seteruk ni.” marah Suzy. Ken hanya diam. Pergaduhan antara Afham dan Syauqina sering terjadi tetapi belum pernah lagi Syauqina meninggalkan cafe dalam keadaan sebegitu.

Mika bersiul perlahan sebaik sahaja mereka masuk ke dalam bilik kecil yang dijadikan pejabat itu. Langkah mereka berempat terhenti tepat di hadapan pintu pejabat. Benda pertama yang mereka lihat ialah sekeping potret Afham dan Syauqina bersama yang dibingkai cantik dengan frame kayu berwarna emas. Potret terbabit dilukis dengan sempurna. Imej Afham dan Syauqina sedang ketawa yang dilekat pada dinding itu sering kali mencuri tumpuan sesiapa sahaja yang memasuki ruang pejabat Afham.

Afham memandang ke arah belakang apabila terdengar bisikan kagum. “Masuk lah. I’ll explain everything.” perlahan Afham bersuara. Adrien menutup pintu. Mereka berempat duduk di sofa yang di sediakan di situ. Afham merenung tetamunya sebelum dia memulakan bicara.

__________________________________________________________________________________________________

Bunyi pintu rumah dihempas kuat mengejutkan Arina yang asyik membaca novel di dalam bilik. Novel tebal itu dialihnya ke tepi sebelum dia keluar menuju ke ruang tamu. Mata Arina menangkap susuk tubuh Syauqina sedang mengesat matanya dengan tisu.

“Syuq, kenapa ni?” lembut Arina bertanya. Syauqina memandang Arina sekilas sebelum mengelengkan kepalanya. Tisu yang dibawa ke matanya sebentar tadi ditilik. Cuba mengelak dari memandang Arina. Kesan comot berwarna hitam menghiasi beberapa bahagian tisu itu.

“Kau ni kenapa? Nangis sampai habis comot. Hah, maskara tu pun dah habis kena sapu. Kenapa ni? Bagitau lah aku. Spill, Syuq.” Arina cuba memujuk.

“Afham tu lah..bo..bodoh sangat. Dia..dia nak bagitau ibu.” terang Syauqina tersekat-sekat. Nadanya dibatasi oleh sendunya.

“Afham? Dia nak report apa kat ibu kau? Teruk sangat ke?”

“Rien. Dia nak..nak bagitau i..ibu yang aku tolak si..si Aizat tu sebab Rien. Kau tahu lah kan ibu aku tu. Mesti di..dia marah aku nanti.” usai berkata-kata, air mata kembali membasahi pipi Syauqina. Arina serba salah. Akhirnya dia mengusap perlahan bahu Syauqina dengan harapan gadis itu akan tenang sedikit.

“Suyq, kenapa tiba-tiba timbul balik pasal Rien ni? Setahu aku Afham tak kenal Rien kan?” Arina menolak sedikit bahu Syauqina supaya dia dapat melihat wajah Syauqina dengan jelas. Sehelai tisu dihulur kepada Syauqina. Syauqina memandang ke luar tingkap.

“Dia dah kenal. Girlfriend dia officemate Rien ta..tapi yang aku tak tahu tu, macam mana dia tahu Rien tu Rien yang per..pernah aku kenal dulu. Dia marah betul. Dia syak aku still contact dengan Rien.”

“Betul ke? Kau still contact Rien?” soal Arina. Syauqina mendiamkan diri. Arina tahu itu isyarat untuknya agar tidak bertanya lagi. Bunyi deringan telefon bimbit membuatkan Syauqina bergerak sedikit. Pantas dia menyelongkar begnya untuk mencari telefon bimbit. Melihatkan nama pemanggil, Syauqina memutuskan talian lalu bangun dari sofa.

“Rin, I’m tired. Jangan ganggu aku, okey?” tanpa menunggu balasan dari Arina, Syauqina terus berlalu menuju ke biliknya. Arina hanya memandang sepi. Dia kembali ke biliknya untuk menyambung pembacaannya yang tergendala sebentar tadi.

“Rin! Rin!” panggil Syaira kuat. Dengan malas, Arina bangkit dari pembaringannya lalu menuju ke pintu. Tersembul wajah excited Syaira.

“Hoi, minah! Kau ni kenapa? Aku nak relax-relax baca novel pun tak senang.” marah Arina namun Syaira tak ambil pusing. Dia masih teruja dengan apa yang dilihatnya tadi.

“Weh, kau tau tak. Ada mamat cari Syuq tadi. Macho ya amat orangnya. Berdebar aku tengok.” ujar Syaira dengan raut wajah yang agak miang.

“Kau ni kan, agak-agaklah. Tunang kau tu nak campak kat mana? Kau kata ada mamat cari Syuq? Siapa?” tanya Arina ingin tahu. Terdetik juga dihatinya bahawa mungkin Adrien namun itu mustahil. Adrien tidak mengetahui tempat tinggal Syauqina.

“Mamat tu kata nama dia Muhaimin tapi aku rasa diorang gaduh kot. Syuq tak nak jumpa mamat tu pun. Plus, muka mamat tu cam kusut je bila aku bagitau Syuq tak nak jumpa dia.” Arina menjengkilkan matanya; tidak percaya.

“Walawei, kau bagitau Syuq tak nak jumpa dia? Straight macam tu je? Kenapa kau lurus sangat hari ni?” Arina mencubit lengan Syaira. Geram dengan tindakan Syaira yang kurang sensitif itu.

“Ey? Alamak, sorry lah. Aku terkedu sangat tengok mamat tu.” Syaira tersengih.

“Macho sangat ke sampai kau terkedu bagai ni?”

“Macho sangat tu taklah sangat tapi erm..camna nak describe eh? Hah! Manis-manis gitu. Even masa dia senyum tak cukup gula, manis dia tu masih terasa.”

“Tak cukup gula, manis terasa, kau jilat dia ke? Lagipun mana kau tahu dia tak cukup gula? Maybe dia pakai madu ke susu ke, kau mana tau.” Arina membidas Syaira dengan loyar buruknya. Syaira memuncungkan bibirnya tanda tak puas hati dikenakan oleh Arina. Arina hanya ketawa.

“By the way, siapa Muhaimin ni? That mysterious guy ke?” Arina menggeleng mendengarkan pertanyaan Syaira.

“Truth is, aku pun tak kenal siapa Muhaimin but trust me, he’s not the one.” ujar Arina. ‘He’s not the one that get away’ desis hatinya.