Be My Soulmate? – Love 29

“Aizat, kau ni kenapa? Nampak lain macam aje. Syuq cakap apa tadi?” tegur Afham perlahan. Aizat dilihatnya hanya membisu. Sesekali dia melihat telefon bimbitnya.

“Did you ever check her phone?” soal Aizat tiba-tiba. Afham terpinga-pinga memandang lelaki itu. “Come again?”

“Kau pernah check phone dia?”

‘Weh, mestilah tak. Tu kan privacy dia. Kenapa? Kau main phone dia?”

“Tak. Aku tanya aje.” mereka sama-sama diam. Afham bangun dari sofa lalu berjalan ke tingkap. Angin malam yang dingin memberikannya kedamaian. Jarang sekali dia merasai suasana seperti ini.

“Aku suka dia. Aku serius nak jadikan dia milik aku.” Afham berpaling ke belakang. Kata-kata Aizat menyapa telinganya.

“Afham, tolong aku. Aku dah tak tahu macam mana nak buat adik kau tu sukakan aku.” lemah Aizat bersuara. Afham tersenyum. Syauqina memang sukar untuk dipengaruhi kecuali menggunakan teknik yang tepat.

“Kenapa? Bukan dulu kau tolak dia mentah-mentah ke? Atau sebab kau sekarang dah single?” Afham mula mengeluarkan aura ‘abang cum bodyguardnya’. Syauqina sepupu juga adiknya. Dia sayangkan gadis itu dan menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga Syauqina.

“Aku mengaku dulu memanglah aku reject dia. Aku ada Rania, untuk apa aku cari orang lain kan? Aku tak tahu bila aku mula ada perasaan pada Syuq, but trust me, aku bukan pilih dia sebab Rania tinggalkan aku. Masa dia hilang kakak dia, aku nampak yang Syuq ni ada weak point jugak. Aku nak protect dia dari semua perkara yang boleh buat dia lemah, yang buat dia sedih.”

Afham mengeluh mendengar kata-kata Aizat. Syauqina bukan jenis yang mudah tertawan dengan kata-kata lelaki. Mengikut apa yang diberitahu Arina, hanya seorang lelaki pernah menawan hati Syauqina dengan kata-kata manisnya.

“Prove it, Aizat or Syuq will never trust you. Bukan senang nak lupakan cinta lama. Syuq pernah kecewa sebab orang yang dia percaya. She’s a victim of love betrayal. Gain her trust, gain her love, Aizat.” Arina tiba-tiba menyampuk.

Sedari tadi Arina memasang telinga mendengar perbualan antara Aizat dan Afham. Dia dapat merasakan bahawa Aizat jujur dalam meluahkan perasaannya. Pada hari mereka berkelah, Aizat juga yang bertanggungjawab membuat Syauqina menunjukkan reaksi lain selain sedih. Walaupun reaksi yang ditunjukkan adalah marah dan menyampah, itu sudah cukup untuk dia dan Syaira menarik nafas lega hari itu.

Afham merenung Arina tajam. Dia kurang senang dengan tindakan melulu Arina menyampuk perbualan mereka. “Arina, go back to your room. Ni man to man talk.” tegas Afham bersuara. Arina tergamam. Jarang sekali Afham bersuara tegas sebegitu. Arina bergegas kembali ke bilik yang dikongsinya bersama Syauqina.

Afham kembali menumpukan perhatiannya kepada Aizat. “Aku takde masalah nak terima kau tapi kalau Syauqina, aku tak pasti. Semua orang ada masa silam dan Syuq punya? It’s hard for her to swallow. Aku dah..”

Afham tidak dapat meneruskan kata-katanya kerana Arina meluru ke arahnya dengan wajah cemas. “Abang, Syuq! Syuq takde dalam bilik. Mana dia pergi?” tanya Arina. Dia mencengkam erat lengan Afham.

Aizat mula panik. “Ya Allah. Mana pulak dia pergi malam-malam macam ni? Kat tempat asing ni pulak.” wajah Aizat bertukar menjadi sedikit pucat.

Afham menyentuh perlahan tangan Arina yang masih memegang erat lengan kirinya. “Rin dah tengok kat dapur? Entah-entah dia pergi toilet kot.” soal Afham tenang.

Arina terkaku seketika. Dia menggeleng kepala perlahan. Afham mengeluh. “Aizat, jangan panik. Aku yakin Syuq ada. Maybe dia pergi minum air atau ke tandas. Rin, jangan risau, okey. Mari kita pergi cari Syuq.”

Afham mengukir senyuman buat Arina untuk menenangkan gadis itu. Dia yakin Syauqina masih ada di rumah tetapi mungkin sudah merayap ke ruangan lain. Itu cara Syauqina menenangkan diri. Complete solitary.

Aizat cepat-cepat menuju ke bahagian dapur. Aizat mengintai di celah kabinet untuk mencari Syauqina. Afham ketawa melihat kelakuan Aizat. “Hey, kau ingat adik aku tu muat ke nak sembunyi kat celah kabinet tu? Sempit ya amat.” sergah Afham.

Arina ingin ketawa tetapi kerisauan yang melanda membantutkan hasratnya. Akhirnya dia hanya tersenyum. Pintu belakang yang sedikit renggang menarik perhatian Afham. Dia meleraikan pegangan tangan Arina lalu berjalan perlahan-lahan ke arah pintu. Arina memerhati dengan penuh debaran.

Sebaik sahaja pintu dibuka sedikit, terlihat oleh mereka akan Syauqina yang sedang mendongak memerhatikan langit. Arina menarik nafas lega. Aizat meluru ke luar untuk mendapatkan Syauqina namun dihalang Afham. Dia menggeleng perlahan dan memberi isyarat agar Aizat berundur ke belakang. Aizat terpaksa akur.

“My dear, kenapa ni?” perlahan Afham berbisik di telinga Syauqina. Gadis itu langsung tidak memberikan reaksi terkejut, jangkaan Afham ialah Syauqina telah mendengar bunyi tawanya tadi.

“I miss this. It’s like going back years ago.” Syauqina menunjukkan jarinya ke arah langit. Afham memandang ke arah yang ditunjukkan Syauqina. Serta-merta matanya berair. Dadanya terasa berat menahan sebak.

“Apa yang jadi Syuq? Apa yang Aizat buat? Biar abang tumbuk dia, okey?” Afham cuba menceriakan Syauqina. Dia mengusap perlahan kepala adik sepupunya.

“It’s not his fault, it’s mine. Abang, kenapa Syuq kena lalui semua ni? Syuq tak cukup kuat.” keluh Syauqina. Badannya disandarkan pada Afham. Hangatnya badan lelaki itu bagaikan turut mengalir ke seluruh badannya, menghalang kedinganan malam dari terus mencengkam tubuhnya.

Aizat yang memerhati mula terbit rasa cemburu. Afham hanyalah sepupu kepada Syauqina, mengapa perlu mereka kelihatan seolah-olah adik beradik sebenar? Arina yang kembali tenang mula berpaling ke belakang dan melangkah masuk ke dalam rumah. Dia ingin berehat dan malam sudah larut.

4 thoughts on “Be My Soulmate? – Love 29

Leave a reply to Ayunna Harraz Cancel reply